Followers

03 March 2012

10 Cara Dapatkan Idea Buat Entri Blog


1. Tengok TV
Nak letak entri apa pulak hari ni? Come idea, commmeee to me! ~~0.0~~ Macam blank terus otak aku. Okay la, aku stop jap dari mengadap laptop ni. Aku nak tengok tv lak. Citer apa yang ada sekarang ni ek? Mana tahu tercetus inspirasi kat sane.

2. Baca Surat Khabar / Majalah
Ada gak aku cuti seminggu dari blogging ni. Kang tak pasal pasal lari lak pembaca pembacanya. Alahai. Apa lagi bukak online Kos&Mo and BH terus arr. Cedok arr sikit sikit cerita yang kuar kat sana. Citer ni, aku rasa baru blog si A dah buat. Yang ni lak, si B dah post. Yang ni si C dah copy and paste dah. Arrr yang lain tak best.


3. Dengar Radio
Nak taip apa ni? Kalau kat jamban tadi macam macam benda terkeluar sampai rasa nak taip kat sana. Ni bila dah depan skrin, macam harrem… semua idea malu malu kucing nak kuar. Boring tul arr! Dengar radio kot baru dapat ilham. Boleh ka? Ilham apa? Ilham cipta lagu ka?



4. Terjah Blog Kawan
Emmm… Blogwalking la dulu. Kot kot tersangkut kat mana mana entri yang mencairkan akal fikiran yang rasa tengah beku ni. Wow, blogger ni citer pasal jalan jalan kat Bandung. Yang ni lak citer jalan jalan kat Cameron Highlands. Yang satu ni lak lagi hebat, jalan jalan kat Times Square (KL ye bukan NY) pun nak citer gak. Macam macam. Asal ada citer, idea gak tu. Takkan aku nak citer aku gi Mydin tadi kot.


5. Chatting
Bosan tul la! Tadi aku ingat nak letak apa. Ni lupa balik lak. Layan fesbuk dulu arr. Waa… ada mesej kat chat box la. Ek, sape ni? Aku kenal ke dia? Macam mana  dia kenal aku? Alamak! Lupa arrr… Masa sekolah tadika? Impossible, dia boleh ingat tuuu… Aku dah tak ingat apa dah. Tiba tiba teringat zaman dolu dolu.


6. Buat Kerja Lain
Daripada aku terus berhadapan tak buat apa apa depan skrin yang boleh menyakitkan mata dan kepala aku, lebih baik aku gi basuh kain yang bertimbun tak basuh lagi. Ada gak faedahnye. Mana tahu tiba tiba ilham mencurah curah hingga ke ladang gandum. Buat entri pasal cara membasuh baju ngan betul boleh gak ni. Jap jap… kenapa kain aku bertimbun. Ooo semalam sabun dah habis. Kenapa sabun dah habis? Ooo sebab aku tak beli. Kenapa tak beli? Oooo semalam duit tinggal 10 sen dalam dompet. Kenapa tinggal 10 sen je? Ooo hari ni aku LUPA LAGI NAK CUCUK DUIT!!!! Arrrrrgghhh tu arr asyik fikir pasal blog je.



7. Main Game
Ingat aku heran sangat nak update blog ni. Biaq pi la. Baik aku main game kat laptop aku ni. Layan “Zuma” tengah tengah malam ni best gak. Ke “Dinner Dash” Kah kah kah kasi membengangkan sikit otak. Mungkin boleh mengaktifkankan balik salur darah kat otak. Lepas lancar salur darah senang sikit oksigen bawak masuk ke sel sel kat otak.




8. Rehat Secukupnya
Aku tak rehat gaknya, balik kerja je terus bukak laptop. Tutup laptop je terus gi kerja. Lepas tu sambung balik blogging. After blogging going to work. Habis mane time restnye? Sebab tu otak aku jam. Nasib la rumah dekat ngan tempat keje. Takde la kena jam yang lain lak. Kalau tak tensen… ada gak aku jamming kat bulatan Pahang. Mungkin disebabkan itu aku telah abaikan kesihatan aku sehingga mengundang penyakit. Langsung aku tak daya nak berblogging.


9. Keluar  Jalan Jalan
Bye bye laptop. Aku nak keluar gi Suria KLCC jap ngan kawan. Daripada aku terus dating dengan kau tanpa sedikit faedah pun lebih baik aku ambik udara petang kat luar. Tengah jalan jalan, bak orang kata “Window Shopping” (padahal dah masuk dalam kedai tu siap pegang benda tu dan siap kena layan lagi pekerja kedai tu) idea tu mesti datang and “Gone With The Wind”.  Bila nampak sesuatu yang menarik perhatian kita, mesti lham tu tercetus tiba tiba.




10. Fikirkan Boleh!
Bismillahirahmanirahim…. Semoga hari ni aku dapat idea untuk update blog ku ini (dalam posisi duduk bersila, kedua tangan diletakkan atas peha, mata dipejamkan, tarik nafas dalam dalam, dan hembus pelan pelan) Tenangkan diri. Jangan gubra Awie! Ni bukannya exam ke apa. Nak buat entri bagi orang baca je. Aku kena buat pembaharuan. Kena bukak segmen la kasi aku dengan rakan rakan followers blog ni dapat kenal lebih sikit arr antara satu sama lain. Ting! Lampu mentol tiba tiba menyala. Dan terhasillah NEXT TOP BLOGGER. Selamat berblogging.

10 comments:

zalikhaazman said...

besh!tima kasih! :)

Az-Zahra Fauzee said...

memberi inspirasi..

noorniey Azman said...

haha!kalo noni ilham dtg time duk sembang kosong ngan mmber ~

noorniey Azman said...

haha!kalo noni ilham dtg time duk sembang kosong ngan mmber ~

Nur Lavender said...

saye pilih tido tu..hehe

SAYA BUKAN SAMDOL said...

selalu dpt idea, blogwalking dan keluar jalan-jalan hihih

btw thanks =D

SyamKyray said...

kalu aku cari idea, aku kene mandi dulu ..siot tak? haha

W.o.a.y.I.e.s said...

haha...idea~memang kadang2 mncurah xtentu masa, kdg2 pulak malu kambing gurun nk keluar,haizzz.=p

mas saari said...

Mas selalu dapat idea masa memandu..

Khairiz said...

selalunya aku pun berbuat sedemikian