Followers

25 January 2012

10 Sebab Kenapa Aku Buat "Next Top Blogger"

Aku telah ditemumarah semalam di dalam mimpi oleh seorang wartawan dari sebuah rancangan yang penuh kontroversi “Fuhhh… BGBK a.k.a Bersawang Giler Blog KO!”. Nak tahu apa perbualan kitaorang meh sini baca bawah ni.

Wartawan : Sejak dua menjak aku mula wat part time noreh getah ni, aku tengok blog ko asyik letak entri “Next Top Blogger” je? Ape ke hey nyer?

Aku : Ha ha ha betul la tu. Tapi ada gak aku letak entri lain, pasal kisah hidup aku yang biasa ni. Ada baca?

Wartawan : Pasal ko! Wooaaa (menguap) apa apa je arr… Anyway, my first question is,  Otak ko makin mengecil ke? Sampai dah takde idea nak post ape ape dah? Balik balik tu jugek lah.

Aku : Otak aku makin mengecil? Ke kepala hotak ko makin bengkak?! Apa punye soalan daa… Yang pasal takde idea tu seikhlasnya betul la tu. Aku memang selalu takde idea , tapi ada sebab lain lagi aku buat segmen ni.

Wartawan : Segmen tuuuu!!! Ko ingat ko bagus sangat ke nak buat segmen tanding tanding blog orang ni? Baru buat blog dah sibuk nak kritik blog orang.

Aku : Engko ni nak temuramah aku ke nak maki aku? Pembetulan ye. Aku sedar yang aku ni baru lagi. Sememangnya tak layak nak komen komen ni. Kritik? Aku tak suka guna perkataan tu. Sebab perkataan itu berunsur negative. Takut orang salah faham. Pendapat yang aku letak semuanya berkaitan perkara yang aku suka nak bagitahu. Pasal yang tak elok tu blog aku sendiri pun hancur.

Wartawan : Sedar diri rupanye. Habis apa sebabnya ko buat “Next Top Blogger” tu? Cer citer ce citer.

Belum sempat aku nak jawab, dengan tiba tiba aku terjaga. Lantas membuka laptop dan menaip entri berikutnya ini.




1. Melawat blog follower.
Followers aku anggap sebagai rakan blogger. Mereka pun ada blog masing masing. Diaorang pun ada post entri entri baru. Takkan kita nak harap diaorang je baca entri kita, dan kita lak nak bukak blog diaorang pun malas. Tak adil betul tak? Kalau aku buat segmen ni, dapat la aku lebih mengenali satu persatu blog followers yang ada. Sambil tu dapat buat lawatan balas.




2. Tak tahu apa nak buat
Post baru dah letak. Komen dah balas. Apa lagi nak buat? Blogwalking blog blog peserta la jawabnya. Cara aku blogwalking dengan segmen ni la. Orang blogwalking cari followers baru. Aku blogwalking nak kenal lagi blogger yang dah ikut blog aku.



3. Entri tambahan
Dalam seminggu hari dapatlah aku post dalam 3 hingga 4 entri (jujur cakap) Takde la macam dulu sebulan sekali lama lama bersawang.



4. Promote blog kawan
Memang ada niat kat hati nak perkenalkan rakan rakan blogger segmen ni. Kepada rakan rakan follower yang lain pun boleh nak kenal dengan blog blog diaorang. Jadi kat sini dapatlah tolong tolong kawan sikit sikit. Lebih lebih lagi blogger blogger baru.



5. Cari idea baru
Sambil aku geledah blog peserta Next Top Blogger, sambil tu aku dapatlah korek beberapa idea kat sana. Bukan idea sebijik macam orang tu punya. Aku pandai pandai arr olah citer tu nanti.



6. Tambah ilmu berbloging
Segmen "Next Top Blogger” memang agak ambil masa nak siapkan entrinya. Kalau aku nak bagi pendapat aku kena tinjau betul betul blog blog mereka semua. Kebaikannya aku dapat tahu apa yang kurang pada blog aku dan aku dapatlah ilmu sikit sikit macam mana nak berbloging dengan lebih hebat lagi (ayat makan diri ni). Sebabnya aku masih baru dan kebanyakan blog yang sertai segmen ni jauh lebih lama berada dalam dunia bloging ni.



7. Penghargaan buat followers
Aku nak menghargai followers @ peserta "Next Top Blogger" aku ni sebab sudi ikut blog aku yang tak seberapa ni. Buat masa ni ini je caranya. Buat followers yang takde blog atau aku yang tak tahu mereka ada blog, nanti aku fikirkan macam mana nak balas sokongan korang. Followers ni amat penting. Adanya diaorang, semangat kita untuk berbloging lebih membara.



8. Dapat kenalan baru
Macam mana aku dapat kenalan baru dari segmen ni? Senang je. Ada juga blog blog yang aku spot check mempromosikan atau tag blog orang lain yang aku tak tahu. Kesempatan tu aku lawatlah blog tu. Kalau aku minat, aku akan follow. Bonusnya kalau blog kawannya tu follow kita balik. Itu nasib la.



9. Tingkatkan semangat
Bila aku buat segmen ni dengan tengok satu persatu blog orang lain, dan baca setiap cerita cerita mereka, semangat aku lain macam. Makin teruja lak nak berbloging. So, ada positif nya tu aku buat benda ni.


10.Anugerah Ekstravaganza 2012
Segmen ni aku uruskan sendiri. Aku tak suruh followers semua buat satu entri kat blog diaorang, tinggalkan url kat blog aku dan tag rakan rakan blog yang lain. Blog aku masih tak ramai yang melawat dan membacanya. Sudah pasti kalau aku promote pun mesti tak laku mana blog yang aku tu. Kalau ada, nasib la. Anugerah Ekstravaganza dah wujud tahun lepas. Anugerah ini khas untuk followers blog AWIE OMAR sahaja yang mempunyai blog. Sambil bersegmen, sambil mencari calon calon Anugerah Ekstravaganza 2012 pulak. Setiap bulan aku akan calonkan satu untuk setiap kategori. Tunggukan saja entri berkaitan anugerah tu nanti. Okay tu je nak citer. Bye.

15 comments:

MaiRa QuEeN said...

cpat2 dh pagi esok nie..xsbar2..

Khairiz said...

usaha yang gigih, xpa, orang yang selalu berusah gigih pasti akan mendapat hasil yang bagus...

riena tomato said...

Warghhh spk dah kamiz ek??? ...nway best gal de prg wat game2 cam tuan hambe buat...dpt gak sye lnl dgn bloger2 yg lain...hai kwn2

AZIE said...

sye suka reason no 7. Hehe.. Tak pe2 selagi hayat dikandung badan kite cube promote blog abang yepp.!

Oreen Reenbow said...

awie ro..anugerah extravaganza tahun nih dicadangkan tambah lagi beberapa anugerah.. contoh :
-blog paling malas nak update tapi sekali di update perghhh meletup u
-blog dengan penulis kaki typo malas nak betulkan typo dia

hehe, aku cadangkan je..cadangan ini bisa disokong dan ditolak

noorniey Azman said...

rajin :)

P#eoniX said...

pikir positif bro...lantak dorang nak pk negatif mane pon...janji kite bwat ape yang kite ske...betul x?x betul jangan marah...heheheh...hidup blogger tegar!!!!

Awie Omar said...

To MaiRa QuEeN : Sabar itu separuh daripada Iman.

Awie Omar said...

To Khairiz : Thank you Khai

Awie Omar said...

To riena tomato : Sama sama kita berkenal kenal blog yang lain.

Awie Omar said...

To AZIE : Terharu lak... TQ AZIE. Ini je yang mampu sya buat.

Awie Omar said...

To Oreen Reenbow : Sedang dalam pertimbangan. Tapi kalau ada pun kategori tu mesti blog aku masuk sekali hahaha

Awie Omar said...

To noorniey Azman : Mana ada rajin sgt. Ada masa buatla.

Awie Omar said...

To P#eoniX : TQ bagi sokongan. Teruskan berbloging k!

Akhelaken said...

i'm beginner..huhu. nak join jugak,mcmn ni ek?