Followers

23 January 2012

10 Perkara Berkaitan Dengan JINGGA

Niat di hati sebenarnya nak postkan 10 benda merah dulu. Tapi disebabkan masih tak jumpa lagi 10 benda tu maka aku berganjak lah dulu ke warna lain iaitu oren ataupun dalam bahasa Inggeris nya dieja orange. Benda benda yang berwarna oren atau jingga ni senang gak nak cari rupanya. Popular gak warna yang menceriakan ni ek. Apa benda yang berwarna ceria macam ni?















1. Api
Korang setuju dengan pendapat aku ni, api berwarna oren. Sebab aku tengok kebanyakan gambar api warna oren. Lebih kurang oren pekat kemerahan la. Api warna biru pun ada kan? Pernah tengok tak api warna biru?























2. Buah Oren
Kenapa buah kat gambar tu namanya buah oren? Kenapa tak panggil buah unggu ke buah merah ke buah kelabu taik anjing ke? Unik sikit. Apa punya soalan daa... Aku pakai taip je ni. Dah tentu warnanya oren, sebab tu namanya oren. Rasanya ada manis ada masam. Sedap, menyegarkan dan halal dimakan (selain yang dicuri).
























3. Naruto
Kartun animasi Japan yang amat terkenal di kalangan  belia muda remaja di kala ini ibarat Dragon Ball yang popular di zaman aku dahulu. Yang oren tentang budak serigala ni adalah sebab pakaiannya yang warna oren.


















4. Pasukan penyelamat
Cuba tengok uniform pasukan penyelamat dan ahli bomba, semuanya bewarna jingga. Helmet pun warna oren. Tapi ada orang cakap warna merah. Kereta bomba pun warna merah.  Betul gak kata diaorang tu, tapi entah nape aku nampak macam warna oren. Ke aku dah rabun warna? Tidak !!!















5. Garfield
Rasanya budak budak tahu kartun ni. Bapak budak ngan mak budak agaknya lagi la tahu. Siapa ada koleksi sendiri. Watak kartun si kucing pemalas nak mampus, kejenya makan tido makan tido tapi cerdik la pulak. Ada je plan nak buat apa.






















6. Labu
Takde kaitan ngan Labu Labi. Labu ini sejenis buah eh silap sejenis sayur, ye ke? Buah la... tak, sayur! Lantak arr yang penting warna nya oren. Boleh buat masak lomak, jus labu mahupun di makan begitu saja. Mampu? Orang Amarika lak kalau sambut hari hantu a.k.a setan bertanduk mesti ada ukir kepala hantu guna buah labu.






















7. Blogspot
www.blogspot.com kepada sesiapa yang rasa berminat nak buat blog macam ni, boleh arr masuk laman web tu. Kat situ tertera logo blogspot yang bewarna oren. Itu yang aku tahu. Kalau ada warna selain oren, roger roger arr kat aku ye...





















8. Bunga Matahari
Bunga bunga matahari, anggun mekar., di taman sari... tak tahan tutup mata tutp telinga kalau dengar (dasat la kalau boleh dengar) Bunga warna oren ada dua yang aku tahu. Satu, matahari yang cantik kembang besar takde bau dan suka mengadap matahari. Yang dua tu namanya agak busuk sikit tu yang pilih matahari tu.














9. Harimau Belang
Haiwan karnivor yang paling ganas yang ada hidup di hutan tanah melayu ni bewarna belang hitam dan oren. Dah tahu?! Tak kira nak bagitahu gak! Kalau pergi zoo memang feveret aku nak tengok harimau tak pun singa tak pun unta ataupun ungke.





















10. Jersi Sukan
Dalam logo kerajaan Malaysia mesti ada nampak 2 ekor gambar harimau. Simbolik negara Malaysia yang gagah berani. Harimau belang dah macam haiwan negara la kiranya. Sebab itu Jersi sukan Pasukan Malaysia warna oren dan bercorak belang belang harimua. Nampak sikit gah dan beraninya tu.


Okay, dah siap! Lapor gile ni... nak makan. Sambung lain kali lah yerk.

17 comments:

Unknown said...

banyak idea awie tentang warna ni.kalau wan pening nak memikirkan

Awie Omar said...

To wan : nak dapatkan 10 pun susah gak... nasib tak pitam

Anonymous said...

kalo aku pakai oren.garang x aku???haha

Lydia Miza said...

salam kenal
pertama kali di sini.

LM suka buah oren.
sgt suka garfield juga

Awie Omar said...

To hantu : woi, garang sangat siot... macam naga bekengnyer

Awie Omar said...

To Lydia : ye ke :) terima kasih banyak banyak

Farish Ibnu Addin (Saurukent) said...

Asyep paling suke warna oren..hehe

Awie Omar said...

To Farish : Memang entri ni khas kepada sesiapa yang suka warna oren.

irwanmiswan said...

aku suke si garfield...gemok dan pemalas hahahaha

kalau x malas,singgahla
saman deodorant AXE sebab tak dapat awek??jadahnye??
kelebihan makanan segera untok wanita

deardearyhaty.blogspot.com said...

ni yg na suke wne jingge lak ni..hehe..:)

Unknown said...

nice info bro... hehehe

riena tomato said...

nice...tp saye xsuke oren emm..wane oren wat i look more darkezzz huhuh

Sue Izza said...

orang kata warna oren warna panas dan hangat atau bertenaga...

Ahmad Sabree said...

x suke wane ni!!!! jauh kan ! hahaha

Hafeesz Amran said...

beg plastik oren....haha

riena tomato said...

hehehhe nak cadangkan entry terbest kat port nie jap boley?
saye calon kan : http://afeeszamran.blogspot.com/2012/01/penyakit-yang-susah-nak-sembuh.html

Anonymous said...

naruto bukan budak serigala tapi budak musang (syaitan ekor sembilan)..wahh aku peminat tegar naruto.haha