Followers

14 April 2012

10 Respon Untuk Budak Minta Bantuan


Entri Khas Untuk Peserta Next Top Blogger 1 :

mas saari

Mas saari pernah mengeluarkan isu yang sama dalam blog nya. Tekan link ini. http://www.massaari.com/2012/02/sindiket-atau-sebaliknya.html Jadi hari ini sebagai menghargai penyertaannya dalam Next Top Blogger 1, aku akan mengolah isu tu dengan cara aku yang sinonim dengan Carta 10.



Aku sekarang tengah isi minyak kereta

Kat stesen minyak

Atau

Aku tengah makan kat warong mamak


Seorang budak perempuan (selalunya)

datang menghampiri aku


Budak perempuan tu bertudung dan

berbaju kurung.


Budak tu mengalas beg dan tangannya

memegang sesuatu (biasanya minyak urut

dan buku agama)


Turut dijinjingnya sekeping kertas seakan

akan sijil pendaftaran

(bukan surat beranak die ek)


Budak tu menegur aku secara tiba tiba

dengan nada suara yang

agak perlahan disamping ritma

yang amat laju


Aku yang terkejut cimpanzi hanya

mampu mendengar dia cakap

“assalamualaikum...” je

selebihnya entah apa dia cakap pun

aku tak tahu



Namun mungkin ajaran dari pengalaman, aku dapat mengawal situasi yang agak men-nervous-kan itu. Budak tu baru nak datang dekat pun aku dah tahu dia nak apa. Kali ni bukan aku nak citer pasal interaksi aku ngan budak tu selanjutnya. Tapi nak share ngan korang pendapat aku tentang 10 Respon Untuk Budak Minta Bantuan ni. 10 respon ni aku bahagikan kepada dua kategori. 5 respon positif. Dan 5 respon negative. Korang semua berakal bukan, tahu mana satu yang elok diikut dan yang mana satu tak elok diikut.



Respon Positif



Situasi 1.

Membalas teguran budak tu dengan baik. Contohnya : “Waalaikumusalam dik. Jual minyak ke? Takpe la dik, umah abang dah macam macam minyak dah ada. Abang pun dah hampir hampir nak jadi orang minyak. Hehe gurau je dik. Terima kasih ye dik,”. InsyaAllah, budak tu akan tersenyum dan akan berlalu sambil ucap terima kasih kat kita.



Situasi 2.

Membeli dengan niat ikhlas untuk sedekah. Contohnya : “Waalaikumusalam dik. Jual buku agama ke? Alhamdulillah. Ada gak insan yang sudi menyedarkan aku. Berapa hinggit? 10 hinggit?!! Tak boleh diskaun ke? Tak boleh ek... buku agama pun nak berkirakan hehe. Nah duit, abang beli ek,”. Kalau ada duit lebih sikit tak salah kan nak beli.



Situasi 3

Memberi sedikit sumbangan tanpa beli apa apa. Contohnya : “Waalaikumusalam dik. Takpe la dik. Dari rumah anak anak yatim ye... Emm ni sikit wang untuk adik buat makan tengahari ye,”. Hanya Allah Maha Mengetahui niat budak tu. Kita manusia perlu ada belas sesame insan terutama anak anak yatim. Jangan pandang serong pada mereka.



Situasi 4

Mengajak budak tu join sekali apa kita tengah buat (benda yang baik ye). Contohnya : “Waalaikumusalam dik. Meh duduk dulu makan sekali. Pasal barang barang ni semua nanti nantilah. Nak order apa? Kawan abang ni belanja, don’t worry,”. Budak tu mungkin akan duduk makan atau beri salam nak berambus dari situ dengan segera.



Situasi 5

Berbual bual sambil beramah mesra ngan budak tu (kalau budak tu masih berdiri tercegat depan kita walaupun kita bagitahu tak nak beli) . Contohnya : “ Waalaikumusalam dik. Adik sekolah kat mana? Takde keje sekolah ke nak buat, sempat lagi kerja ni? Buat malam ek, tak penat ke nanti? Tak ek, kerja sampai kul bape ni? Kul 8 ek, habis kul bape nak wat keje sekolah? Kul 9 ek, keje sekolah apa hari ni?,” tanya dan tanya dan terus bertanya. Budak tu kadang kadang berat mulut nak jawab soalan soalan macam tu. Sengih je la diaorang mampu. Tapi sabar, nanti diaorang akan pergi gak sebab tak sabar ngan kita lak.



Respon  Negatif



Situasi 6

Membalas teguran budak itu dengan nada suara yang agak keras dan tinggi. Contohnya : “Apa salam salam! Dah dah dah! Jangan kacau aku! @#$%^& punyer budak!,”. Dah la tengking dia, maki lagi. Saje saje dapat dosa free. Kalau orang tengok pun bukan budak tu yang malu, tapi kita yang buat macam ni lagi la 1000x kena malu.



Situasi 7

Tidak mengendahkan langsung budak tu / buat buat tak tahu. Contohnya bila budak tu tiba tiba tegur, dengan automatik kita terus jadi patung. Jangan harap nak toleh kepala, kelip mata pun tak. Lagi teruk kalau buat buat tak perasan sambil berbual bual ngan kawan. Seakan tak berhati perut. “Woi Minah, ko kata tempat ni bersih, nape tengah malam pun ada lalat,”. “Itu yang aku heran tu Joyah, bukan sebarang jenis lalat ni. Langau pun kalah,”. Itu lah dialog orang yang sombong.



Situasi 8

Beramah mesra dengan cara mengusik dan mengajak ngan melakukan sesuatu yang tidak baik (walaupun sekadar bergurau). Contohnya : “Kesiannya adik comey ni kecik kecik dah jadi kuli. Meh keje ngan abang nak. Dapat gaji lebih sikit. Buat apa la susah susah keje macam ni. Meh ikut abang gi tengok wayang,”. Kalau orang yang pertama kali jumpa budak bantuan ni, mesti terdetik kat hati rasa terancam. Padahal, budak ni lagi 1000x terancam dirinya dari kita sebab melakukan aktiviti sebegini.



Situasi 9

Memberi ugutan pada budak tu dengan merepot polis sambil menyoal siasat secara kasar dan melakukan kekerasan. “Woi budak! Baik ko bagitahu sape yang bawak ko ke sini?! Kalo ko tak bagitahu aku heret ko ke balai polis. Nak?! Sekali aku pang!! Kang baru tahu,” tengking Pak Joko sambil memegang kuat lengan budak tu. Sampai nangis budak tu kena kerjakan. Niat Pak Joko nak keadaan kat situ tak tertanggu tapi kalau silap haribulan takut Pak Joko lak yang masuk lokap.



Situasi 10

Berinteraksi dengan budak itu dengan cakap menipu (bajet bohong sunat sebab rasa diri tu dah alim sangat) Contohnya : “Waalaikumusalam. Bukan taknak beli dik tapi TAKDE duit langsung ni. Eh, ada orang tepon lak. Sorry ek, hello...,” (padahal BB kong takde bateri) Be your self okay. Jujur dan jangan la sampai nak tipu tipu. Bersangka baik la sesame manusia lebih lebih lagi mereka anak anak yatim ini yang masih lagi budak budak.

8 comments:

logorithm said...

Situasi 6-10 tuh macam tak logik jer, tapi tak heran kalau ada yang respon dengan cara begitu.

Pernah sekali semasa kat trafik light, I ternampak sorang apek Cina yang comot dan berjalan sedikit tempang. Semasa menghampiri kereta di depan I, I tengok tangannya sedikit menghulur seolah-olah mahu meminta sedikit wang ringgit, tapi malu-malu pula.

Sayangnya pada ketika itu juga trafik light bertukar hijau dan I terpaksa berlalu. Tak sempat pun I nak mencapai wallet. Kalau lah dia sempat datang kepada kereta I, I pasti akan menghulurkan RM10 kepadanya...

Terbang Bersamaku said...

klau budak2 yg jual biasanya sy akan beli atau bgi jer duit tanpa bli ape2..kesian kat diorg..

#besedekah lbih baik dri bersikap kedekut, lgpn kalau xnak menderma jgn malaukn org yg meminta sedekah..tak elok..

zulhilmi tempoyak said...

some how it can become complicated. hihihihi...

tgok kesian.. ble bg sket pon dorang pandai bising dah skrg... tp biasanya org akan bg mkn je.. :)

Ariz Abdullah said...

aku lebih tertarik dgn gambar bdk pompuan bertudung tuh..

Cik Puan Muda Umi said...

selalu tengok orang buat tak tahu je kalau budak2 mcm ni datang dekat,maybe org igt ni semua sindiket..huhu

Rozuan Ismail said...

saya pilih incik hasmi

haz said...

haz undi syaidatul aisya

KorN said...

mengikit prestasi korn undi nadiafarhana