Followers

30 April 2012

10 Kartun Kucing Paling Popular


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nak dekat seminggu aku menyepi perah otak cari idea nak letak entri apa kat dalam blog. Banyak sebenarnya aku nak cerita tapi masalahanya aku tak pandai sangat nak mengarang ayat dan cerita start mana dulu. Lebih lebih lagi NTB 1 dah tamat, sekarang ni sedang giat cari peserta untuk musim 2 pulak. Kalau ada NTB sekurang kurangnya dalam seminggu ada jugak aku postkan sesuatu:P (Bagi yang tak tahu NTB tu apa, NTB tu = NEXT TOP BLOGGER, segmen tu ada dalam blog ni).



Macam mana header blog aku kat atas? Tu untuk bulan April punya. Kalau ada yang perasan, aku pernah guna header blog ni tahun lepas. Cuma aku tambah perkataan “AWIE OMAR” je. SANG KUCING adalah nama terawal aku guna sebagai blogger sebelum aku tukar ke AWIE OMAR. Seriously, aku memang minat kucing. Kat kampong dah ada 2 ekor kucing dah. Syok giler layan dua ekor tu.



Sedang layan kucing kucing ni, terlintas kat otak aku nak buat entri pasal kartun kartun kucing yang dikenali ramai. So, aku simpulkannya dalam CARTA 10. Macam biasala ek.





1. Doraemon

Robot kucing dari era masa depan yang mempunyai poket khas yang mengandungi pelbagai jenis gadget yang pelik. Tinggal bersama Nobita dan ibu bapanya. Setia pada rakan rakannya dan suka membantu sesiapa yang dalam kesusahan. Watak ciptaan karikatur popular di jepun Fujiko Fujio.








2. Garfield

Garfield adalah seekor kucing parsi berwarna oren. Haiwan belaan David yang juga mempunyai seekor anjing, Odie. Seekor kucing yang agak pemalas, suka menyindir dan mengejek. Namun binatang ni jadi manja bila bersama teddy bear nya, Pooky, bila makan dan bila tidur. Watak ciptaan karikatur, Jim Davis.









3. Kitty

Seekor kucing betina berwarna putih dengan nama sebenarnya Kitty White. Dilahirkan di pinggir bandar London, England. Digambarkan sebagai seorang gadis ceria dan baik hati. Sangat rapat dengan kakaknya, Mimmy yang seorang pemalu. Suka mengumpul sesuatu yang comel dan subjek kegemarannya di sekolah adalah Inggeris, muzik dan seni. Watak ini diilhamkan oleh Yuko Shimizu.








4. Tom

Sejenis kucing jantan jenis dosmetik shorthair yang bewarna biru dan putih. Biasanya tinggal dalam kehidupan yang dimanjakan. Jerry seekor tikus sentiasa tinggal di lubang dalam rumah Tom. Tom merasakan kehadiran Jerry menggangu kehidupannya.  Pelbagai cara dilakukannya untuk menangkap dan membunuh Jerry tetapi semuanya gagal.








5. Meowth

Peminat Pokemon mesti kenal haiwan sekor ni. Salah satu spesis pokemon yang suka mencakar. Karekter ini dicipta oleh Ken Sugimori.  Kebanyakan masanyaa dihabiskan dengan tidur di siang hari dan merayau di malam hari. Merupakan watak utama dalam siri anime Pokemon kerana menjadi pengikut Pasukan Roket yang sentiasa menentang misi watak utama. Salah satu jenis Pokemon yang mempunyai keupayaan untuk bercakap bahasa manusia.







6. Puss In Boots

Watak kartun ni diilhamkan dari sebuah kisah fantasi lama untuk kanak kanak di Perancis. Kemunculan pertamanya dalam filem Shrek menarik perhatian kanak kanak termasuk orang dewasa disebabkan kecomelannya dan lagaknya seakan zoro, pahlawan pedang yang bercakap dalam loghat Spanish dan Italy. Wataknya disuarakan oleh pelakon popular Antonio Banderas.






7. Top Cat

Seekor kucing jantan jalanan yang bewarna kuning merangkap sebagai ketua dalam geng kucingnya. Anggota gengnya yang lain bernama Benny, Brain, Fancy Fancy, Spook dan Choo Choo. Geng kucing ini selalu membuat huru hara di bandar dan menyusahkan Officer Dibble. Top Cat seekor yang suka merancang tapi kurang bertindak.  Yang baiknya dia setia kepada kumpulannya itu dan akan membantu salah seorang daripada mereka jika mereka memerlukannya.



8. Felix

Felix Cat adalah watak kartun yang dicipta dalam era filem senyap lagi. Felix adalah watak pertama dari animasi. Seekor kucing jantan bewarna hitam, mempunyai mata yang besar. Sangat aktif dan sukakan dunia populariti.



9. Sylvester

Haiwan belaan Granny, seorang nenek tua yang turut membela seekor burung bernama Tweety dan seekor bulldog yang bernama Hector. Kucing jenis tuxedo ni teringin benar nak ngap Tweety. Pelbagai cubaan yang dilakukan namun semuanya gagal. Lebih lebih  lagi ada si Hector yang betul betul menjaga Tweety.





10. Mittens

Okay, yang terakhir ni jujur aku cakap tak kenal sangat. Disebabkan nak cukupkan 10, aku kena masukkan jugak kartun ni. Karekter ni ada dalam filem “Bolt” yang sememangnya aku tak tengok lagi. Apa yang aku faham tentang watak ni melalui sipnosis filem tu, Mittens ni seekor kucing jalanan betina warna hitam dan juga kaki buli merpati merpati. Berjumpa dengan Bolt yang dalam perjalanan balik ke tempat asalnya Hollywood dan terpaksa membantu Bolt untuk balik ke tempat asal.





THANK YOU GOOGLE & WIKIPEDIA


17 comments:

Ziera Ieyah said...

paling suke ngan kucing no 1 hehehe

PCL said...

wow..tom n jerry kartun yg masih .diingati

Unknown said...

puss itu sangat lah comel momel xD

Anonymous said...

suke kucing no 1 tu. tembam comel! hihihi

Cik Puan Muda Umi said...

yg comel mesti la puss in boots..hehe..:)

Awie Omar said...

To Ziera Ieyah : Aku pun :D hehehe

Awie Omar said...

To PCL : Kelakar habis Tom & Jerry

Awie Omar said...

To noorniey Azman : bukan sebarang comel puss tu... hehe

Awie Omar said...

To Rafflesia : Tq sudi jenguk blog ni :D

Awie Omar said...

To Cik Puan Muda Umi : bukan takat comel malah gagah & berani :P hehehe

ErnieFaizal Siti said...

saya suka Tom time dia baik..sangat comel! thanks singgah ye aritu :)

Cheida_Mymee said...

yg last tu x kenal.. kenapa x letak ogy n cockroach je.. hihihi itu best gak :)

EG said...

Watak2 ni memang best pon layan.

E-ra paSha said...

mule2 masuk terus terpikat dengan entry ni!!..
suke sgt kucing2 ni..comel!!
hee so era follow ye...
jemput singgh blog..

fizalinolie said...
This comment has been removed by the author.
fizalinolie said...
This comment has been removed by the author.
ERAZ FADLI said...

Saya sangat mahu menjadi salah seorang peserta BLOGGER 4. Segala syarat dan peraturan akan saya ikuti.