Followers

13 January 2012

10 Filem Bollywood Pilihan Awie Omar

Masa zaman - zaman sekolah dulu start darjah 6 aku dah mula menceburkan diri dalam bidang menonton filem - filem bollywood ni. Maklumlah, masa tu seisi rumah suka tengok citer hindustan. Abah lagi la peminat hindustan No. 1 sejak berkurun zaman lagi. Lepas habis je SPM, aku dah mula tak berminat lagi nak tonton. Dah tak sanggup nak berhabis duit beli vcd hindustan lagi. Entah. Tak tahu kenapa terus tak minat macam tu. Nak kata Shahrukh Khan dah pencen, sampai sekarang still jadi hero lagi. Nak kata Kajol dah nak jadi desperate housewife sepenuh masa, still berjoget sakan lagi. Emmm, mungkin aku dah jemu. Bosan dengan jalan cerita yang seakan sama dengan lain - lain filem. Lagu2 sekarang lak dah 'macam' makin biasa aku dengar. Dah bercampur baur dengan trend muzik zaman sekarang. Makin hilang keaslian irama hindustaninya. Hari ni, aku nak berkongsi la dengan korang, mengimbau kembali filem - filem hindustan yang aku minat dan tak puas - puas tengok.

1. Kuch Kuch Hota Hai (Something Is Happening)


Sebuah filem arahan Karan Johar yang membariskan pelakon - pelakon ternama bollywood seperti Shahrukh Khan (Rahul), Kajol (Anjali), Rani Mukherjee (Tina) dan Salman Khan (Aman). Mengisahkan hubungan 3 orang sahabat yang mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain. Senang citer macam ni, Anjali best friend no. 1 Rahul dan Anjali memang suka sangat Rahul tapi Rahul tak tahu. Kemudian diaorang ni berkenalan lak dengan Tina. Rahul dengan Tina lak mula la saling suka - menyuka. Ini membuatkan Anjali kecil hati dah berpindah ke kampung disebabkan ayahnya sakit. Rahul sedih kenapa Anjali sanggup tinggalkannya. Dalam sedih - sedih tu berkahwin gak dengan Tina dan akhirnya dapat seorang anak dan diaorang namakan anaknya itu Anjali. Tina mengalami komplikasi pendarahan yang teruk semasa bersalinkan Anjali. Dia sedar yang nyawanya tidak dapat diselamatkan lagi. Oleh itu dia menyediakan segera 6 keping surat (wasiat) dan meminta ibu Rahul untuk memberikan sekeping surat setiap tahun kepada anaknya nanti. Sampai la Anjali berusia 6 tahun, dia mendapat surat terakhir dari ibunya yang memintanya agar mencari semula Anjali (kawan baik ayahnya) bagi merapatkan kembali hubungan kasih sayang antara Anjali dan Rahul. Tina sebenarnya sudah lama merasakan yang Anjali sukakan Rahul tapi sayang tak ada kesempatan nak undurkan diri. Anjali kecil akhirnya berjaya menemukan Rahul dengan Anjali di majlis perkahwinan Anjali dan Aman. Dipendekkan cerita, demi membahagiakan insan yang disayangi, Aman rela mengundurkan diri demi menyelamatkan cinta suci Rahul dan Anjali.

2. Hum Dil De Chuke Sanam (Straight From The Heart)



Filem cinta tragis kikiki arahan Sanjay Leela Bhansali. Lakonan mantap Salman Khan (Sameer), Aishwarya Rai (Nandini) dan Ajay Devgan (Vanraj). Memang feeling cintan habis para pelakonnya sampai jadi tak siuman nak menimbulkan perasaan cintanya pada kekasih mereka. Sameer si ahli muzik. Nak belajar muzik klasik india dengan seorang Sifu. Terpaksalah Sameer tinggal dengan keluarga Sifu tu. Sifu ni lak ayah kepada Nandini. Keluarga diaorang memang mengutamakan adat budaya mereka. Terutama dalam menjaga maruah keluarga. Sikap Sameer yang ramah dah gila - gila tu semakin disukai oleh semua ahli keluarga sifunya. Nandini yang malu - malu kucing mulanya makin giat berskandal dengan Sameer tanpa pengetahuan ahli keluarganya. Satu hari, keluarga kawan baik sifu (Keluarag Vanraj) datang ke rumah untuk melamar Nandini. Sifu begitu gembira dan terus bersetuju tanpa bertanyakan dahulu pada Nandini. Nandini marah dan mula maki - maki ayahnya yang langsung tidak boleh menerima pendapat orang lain termasuk anaknya sendiri. Skandal antara Nandini dan Sameer terbongkar. Sifu begitu marah lalu menghalau ex-mentee nya itu dari rumahnya. Nandini pula akhirnya terpaksa berkahwin dengan Vanraj dengan hati yang kosong. Fikirannya sentiasa teringatkan Sameer. Dia tidak langsung kisahkan suaminya dari segala segi termasuklah nafkah batin kah kah kah. Nasib la Vanraj tu gentleman orangnya. Dia biarkan dulu Nandini begitu dengan harapan Nandini dapat lupakan ex boyfriend nya itu. Tapi malangnya sikap Nandini makin teruk. Ini membuatkan Vanraj ambil keputusan untuk membantu Nandini mencari Sameer. Segala onak duri yang ditempuh bersama Vanraj semasa mencari Sameer di luar negara menyebabkan perasaan Nandini bercelaru. Di hujung cerita Vanraj mengucapkan selamat tinggal kepada Nandini. Nandini yang dalam dilema akhirnya akur dengan berlalu tinggalkan Vanraj dan pergi berjumpa dengan first lovernya Sameer. Bila bertemu mata dengan Sameer, lebih kurang macam ni la ayat Nandini cakap kat Sameer, "Sameer, awak lah orang pertama yang mengenalkan saya apa itu cinta, tapi.. suami saya Vanraj, adalah orang pertama yang mengajar saya untuk memahami cinta,". Akhirnya Nandini dengan siapa? Korang tahu kan jawapannya.

3. Kaho Naa... Pyar Hai (Say... You Love Me)


Direction by Rakesh Roshan. Filem pertama Hrithik Roshan (Rohit / Raj Chopra) yang sekaligus menaikkan namanya setaraf bintang - bintang popular bollywood. Turut dibintangi Amisha Patel (Sonia) sebagai heroinnya. Rohit, yang hidup serba sederhana dan berkerja sebagai jurujual kereta telah berkenalan dengan Sonia, anak orang kaya, yang akhirnya menimbulkan bibit - bibit percintaan antara mereka. Malangnya bapak kepada sonia ni tidak suka kepada Rohit yang tidak sama taraf dengan mereka. Sehinggakan sanggup membayar bos Rohit untuk memecat Rohit serta merta. Bukan setakat tu, dirancangnya satu pembunuhan untuk menamatkan riwayat Rohit semata - mata demi menjauhkan Sonia dari Rohit. Macam tu sekali. Akhirnya mati gak Rohit tetapi Sonia tidak tahu kematian Rohit adalah dari rancangan jahat bapaknya dengan konco - konco. Sonia yang terlalu sedih pun berpindah la ke New Zealand untuk menenangkan fikiran di sana dan melupakan semua perkara tentang Rohit. Namun semuanya tak berakhir kat situ. Memorinya bersama Rohit semakin kerap muncul di fikirannya selepas bertemu dengan seorang jejaka yang betul - betul seiras Rohit tetapi berperwatakan agak sosial dan moden. Namanya Raj Chopra. Juga anak hartawan. Raj pula mula jatuh hati dengan Sonia yang ala - ala perempuan India terakhir. Tetapi cinta Raj di tolak oleh Sonia kerana dia betul - betul ingin melupakan kisah lamanya. Raj tidak faham dengan situasi yang dihadapi oleh Sonia lalu diselongkarnya satu persatu kisah hidup Sonia sehingga terbongkar la semula rahsia pembunuhan Rohit. Sonia bertekad untuk menuntut bela atas kematian kekasihnya itu dengan bantuan Raj Chopra, tidak kira siapa dalangnya termasuk bapaknya sendiri akan diberikan hukuman yang setimpal di atas apa yang berlaku. Akhirnya, nasib Rohit terbela dan Sonia merasakan dirinya di restui untuk menerima kehadiran Raj Chopra.

4. Dil Chahta Hai (The Heart Desires)


Aku rasa 1st time aku tengok filem ni kat dalam bas. Masa tu dengan arwah bonda ikut pergi rombongan gi Melaka. Kalau tak silap la. Layan punya layan memang best gak citer arahan Farhan Akhtar ni. Kisah 3 sahabat lakonan Aamir Khan (Akash), Saif Ali Khan (Sameer) dan Akshaye Khanna (Siddharth) yang pergi melancong ke Goa (nama tempat ye bukan gua). Setiap mereka ada lain2 pandangan hidup dan masalah cinta. Akash ni macam tak percayakan cinta sangat. Kalau couple je mesti tak sampai 2 minggu dah putus. Boleh kira womenizer gak ni. Dia ni pun selalu gak kacau hubungan kawan - kawan dia dengan couple masing - masing. Dah takde kerja. Sameer, si romantik yang terdesak mencari pasangan hidup dan percaya bila - bila masa saja perempuan yang terpikat padanya adalah cinta sejatinya. Si Siddharth ni lak adalah seorang pelukis profesional yang kelihatan lebih matured berbanding kawannya 2 orang tu. Dalam bab cinta lak, ibu bapa Sameer nak kahwinkan Sameer dengan Pooja lakonan Sonali Kulkarni. Mulanya Sameer tak nak, tapi bila dah jumpa dengan Pooja terus jatuh cinta lak. Malangnya Pooja dalam diam dah ada boyfriend. Dia terpaksa mengikut kehendak keluarganya yang ingin bermenantukan Sameer. Sameer yang tahu rahsia Pooja itu sedia mengundurkan diri. Tapi nasib menyebelahinya sebab Pooja akhirnya berpisah dengan boyfriend sulitnya itu. Timbul rasa cinta dalam diri Siddharth/Sid kepada seorang janda kaki mabuk bernama Tara lakonan Dimple Kapadia yang selalu datang ke rumahnya tengok dia melukis. Tara ni jiran Sid. Mak Sid pulak langsung tak merestui hubungan itu. Sampai bergaduh - gaduh antara Sid dan keluarganya. Tara yang mengetahui hal itu terus menjauhkan diri dan akhirnya mati akibat penyakit cirrhosis. Lain jadinya dengan Akash, seorang businessman yang bekerja di Sydney yang akhirnya berjumpa lama dengan ex girlnya, Shalini lakonan Preity Zinta, yang pernah dia kenakan dulu. Hubungan mereka makin akrab sebab selalu bersama lebih - lebih lagi di tempat orang. Timbul balik rasa cinta antara mereka berdua. Malangnya Shalini dah bertunang, dah nak kahwin pun. Bila dapat tahu je Akash macam putus harapan dan membiarkan sahaja Shalini balik ke India untuk berkahwin. Tiba - tiba Akash merasakan dirinya tak mampu untuk hidup tanpa Shalini. Dengan segera dia balik ke India untuk mendapatkan Shalini dan akhirnya macam biasa lah, hero mesti mau menang!

5. Devdas


Devdas lakonan Shahrukh Khan, pemuda yang merupakan waris kepada keluarga Bengali Brahmin yang kaya raya di India pada era tahun 1900. Aishwarya Rai yang memegang watak Paro (Parvati) pula dari keluarga Bengali kelas pertengahan. Devdas ngan Paro ni dah berkawan sejak kecil lagi. Devdas kemudiaannya di hantar untuk belajar di Calcutta selama 13 tahun. Habis sekolah, dia balik semula ke kampung. Paro adalah orang pertama yang tak sabar – sabar menanti kepulangannya. Selepas bertemu mereka mula merancang untuk membina hidup baru bersama – sama. Tapi apakan daya, disebabkan berlainan darjat, keluarga Devdas tidak mahu menerima kehadiran Paro sebagai menantu. Ibu Paro bertekad untuk mengahwinkan anaknya itu dengan seorang lelaki yang lebih kaya dari keluarga Devdas itu. Walaupun Devdas cuba memujuk bapaknya tapi tetap jugak tak berhasil. Devdas akhirnya mengalah dan hijrah semula ke Calcutta dengan meninggalkan sepucuk surat kepada Paro yang mengatakan mereka hanya berkawan. Paro begitu kecewa sehingga dia sanggup menerima lamaran sesiapa sahaja selepas ini. Bertuah Paro akhirnya seorang lekaki hartawan ingin menyuntingnya sebagai isteri. Tetapi sebenarnya ada masalah lain pulak nanti. Apabila fikiran kembali normal, baru Devdas sedar yang dia telah melakukan kesilapan. Sepatutnya dia kena menyelamatkan cinta pertamanya itu. Bila dia pulang semula ke kampung untuk mendapatkan Paro, segalanya sudah terlambat. Majlis perkahwinan bakal berlangsung. Paro tidak boleh lagi berpatah balik. Namun, Paro ada satu permintaan kepada Devdas bagi membuktikan cinta suci mereka. Paro mintak Devdas kembali semula  kepadanya sebelum Devdas mati. Devdas berjanji untuk melaksanakannya. Perkahwinan Paro dengan duda anak satu tu tak seindah mana. Suaminya itu masih cintakan isteri pertamanya yang telah meninggal dunia. Langsung tidak dihiraukannya si Paro. Di Calcutta, Devdas selalu pergi istana Chandramukhi lakonan Madhuri Dixit, kiranya tempat pelacur arr untuk berhibur sambil minum arak bagi melupakan seketika masalah yang dihadapinya. Chadramukhi terus jatuh cinta pandang pertama dengan Devdas. Tapi di hatinya tetap Paro seorang. Disebabkan  dengan ketagih dengan arak menyebabkan Devdas jatuh sakit. Dia merasakan masanya sudah tiba dan segera pulang ke kampong untuk bertemu dengan Paro. Devdas betul – betul jatuh terbaring di hadapan mahligai indah yang di diami Paro sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Paro yang seakan – akan dapat merasakan sesuatu yang tidak baik berlaku kepada kekasihnya itu. Kedengaran sayup – sayup suara Devdas memanggilnya di luar rumah. Dengan segera Paro berlari menuju ke luar pintu rumahnya yang besar itu tetapi dihalang oleh setiap ahli keluarganya.

6. Dilwale Dulhania Le Jayenge (The Big Hearted Will Take The Bride)





Aditya Chopra, sutradara bagi filem romantik gila ni lakonan Shahrukh Khan (Raj Malhotra) dan Kajol (Simran Singh). Kisah cinta antara Raj yang berperwatakan gila - gila remaja dan Simran yang ala - ala pijak semut pun tak mati bila di depan bapaknya. Keluarga Simran amat menitikberatkan adat budaya mereka. Sebab itu Simran tidak pernah ada kawan terutama kaum adam sehingga dia tak boleh sambung belajar. Baldev Singh, bapak kepada Simran nak jodohkan Simran dengan anak kawan baiknya yang bernama Kuljeet. Simran terus setuju gatai sangat nak kahwin. Bukan apa, sebab utamanya dia dah rimas dengan kawalan ketat bapaknya. Tapi sebelum dia kahwin, dia minta izin dari bapaknya untuk melancong dengan kawan - kawan perempuannya ke Eropah. Baldev izinkan dengan syarat Simran kena jaga maruah diri dan sentiasa beringat yang dia akan jadi bini orang. Semasa melancong di Eropah itulah di bertemu dengan Raj yang agak ramah gila dengannya sebab dah jatuh hati dengannya. Keikhlasan Raj membuatkan Simran pun mula menaruh hati. Balik dari trip tu, Simran menceritakan hal Raj kepada ibunya dan berhasrat untuk tidak mahu menerima lamaran Kuljeet yang tidak pernah lansung berjumpa bertentang mata. Baldev Singh yang mendengar perbualan anak dan bininya tu terus menyampuk lalu menegaskan bahawa pekahwinan itu tetap diteruskan sebab Simran dah berjanji untuk berkahwin sebelum melancong lagi. Raj yang tahu Simran akan kahwin terus datang ke rumah Simran 2 – 3 hari lebih awal dari tarikh majlis perkahwinan. Tujuan hanya satu, untuk memenangi Simran dan bukan untuk mencuri Simran. Hari demi hari, majlis perkahwinan bakal berlansung. Raj dan Simran tak tahu nak buat apa lagi. Mereka tak nak lari macam tu je. Dijadikan cerita Baldev Singh dapat tahu dulu hubungan antara Simran dan Raj apabila melihat sekeping gambar mereka berdua yang nampak teman tapi mesra. Apalagi mengamuk la Baldev. Ditampar dan di halaunya Raj di depan tetamu lain. Kuljeet yang selalu control macho dengan egonya mengajak kawan – kawannya memukul Raj sampaikan bawa senapang apa semua. Nasib baik si Raj ni ada ilmu ketebalan diri silat gayung yang mampu mengalah mereka semua sampai dapat merampas senapang dari tangan Kuljeet lalu mengacu terus ke kepala musuhnya itu. Baldev Singh merayu Raj supaya melepaskan Kuljeet. Raj yang mampu berfikiran waras selepas hampir dilanyak teruk tu melepaskan saja mamat singh tu dan terus naik keretapi yang mula bergerak meninggalkan mereka semua. Simran berlari mahu mengikut Raj bersama, tapi tangannya sempat dicapai oleh Baldev. Simran merayu – rayu pada bapaknya supaya melepaskannya. Dan akhirnya Baldev Singh sedar hanya Raj sahaja yang dapat membahagiakan anaknya itu.   


7. Hum Aapke Hain Kaun...! (What Do I Mean To You?)


Movie ni diarahkan oleh Sooraj R. Barjatya. Aku ada beli vcd citer ni. Sebab kenapa aku nak beli sebab aku nak tahu jalan ceritanya walaupun masa tu Madhuri Dixit (Nisha) masih dara lagi. Cerita amat mudah. Bermula dengan suasana yang ceria dan berakhir dengan suasana yang duka. Salman Khan yang melakonkan watak Prem mempunyai seorang abang yang akan dikahwinkan dengan kakak kepada Nisha. Dalam sibuk – sibuk orang merancang perkahwinan anak – anak sulung dua keluarga ni, si Prem dan Nisha pulak senyap – senyap bercintan – cintun. Seorang ahli keluarga pun tak tahu skandal diaorang. Yang dapat tahu hanyalah kakak Nisha. Itupun selepas dia melahirkan seorang anak hasil dari perkahwinannya. Bermulanya masalah apabila kakak Nisha mati sebab terjatuh tangga dan menghadapi pendarahan di kepala. Semenjak itu Nisha lah yang menjaga anak kakaknya itu. Ibu dan bapa Nisha bersepakat dengan ibu bapa Prem untuk mengahwinkan Nisha dengan abang Prem yang menduda sekarang ni. Terpaksalah Prem dan Nisha bekorban demi kebahagiaan keluarganya itu. Namun abang Prem terlebih dahulu bersuara untuk melepaskan Nisha berkahwin dengan Prem.

8. Hum Saath-Saath Hain (We Stand United)


Sekali lagi Sooraj R. Barjatya buat filem yang aku suka. Sebuah filem semangat kekeluargaan. Kisah cinta 4 beradik yang masing – masing ada je masalah. Vivek (Mohnish Behl) berkahwin dengan Sadhna (Tabu) yang menerima kecacatan Vivek dengan hati terbuka. Prem (Salman Khan) lagi? Why Sooraj? Why? Lantaklah. Prem yang pernah bergaduh dengan Preeti (Sonali Bendre) masa kecik - kecik, masing – masing malu untuk mengaku yang mereka saling menyinta. Nyampah! Couple ni pulak iaitu Vinod (Saif Ali Khan) ngan Sapna (Karishma Kapoor) adalah couple yang paling riuh memeriahkan suasana keluarga. Sangeeta adik kepada 3 lelaki di atas tadi telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Masalah bermula bila Sangeeta dan husbandnya diusir keluar dari rumah oleh abang iparnya tanpa satu sen harta pun. Melihat keadaan itu, Mak 4 beradik ni pulak yang risau kalau-kalau Vivek sebagai anak sulung akan menghalau adik – adiknya satu hari nanti semata – mata untuk dapatkan harta. Jadi dimintanya Vivek bawak Sadhna pindah ke tempat lain. Yang 2 couple lagi tu sama – sama mogok untuk tidak berkahwin selagi abangnya tidak pulang semula tinggal dengan mereka. Akhirnya mak 4 beradik sedar atas buruk sangka terhadap Vivek dan Sadhna selepas mendapat tahu yang Vivek sentiasa membantu adik – adiknya di saat mereka mengalami kesukaran.


9. Kabhi Kushi Kabhi Gham (Sometimes Happiness, Sometimes Sadness)


Ini salah satu filem arahan Karan Johar yang menggabungkan ramai bintang bollywood. Rahul (Shahrukh Khan) Karan pun satu, tetap nak guna nama Rahul kat Sharukh. Dia anak angkat kepada Yash/Yashvardhan (Amitabh Bachchan) dan Nandini (Jaya Bachchan). Mereka juga mempunyai anak sendiri namanya Rohan (Hrithik Roshan). Mereka dari golongan keluarga yang kaya raya. Rahul telah jatuh hati dengan seorang gadis desa bernama Anjali (Kajol). Sementara Rohan pula berkawan dengan adik Anjali, Pooja (Kareena Kapoor). Yash memutuskan untuk mengahwinkan Rahul dengan Naina (Rani Mukherjee), anak kawan baiknya. Tetapi Rahul menyatakan dia hendak mengahwini Anjali. Ini membuatkan Yash marah. Habis arr standard jatuh. Tapi Rahul tetap mengahwini Anjali lalu di bawanya balik rumah. Lagi la marah si Yash membuatkan dia tidak mengaku Rahul sebagai anaknya lagi dan terus terang kata yang Rahul adalah anak angkat. Keluar la Rahul dari rumah keluarga angkatnya itu dan berhijrah ke London bersama Anjali dan Pooja adik iparnya. Masa tinggalkan rumah tu umur Rohan ngan Pooja masih budak – budak lagi. 10 tahun berlalu, Rohan dah dewasa. Dia dapat tahu yang Rahul berada di London. Dia meminta izin dari ayahnya, Yash untuk sambung belajar di London. Di sana dia bertemu Pooja. Akhirnya mereka saling mengenali dan merancang untuk membawa pulang keluarga Rahul ke India. Segala yang dirancang kadang kala tak menjadi. Sehingga Nandini yang selama ini hanya berdiam diri tiba – tiba bersuara di hadapan Yash untuk mengingatkan suaminya itu bahawa kehadiran Rahul la yang memberi kebahagiaan dalam keluarga mereka. Yash akhirnya sedar telah melakukan kesilapan yang amat besar.   


10. Dil To Pagal Hai (The Heart Is Crazy)


Sememang Rahul dengan Sharukh Khan tidak dapat dipisahkan. Dalam citer ni pun guna nama Rahul. 1st aku tengok citer ni masa tu aku gi KL tido kat rumah kongsi kakak aku ngan kawan – kawannya. Takpe, masa tu aku sekolah rendah lagi. Rahul seorang penari merangkap director dan ahli muzik yang Berjaya. Salah seorang penarinya, Nisha (Karisma Kapoor), adalah kawan baiknya. Dalam diam – diam Nisha amat menyukai Rahul. Nisha mengalami kecederaan kaki. Ini menyebabkan Rahul kena cari pengganti untuk persembahannya nanti. Dan akhirnya muncul Pooja (Madhuri Dixit). Timbul bibit – bibit cinta antara Rahul dan Pooja sepanjang perkenalan mereka. Malangnya mereka pendamkan saja. Pooja pula sememangnya sudah bertunang dengan Ajay (Akshay Kumar) anak kepada keluarga yang menjaga Pooja semenjak ibu bapa Pooja mati. Pooja terpaksa menerimanya demi membalas budi keluarga itu.  Sementara itu Nisha dapat merasakan ada sesuatu diantara Rahul dan Pooja, membuatkan dirinya pasrah pada takdir. Rahul dapat tahu yang Pooja telah bertunang. Ini menyebabkan dia kecewa dan ingin menukar babak terakhir persembahannya itu dengan ending yang sedih. Sampai di akhir persembahan Rahul membuat pengakuan sendiri spontan terlafaz dari mulutnya lalu menghidupakan semula semarak api cinta Rahul dan Pooja. Ajay yang menyedari hal itu dengan rela hati melepaskan Poojaa.

14 comments:

dzull 'benjy' hairey said...

..stil ingat kat semua crite ni...tapi suka gak kat cite kal ho naa ho..

Awie Omar said...

To dzull 'benjy' hairey : TQ 4 de comment. sampai ke hari ni tak tengok - tengok lagi Kal Ho Naa Ho... almaklumlah masa filem tu keluar dah mula tak minat tengok citer hindustan

mas saari said...

semua filem ni saya suka dan dah tengok! hehehehee

Awie Omar said...

To mas : apa khabar mas :) tq bagi komen kat sini. kunjungan balas untuk anda nanti.

Kakaakin said...

Saya paling suka 'Mann' :D

Awie Omar said...

To kakaakin : ye filem itu.. Amir Khan dan Manisha Koraila

NADIA RAJAMI said...

best kan citer hindi neh..:P

Razil Tahir said...

pernah tengok Kabhi Kushi Kabhi Gham jerr... huuuu..
Hindi's noob.. hahahah XD

dhenok habibie said...

udah pernah nonton semua.. hahahaha.. eh katanya sakhruk khan bikin film baru lagi kan akhir2 ini, tapi saya lupa judulnya apa..

Unknown said...

yesss~noni pon minat jugak cite2 neh..penoh nostalgia :)

fendi@pharm.com said...

gila hindustan rupanya.hehe

Unknown said...

kabhi khusi kabhie gham ni pernah wat gua menangis..hehe

myrae kiroro said...

wahhh...sumenya filem yang best2 tau..shuke!shuke..btw..follow me back..(^_^)

irwanmiswan said...

kita same bro, gua pon suke kuch2 ho ta hai. hehehe, sekarang punye gua tak suke. pakai sari tapi macam pakai bikini. kalau gua tengok sorang2 boleh la mmenghayati peha diorang yang gebu tu. tapi kalau ade orang tua memang gua blah