Followers

21 March 2012

Someone Like You



Aku mengenali dia pada pertengahan tahun 2009. Lebih muda setahun dari aku. Kami bertugas dalam jabatan yang sama. Dia masih ingat sapaan aku padanya di awal perkenalan kami, “Hai, saya Awie,” sampai ke sudah tak habis dia nak gelak kat aku.




Aku bekerja beberapa bulan lebih awal darinya. Jadi kami lebih rapat. Dia anggap aku sebagai best friend dia. Dan aku anggap dia sebagai best friend aku. Last aku mempunyai best friend perempuan adalah pada usia 12 tahun. Bayangkan! Dan baru sekarang dia muncul.




Aku tidak ramai kawan di KL. Aku jarang keluar ronda ronda KL. Sejak mengenalinya baru aku dapat tahu sekurang kurangnya 2/10 ceruk KL. Kami selalu keluar jalan jalan KL dan pernah sampai ke Putrajaya. Dalam sebulan, 3 – 4 kalilah. Tengok wayang tu biasa. Dah macam berdating, tapi kami hanya kawan baik.





Perwatakannya amat lain dari perempuan2 yang pernah aku kenali. Suaranya kasar. Jalannya langsung tak berlenggang. Minat sangat tengok bola dan cerita pasal kereta. Tapi dia bertudung dan bila masuk waktu dengan segera dia solat. Walaupun tengah jalan jalan dalam Times Square.





Dia tak pernah kata kat aku satu perkara ni. Aku tahu pun dengar kat mulut orang lain. Dia dah bertunang. Aku kata kat dia yang aku tak percaya. Dia boleh gelak lak. Entah dari semangat mana boleh pulak mulut aku tercakap yang aku suka kat dia. Makin selak lak dia gelak. “Aku dah bertunang Awie. Lain la kalau aku takde sape yang punya,”. Dahulu dia rasakan tiada siapa inginkan perempuan sepertinya. Bila dah ada yang sudi menyunting, takkan dia mahu lepaskan begitu sahaja.





Walaupun rahsia dah terbongkar, namun persahabatan kami lebih akrab. Ada masalah kita orang kongsi sama. Pernah terjadi tunangnya accident dan dimasukkan ke Hospital Seremban. Dia risau sangat. Malam tu jugak dia mintak bantuan aku teman dia ke sana. Sememangnya, permintaan dari orang yang sering aku teringat ingat pasti aku tunaikan.





Dia tahu yang aku betul betul sayang kat dia. Dia pun dapat rasa yang kitaorang serasi bersama. Kadang2 aku rasa bersalah bila dia rasa berada di dalam dilema. Segala tentang aku pernah diceritakan pada bondanya. Tapi sesiapa pun tak mampu untuk mengubah segalanya. Dan ternyata aku yang terlewat untuk mengenalinya dulu. Bagi dia, kami tak ada jodoh. Tapi bagi aku, selagi dia tak berkahwin selagi itu jodohnya ngan aku masih ada.





Semakin lama kenal menyebabkan gurauan kami kadang kala menyinggung perasaan masing masing. Tapi aku tak pernah ambil hati walaupun dia pernah sakitkan hati aku. Dia kata aku terlalu baik. Terharu aku dengar pujian sebegitu. Masa berlalu begitu pantas. Dan aku tak sempat untuk bertindak apa apa. Dia redha dan gembira dengan pernikahannya.





Aku doakan semoga kau berbahagia hingga akhir nyawa bersama suami tercinta. Terima kasih kerana berkata yang aku ni adalah kawan terbaik yang pernah kamu kenali. Banyak kali dia doakan aku semoga cepat dapat jodoh. Aku takde tunjukkan sebarang reaksi. Senyum pun tak, sedih pun tak. Hanya Allah yang tahu apa yang berlegar dalam fikiran aku. Berharap sangat dapat berjumpa lagi insan seperti dia. Itupun kalau ada lagi di muka bumi ini.

7 comments:

mas saari said...

sahabat memang susah nak jadi kekasih tapi kekasih boleh jadi sahabat kan?

Putry said...

sedih baca entry ni.. huhu.... shabat sejati ni.... sahabat yang sejati perlu jaga elok2.... putry dont folow ni

Nor Zilla said...

jom kita bersahabat...ngeh3

SAYA BUKAN SAMDOL said...

Allah did a certain act for some reasons.

logorithm said...

Sedihnya kisah nih...

Boleh buat skrip untuk Cerekarama. :-p

Heart Crusher said...

me difrent he never told me his engage alredy but stil want try make a relationship.. hmm esok hari pernikahan dia.. itu pon aku tahu dr blog tunang dia.. x sngka.. huhuhu tpi x pe kita x mgkin jmpa yg serupa tp mkin kita akan jmpa yg lebih baik buat kita nnt insyallah :)

haz said...

haz undi eddy..