Followers

31 May 2012

Next Top Blogger 2 - Episod 6


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Penjelajahan hutan NEXT TOP BLOGGER 2 masih berterusan dan ini adalah entri untuk episod yang ke 6. Tinggal 12 peserta yang masih bersaing untuk sampai ke destinasi terakhir dengan selamat. Kali ini kita mulakan dengan Carta Mingguan dulu.



Carta Mingguan

No
Peserta
Entri
Tugasan Imuniti
1
Incik Hasmi
&(IMUNITI)
&(IMUNITI)

2
Allya Syahirah


3
Rozuan Ismail

4
Zamani

5
Nor Zilla

6
Nisa Adnan



7
Ieyna Nasir

8
Cik Puan Muda Umi

BACK-UP (Nisa Adnan) ada buat TUGASAN IMUNITI
9
PCL

10
Arjunakirana


Tiada TUGASAN IMUNITI dari peserta dan BACK-UP (Lynn La Loy – Telah tersingkir)
11
Hairy

Tiada TUGASAN IMUNITI dari peserta dan BACK-UP (Hareez Haiqal)
12
Hareez Haiqal
http://elefunz.blogspot.com/2012/05/good-luck-korang.html

Tiada TUGASAN IMUNITI dari peserta dan BACK-UP (Hairy)
SISTEM UNDIAN
Incik Hasmi
Allya Syahirah
Rozuan Ismail
Zamani
Awie Omar
Ð¥
Hareez Haiqal
Hareez Haiqal
Ð¥
Hareez Haiqal





Peserta Yang Terkeluar

Hareez Haiqal



“Musim ke 2 ni, Hareez merupakan peserta yang paling lucky. Sebabnya...



Episod 2 : Hareez & Iz Idraqie Huzni berada di kedudukan paling bawah dalam carta kerana keduanya tak ada entri. Melalui Sistem Undian, Iz Idraqie mendapat undian tertinggi dan terpaksa disingkirkan.



Episod 3 : Sekali lagi berada di kedudukan paling bawah. Kali ni bersama Lynn La Loy. Kedua mereka tidak mempunyai entri. Lynn La Loy disingkirkan kerana mendapat undian paling tinggi minggu itu.



Episod 4 : Kali ni Hareez tidak berada di kedudukan 2 paling bawah dalam carta kerana ada sediakan 1 entri untuk minggu itu. Nur Fahima dan Ieyna Nasir pula yang tiada entri. Akhirnya Nur Fahima disingkirkan melalui undian.



Episod 5 : Masih lagi mampu bertahan walaupun berada di posisi kedua paling bawah kerana sempat menyediakan 1 entri. Eddie Nabila disingkirkan pada minggu itu tanpa Sistem Undian kerana dia seorang sahaja yang tiada entri.



Dan untuk episod kali ini, mungkin “Lucky” Hareez dah cabut lari. Disebabkan Hareez tidak membuat Tugasan Imuniti bersama Back-Up iaitu Hairy, maka itu korang berdua terpaksa tersenarai dalam Sistem Undian. Dan akhirnya keputusan kali ini tidak lagi menyebelahi Hareez. Maaf ye Hareez Haiqal. Anda terpaksa dikeluarkan dari game pada episod kali ini. Terima kasih di atas kerjasama Hareez untuk menyertai segmen ini. Maaf diminta jika ada ayat ayat aku yang mengguris perasaan Hareez. Aku amat terharu sekali di atas kesudian Hareez untuk follow blog yang biasa ini. Sebab itu segmen ini dibuat khas untuk anda. TERIMA KASIH sekali lagi,”. :)







Tugasan Imuniti

Tugasan Imuniti Episod 5
Kali ni korang kena buat entri khas balik semula untuk Tugasan Imuniti. Buat dengan baik, perkenalkan blog BACK-UP masing masing (Tak kisahlah mereka masih ada dalam game ni atau tidak). Jangan tersalah BACK-UP. Kalau salah BACK-UP entri tugasan tu tak akan dikira. Entri Tugasan Imuniti yang terbaik akan diberikan Imuniti macam biasa, 2 episod berturut turut akan selamat dari penyingkiran. Peserta yang melaksanakan Tugasan Imuniti ini sudah tentu berada di kedudukan teratas dalam carta. Dan bagi yang tidak buat, 2 kedudukan tercorot mungkin untuk anda J



Jutaan terima kasih kepada peserta peserta yang rajin buat Tugasan Imuniti di atas. Harap ini dapat merapatkan lagi hubungan korang dalam game ini. Dalam game ni, Back-Up teramatlah penting pada suatu ketika nanti. Korang boleh minta tolong Back-Up buatkan Tugasan Imuniti jika korang tak sempat nak buat. Kalau Back-Up ada buat, korang pasti turut berada di posisi teratas dalam carta walaupun tidak buat Tugasan Imuniti (Kecuali yang tidak ada entri pada minggu itu – kena duduk bawah okay) Pandai – pandailah korang bincang susun strategi macam mana nak kekal hingga ke final bersama. Bagi yang sudah tidak ada Back-Up, korang terpaksa la rajinkan diri siapkan segala Tugasan Imuniti yang diberi. Kalau tidak, kemungkinan anda boleh berada di kedudukan paling bawah walaupun entri korang post pada minggu itu tahap 5 bintang first class punyer. Baiklah, tanpa melengahkan masa, peserta yang menyediakan Tugasan Imuniti paling baik sekaligus mendapat IMUNITI pada minggu ini adalah Incik Hasmi. TAHNIAH. Incik Hasmi tidak akan disingkirkan pada minggu ini dan juga pada episod akan datang. Berikut adalah TUGASAN IMUNITI yang seterusnya perlu dilaksanakan.



Tugasan Imuniti Episod 6
Sediakan 1 entri untuk menjawab balik masalah masalah berikut. Kita fokus balik ke misi sebenar pengembaraan dalam hutan, Jungle-Blog-Tracking.

Situasi : Anda sekarang berada betul betul di tengah hutan. Apa yang anda lakukan jika...
1. Bekalan makanan dan minuman anda telah habis.
2. Khemah anda telah rosak dan tidak dapat dipasang semula.
3. Kompas dan peta anda hilang.
4. Lighter dan mancis habis, lampu picit tiada bateri.
5. Terdengar bunyi bunyi yang pelik pelik.
6. Anda tersesat bersendirian.

Tajuk tugasan ni bebas. Tak kisah tajuk apa. Dah buat, korang postkan link entri tu kat kotak komen entri ini (NTB2 - Episod 6). Entri Tugasan Imuniti yang terbaik akan diberikan Imuniti macam biasa, 2 episod berturut turut akan selamat dari penyingkiran. Peserta yang melaksanakan Tugasan Imuniti ini sudah tentu berada di kedudukan teratas dalam carta. Dan bagi yang tidak buat, 2 kedudukan tercorot mungkin untuk anda J





                                                

Kaunter Pertanyaan

Dari Entri NEXT TOP BLOGGER 2 – EPISOD 5
Eh yg imuniti tuh letak kt sini ke link dier? – anak cik talip
Okaylah, korang boleh letak link Tugasan Imuniti kat kotak komen J

Segala pertanyaan lepas ni boleh postkan kotak komen di bawah dan akan dibalas dalam Kaunter Pertanyaan entri NEXT TOP BLOGGER 2 – EPISOD 7  J

16 comments:

NisaAdnan said...

whoaa tahniah Incik Hasmi!
Aduii task kali ni kena
berangan sampai ke awan
nano ni. Heee Good Luck
korang :P

PCL said...

pcl macam down jer bab2 berangan nih..dlm hutan plk tuh...

PCL said...

Awie, sy mmg ada buat tugasan imuniti mmgu lpas..awak lepas pandang entri sy ke?..

NisaAdnan said...

beresss boh!

http://hanisaya.blogspot.com/2012/05/hutan-halloww.html

anak cik talip said...

eheee...ngeee..mekaseh sbb bgi imuniti hoho...

@nisaAdnan..eheee...keep fight (:

allyarifff said...

weehee!! terus berjuang kawan-kawan :)

ehh, PCL ada buat imuniti kee?? Nak tengok!! Tak jumpa ponn :'(

Unknown said...

wah, top 3 kali ni.teruskan berjuang!! mencabar sangat tugasan kali ni.. oh tidak!!

NisaAdnan said...

PCL ada buat imuniti. saya saksi! *cehhh

Unknown said...

http://kringg.blogspot.com/2012/06/misteri-kain-putih-melayang-layang-di.html

TUGASAN IMUNITI WAN KALI INI.JEMPUT BACA =)

Unknown said...

Saya pilih Nor Zilla..

p/s sukar untuk pilih sebenarnya.. tapi nak tak nak pilih jugaklah

NisaAdnan said...

sorry to say but i had to
choose Nor Zilla jugak.
sorry!

! Arjunakirana ! said...

awei omar kenapa Arjuna tak dapat berita ape2 dari awie... huhuhu... :(

Yumida said...

wah...sgt terperinci...dh ketinggalan sy nih..gdluck u all
follower ke 645

ieyna nasir said...

http://ieyna-nasir.blogspot.com/2012/05/next-top-blogger-episod-6.html

PCL said...

sori bro awie ..lewat kali ni :

http://www.pakciklie.com/2012/06/akulah-komando.html

PCL said...

Assalamualaikun Awie.

Boleh tak kalau masej ttg pemilihan siapa yg nk disingkirkan dihantar melalui email terus kpd perserta yg terlibat bkn spt sblm ni melalui comment box oleh penganjur. (rasa cm keputusan dah keluar awal dr waktunya...kurang suspennya !!)