Followers

08 January 2012

10 Sebab Blog Tak Sempat Nak Update

1. Kerja
"Alamak! Sorry arr beb! Aku busy kerja arr. Sebelum subuh aku keluar rumah sampai la matahari tenggelam balik baru la aku dapat balik rumah. Balik rumah pun kena bawa balik assignment yang tak siap lagi. Dah la kena hantar esok. Nak rehat lagi nak makan lagi nak mandi lagi. Itu yang sampai tak sempat bukak laptop tu!,".


2. Kecemasan
"Sebenarnya aku dah rancang awal awal. Siap buat jadual lagi. Bila nak buat itu bila nak buat ini bila nak bloging bila nak melabor, macam macam arr. Tapi tak kesampaian gak. Bak orang lain kata, kita merancang Tuhan yang menentukan. Macam aku ada kes kecemasan lak tadi. Melibatkan nyawa tuu... Tu yang terpaksa tangguh dulu bloging tuu...,".

3. Masa
"Minta maaf la yer, aku ni bukan pe. Busy memanjang. Biasalah, cooli... Ingat wakil rakyat je yang busy. Aku pun busy lar! Jadual aku padat giler hari ni. Masa bukannye kawan aku lagi. Masa betul betul mencemburui aku yang agak agak hencem la gak. Dah la hensem, menepati masa lak tu. Ceh! Sampaikan nak jeling sikit notebook aku pun tak sempat,".


4. Blog Walking
"Hehehe ini semua salah aku. Ye aku sedar aku tak sebagus mana. Ye aku tahu yang aku ni memang tamak haloba. Ye aku tahu aku ni gila traffic. Sorry la ye kawan kawan. Aku terlalu asyik blogwalking sebab nak kenal korang semua sampai lupa lak nak update aku punya blog hehehe Don't worry jap lagi aku letak arr entri baru tapi lepas aku layan jap Facebook Sahabat Blogger ni ek,".


5. Line Internet
"Sejujurnya aku cakap la, aku dah siap taip entri awal awal lagi. Dah bertimbun cerita aku simpan dalam file My Document aku. Niat aku meeeemaaanng nak SANGAT post kat korang. Tapi masalahnya bila aku connect je line tenet, baru masuk sesuku saat je terus slow macam siput babxa. Hangin la aku! Macam mana aku nak kasi entri baru kalau camni!,".


6. Malas
"Hai semua... Pe kaba... Hamper sedekad kite tak jumpa... aaarrrgghhhhh!!!! ngantuk siot! Tadi dah bersemangat dah nak blogging. Dah online ni tiba tiba ngantuk la.... lagipun jari aku sakit arr... padahal malas giler ni hehehe, esok arr aku sambung entri ni ek.... tak esok lusa, eh lusa hari tido sedunia lak. minggu depan boleh? Tak pun tahun depan. Cantek gak,".


7. Sakit
"Hampir seminggu aku tak buka blog aku yang tercinta ni. Aku sakit la. Aku demam. Dah gi hospital cek darah, ambil ubat ape semua. Nasib la aku tak kena tahan duk wad. Kalau tak bukan takat seminggu, sebulan pun belum tentu aku berdaya nak ngadap komputer tu. Ni aku gagahi jugak diriku ini untuk taip ayat ayat jiwang kat korang,".


8. Takde Idea
"Aku bercita cita nak menghasilkan blog yang lain daripada yang lain. Setiap entri bertaraf international dengan bahasa yang digunakan setinggi kualiti bahasa Jawa lama. Dan semestinya apa yang aku post kan adalah sesuatu yang boleh dikatakan "Masterpiece" hakmilik sendiri. Tapi malangnya sampai ke saat ni otak aku jam sampai tak tahu nak post apa. Ada idea tak? Hehehe,".

9. Laptop
"Kesian kat blog aku. Tak dihiraukan langsung. Sunyi je. Lama dah tak bukak. Aku dah takde laptop dah sekarang. Tengah kumpul duit ni nak beli. Hari tu laptop aku meletup. Ye lar, 24 jam mengadap tak hinggat laptop tu. Sekarang dah takde mula la gian sebab lam tak blogging. Nasib kawan ada laptop, boleh pinjam nanti. Hehehe Alamak! Sebab dah lama tak online, aku dah lupa arr password aku! Kena lagi bukak blog baru!,".


10. Aktiviti Luar
"Sebagai ahli jawatan kuasa Rakan Muda Rekreasi, menyebabkan aku biasa di luar lokasi, biasanya di oversea, berkhemah sana sini, hatta di tepi perigi, bersama kawan kawan sejati, dengan menaiki lori, tak pun kuda padi, itu yang susahnyer ni, terpaksalah dibiarkan saja blog ku tak berisi, seminggu aku bercuti seminggu tu la sunyi, hai followers janganlah lari, setialah bersama blog ku yang sederhana ini,".

21 comments:

Kongsi Apa2 Aje said...

salam perkenalan
admin sudah 4low kamu...mekasih coz 4low admin yer

ingin kongsi entry...sila paste link entry anda disini. pihak kongsi akan tolong promote kan
http://kongsi-apa2-aje.blogspot.com/p/berkongsi-disini.html

mekasih (^_^)

Awie Omar said...

To Kongsi : No hal la. Tq gak sudi komen kat sini.

sobri yaacob said...

bisala.. kdg2 byak urusan lain dlm nak update blog..
he..he.. stuju dgn kyataan kat atas..

Awie Omar said...

To Sobri : ya memang betul... byk lg benda nak kena urusan selain berbloging. tq for de komen.

Unknown said...

pergi bercuti...haha

irwanmiswan said...

hahaha aku la orang yang paling malas update blog. huhu.

Karbon Kopie said...

selalu nak update tapi takde idea. lembab betul otak ini. tsk tsk..

salam kenal-kenal awie..

Firestarter said...

kalau aku, idea dah ada, masa memang takda. tunggu cuti sem jela baru rajin update..

Awie Omar said...

To Fendy : Tu la pasal... Kalau gi bercuti susah sikit nak update blog. Tapi rasanya boleh je.. tang malam ada free time.

Awie Omar said...

To irwan miswan : Aku pong... lebih2 time keje. Kalau cuti boleh lagi.

Awie Omar said...

To Karbon Kopie : Salam kenal jugak. Selalunya idea datang bila kita buat benda lain. Tapi kalau dah mengadap laptop je tiba2 idea tu hilang.

Awie Omar said...

To collb9 : Kalau dah tak de apa ideanya, macam mana nak hapdeknyer hehehe pasal blogwalking tu kalau ada masa je aku rajin, kadang ikut mood gak.

Awie Omar said...

To Firestarter : Bagi aku, sekurangnya aku HARAP dapat post 1 entri untuk 1 hari. tak pun 2 hari sekali. tak pun seminggu sekali hehehe

poohrist said...

betul-betul..
setuju dengan kenyataan anda..
hikhikhik
nice entry

riena tomato said...

warghhh stuju sgt bab nie.... terlalu banyak halangan....tapi bile de peluang...teruzkan langkah jari jemari mu....mencipta entry2 baru~

cerita best said...

tips dekat ats semua btl heheheh

udin said...

jasa back link

Awie Omar said...

To poohrist : Itu realitinya yang dapat saya rasakan.

Awie Omar said...

To riena : Itula pasal, kalau jari dah dekat keyboard mula la laju je menaip sampai tak sedar entri panjang berjela. Harap takde la yang jemu membacanya.

Awie Omar said...

To cerita best : tips jujur dan ikhlas dari aku.. alasan kalau lama tak update.

Awie Omar said...

To udin : TQ sudi komen kat sini.