Followers

03 August 2012

Tak Mungkin Kerna Sayang


Dah lama aku tak letak entri baru. Aku terlalu sibuk ngan urusan harian. Urusan apa yang sibuk sangat tu sampai tak sempat nak post entri baru? Takde arr. Aku ada gak sempat bukak blog, tapi hanya dalam masa yang singkat arr. Jadi tak dapat la aku nak postkan apa apa untuk korang. Aku hanya sempat balas mesej di blog atau facebook. Lagipun aku sekarang tengah mencari cari peserta peserta game Blogger untuk musim ketiga ni. Sekarang dah ada 5 peserta. Tinggal 11 orang lagi yang akan aku lamar diaorang sama ada nak join ke tak. Almaklumlah, blog picisan macam ni kena cari sendiri lepas tu kena tanya dulu nak join ke tak. Lain la kalau blog yang dah popular, promote sikit je dah ramai yang nak ikut serta. Berbalik pada tajuk entri kali ni, aku nak ceritakan lah apa yang aku lakukan dalam sehari dua lepas sampai tak sempat nak update blog. Tajuk tu aku pakai letak je. Tak tahu arr bersesuaian ke tak ngan citer aku ni. Korang andaikan sendiri arr.



Khamis 7 April 2011
Aku kerja pagi hari ni. Sebenarnya kerja petang. Tapi aku beriye nak tukar shif ngan kawan (nasib dia nak tukar) sebab nak keluar cari barang sikit petang ni. Dari Isnin sampai hari Rabu aku asyik kerja petang, jadi macam tak sempat arr cari barang tu. Barang yang aku nak cari tu adalah baju. Disebabkan aku nak potong seluar jeans gak jadi aku gi Pertama Complex. Baju lak aku cari kat Reject Shop. Aku nak cari baju baru yang sesuai untuk majlis tu nanti. Kat rumah bukannya tak ada baju, tapi kalau boleh nak la pakai baju baru gak. Takpe lah buang duit sikit. Majlis ni pun bukan sebarang majlis. 


Jumaat 8 April 2011
Aku kerja malam hari ni. Jadi pagi ni aku nak kuar gi Giant lak cari hadiah. Rasanya tak pernah lagi aku cari hadiah untuk orang kahwin. Aku tak target nak beli barang apa lagi, sampai sana baru aku cari. Kawan aku kata biasanya orang bagi benda yang boleh digunakan oleh pengantin nanti macam keperluan rumah la macam set pinggan, set cawan, blander, pembakar roti, frame gambar dan macam macam lagi arr. Tapi kepala otak aku ni lak fikir camni, kalau aku beli barang barang macam tu, mesti ada orang sama gak beli hadiah macam tu. Takkan aku nak beli penyapu siap penyedok dia sekali kot. Kata kegunaan di rumah, tapi tak sesuai lak. Hari tu ada kawan aku rekomen beli lesung batu. Tapi dah last last minit macam ni dengan masa yang tak mengizinkan, malas lak nak cari lesung batu kat mana. Hampir sejam gak arr aku merayau dalam Giant tu cari hadiah yang sesuai dengan duit yang aku ada. Last last aku beli sesuatu benda ni. Kemudian balik rumah. Rehat dan tidur cukup cukup sebelum aku bekerja malam nanti.



Sabtu 9 April 2011
Aku balik kerja dalam kul 7.30am. Sempat lagi telefon dia, kata nak datang kenduri nanti. Aku balik rumah dulu bersiap bagai. Pakai baju baru aku beli hari tu warna unggu. Pakai seluar jeans warna hitam yang aku potong hari tu. Siap kasut warna unggu hitam. Memang kena arr. Isi minyak, pam tayar, cek air kereta apa semua lepas tu pergi jemput kawan aku ni yang akan teman aku gi kenduri tu nanti. Kawan aku ni lak satu hal, dia boleh lak pakai baju kurung sepasang unggu. Kitaorang takde pun rancang nak pakai baju sama kaler. Disebabkan kitaorang nak lari daripada gosip yang sememangnya tidak benar, maka aku terpaksalah berkorban untuk patah balik ke rumah aku semula dan tukar baju. Last last guna baju lama gak. Kalau tak habislah kitaorang kena gelak kat kawan nanti, tak ngaku couple tapi datang kenduri kemain baju sama. Perjalanan nak ke kenduri tu memakan masa selama 3 jam setengah. Aku tak sangka kampung kawan baik aku ni jauh ke dalam. Sampai kat sana dalam kul 12.30pm. Bersalam ngan mak ayah dia ngan saudara mara dia sekali lah. Lepas tu masuk bilik dia bawak hadiah sekali. Jumpa dia kat sana. Aku ingat kat bilik tu nak tanya gak, "xxx (nama terpaksa dirahsiakan) mana?," sebab aku tengok pengatin perempuan tu amat lain ngan apa yang biasa aku tengok. Sekejap je jumpa. Nak bagi hadiah je. Lepas tu keluar gi makan. Elok elok je rombongan pengantin lelaki sampai. Dalam kul 1.30pm macam tu aku ngan kawan ni nak balik. Tak sempat nak jumpa dia. Bukan apa, malam ni aku kerja la. Kang sampai KL lewat lak. Dalam kul 5 petang gak la aku sampai rumah. Apalagi terus tido arr. Kul 7pm kena bangun balik bersiap gi kerja. Adoiyai pening teramat kepala aku time tu sebab kurang tido. Hanya 2 jam sahaja aku tidur!


Ahad 10 April 2011
Aku balik kerja awal sikit dalam kul 7.15am. Sampai ke rumah apalagi. Aku buat sambutan Hari Tidur Sedunia la jawabnya. Letak je kepala kat bantal terus lena. Lenanya sampai dah tak ada mimpi dah aku rasa. Penat sangat. Punya la tak sedar diri, petang baru aku terjaga. Dan meneruskan urusan keperluan aku yang lain.



Nak jadikan cerita, aku terpikir. Sebelum ni bukan dia seorang je kawan aku yang kahwin. Tapi takde lak aku beriye macam ni sekali nak pergi kenduri kahwin kawan. Dan terus terang aku cakap ni la kenduri kahwin kawan aku yang pertama pernah aku datang. Erk :p Sebab sebelum ni ada gak jemputan tapi aku ni bukan rajin ngat gi kenduri lebih lebih lagi seorang diri (padahal kawan siap jemput lagi ngan kereta), lebih lebih lagi masa tak kena (padahal belah petang ada hal, kenduri tu belah pagi), lebih lebih lagi duit takde (padahal tak payah bayar pun, hadiah pun tak mintak. Sebut pasal hadiah, aku bagi kat die alat penimbang berat badan. Boleh ke?), lebih lebih lagi baju takde (padahal baju baru seminggu lepas ada beli) dan lebih lebih lagi jauh tempatnya (padahal tak sampai sejam dah sampai, takde la sampai 3 jam setengah!).


Korang rasa pengajaran apa yang aku dapat kat sini? Aku rasa macam ada sesuatu yang aku pelajari dari pengalaman ni. Tapi masalahnya kepala otak aku ni macam tak dapat nak cari dan huraikan apa dia. Kalau korang tahu, bagitahu arr kat aku. Semua kawan aku anggap sebagai kawan. Tapi mungkin dia ni kawan yang special sikit. Yang aku tahu niat kedatangan aku tu sememangnya ikhlas sebagi kawan, tak lebih dan tak kurang dan tak mungkin kerna sayang.

16 comments:

Fyqa said...

pack juga.huhu.

Nadiaafarhanaa said...

macam2 aktiviti..ptot lh busy

zaxx said...

ayok.. tak mungkin kerna syang..heheh.. aduh sampai kena tukar baju ek,hehe klaka je korang..tp sweet..ngee..:)

anak cik talip said...

haha neh mcm nk kene upah PA neh haha

ManusiaLidi said...

wahhhh bz nyer..
"SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE"

sarah ni layak ke?

Nisa Hussin said...

ehh,biasenye lelaki jarang cari hadiah kawin ni,..hahaha..

iKhRam said...

kadang-kadang,
kita sendiri pun tak tahu, apa sebabnya kita sanggup berkorban unutk certain2 orang..

kadang2 kita tak tau..
tp ada yg lebih mengetahui..

teruskan ceria k?

Korn Ahmad said...

pi blog edy fee td, tertarik dgn explanation batle royale tu... tu mai sini.. ingt leh join.. tp mcm da stage lain je..

Korn Ahmad said...

SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
kira macam ini lah kan

Nadiaafarhanaa said...

senjata yaya pilih no 5 : GIKKPL
thanks for inform ^___^

vendoline said...

kawan special ke smp jd yg 1st ko attend.hehehe

logorithm said...

Tak mungkin kerna sayang, tapi mungkin kerna cinta. Har har!

Hmmm... terima kasih atas jemputan tuan tanah untuk menyertai Battle Royale. Nanti kalau I free, I jenguk-jenguk bagaimana battle ini dijalankan. Semenjak dua menjak nih I agak sibuk. Entri blog pun dah kurang...

Anonymous said...

terima kasih .. sebab .. maklumkan contest ..ni .. best sgt ..

"SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE"

khairul akmal bin azman said...

8. TPDCDPL x2

ismanor_iena said...

ada unsur2 sedih.. haha~ serius ke beli adiah penimbang berat?? xpenah tpikir lak idea cmtu.. xD

haz said...

haz undi korn..