Apa yang 10 nya kali ni? Tajuk aku letak, “10 Hukuman Pernah Aku Kena Kat Sekolah”. Sebelum meneruskan bacaan anda, meh “free your mind” post ni TAKDE KAITAN dengan unsur unsur balas dendam, menjatuhkan maruah seseorang atau mengikut nafsu dan emosi. Ini hanya sekadar kenang kenanganku di zaman kenakalan ku di sekolah. Pada cikgu cikgu di luar sana, jangan emosional k! Saya di sini masih waras lagi :]
1. Dirilah atas kerusi
Rasanya semua sekolah ada cikgu yang suka denda anak murid dier berdiri atas kerusi. Sebab apa? Mungkin sebab salah jawab soalan (5 x 5 dijawab 10). Cikgu perempuan yang selalu buat denda macam ni. Pengalaman aku lak, yang aku ingat masa darjah 2 tak salah. Cikgu Math suruh semua murid murid diri atas kerusi. Saper nak duduk kena baca sifir tanpa tengok buku. Selagi tak hafal sifir selagi tu kena berdiri atas kerusi masa belajar. Kalau 45 minit kelas, 45 minit la ko berdiri. Boleh gout kaki diri lama – lama. Tapi nasib aku kira baik la sebab aku ni kira antara murid yang paling cepat duduk la masa tu hehehe.
2. Ketukan pembaris besi
Saper nak rasa? Meh aku buat. Nak guna pembaris kayu ke pembaru besi? Ke nak guna pisau? Ambik kau! Gara gara tak siapkan kerja sekolah sebabnya aku lupa. Boleh ke terima alasan tu. Budak budak biasa la boleh lupa. Tak ingat lak ada kerja sekolah. Cikgu pulak lupe nak bawak rotan, pembaris panjang pun tak bawak. Kalau tak boleh tibia je. Jadi diambilnya pemberis ketotnya yang tebal jenis kayu lalu diketuk nya pada jari jemari ku hingga aku menyanyi, “Jari jari ku sakit semua, kerna bekerja setiap hari....,”.
3. Sebatan di punggoq
Masih aku ingat lagi di tingkatan 5. Seorang guru lelaki yang mengajar subjek Bahasa Melayu telah mengapa apakan ... stop kat situ (kang korang pikir lain lak) Ada ke patut (memang patut pun) disebabkan aku salah buat kerja rumah, ditibai nye aku ngan rotan sekuat kuatnya. Betul betul tinggi diangkatnya rotan tersebut macam nak hukum perogol lak. Celxka punya olang! Sakit arr siot! (Eh, Astaghfirullahalazim... tak baik lak cakap macam tu, orang tu kan cikgu kita yang mengajar kita ilmu). Kalau pelajar perempuan dia rotan kat tangan, okaylah, tapi yang tak puas hatinya bila dia rotan kat tangan budak budak perempuan tu alahai bersopan santun sungguh. Gataiii (Oopss, Astaghfirullahalazim... mintak maaf cikgu).
4. Tanggalkan seluarmu
Semasa itu aku dalam darjah 2. Aku berpindah ke sekolah baru. Dari sekolah kampong ke sekolah bandar. Tak sangka hukuman kat sekolah bandar lebih dasyat. Dengan cikgunya yang seorang ni berbadan bunting sepanjang tahun (sebab dia ajar aku masa darjah 2 je shif petang, darjah 3 shif pagi aku dah tak perasan die. Memang kalau nampak dia mesti tengah bunting ke badan dia macam tu entah arr). Dia ajar BI ngan Math. Macam biasa kalau salah jawab atau markah periksa hancus alamatnya kena denda ler. Dendanya senang je diri kat belakang kelas, lepas tu tanggal seluar. Nasib la kalau pakai seluar kecik, kalau tak pakai? Ada yang boleh kena hysteria jawabnyer.
5. Tamparan bertalu talu
Ni satu lagi cerita pasal aku tak siap kerja rumah. Masa ni aku form 1. Cikgu perempuan ajar subjek BM. Dia datang ke setiap meja muridnya cek kerja rumah die kasi. Semua ok tak berlaku apa apa. Tapi bila die cek je buku aku, tiba tiba aku terperanjat, dua dua belah tangan dia naik menampar nampar macam tak betul kena muka aku, bahu aku, tangan aku , leher aku semua kena tak cukup ngan tangan, ngan buku aku sekali dier hempuk aku. Hai cikgu, tengah cuti ke? Mood berubah rubah... Apepun thanks. Jasamu dikenang.
6. Pondokku pasir bomba
Aku rasa aku tak berapa ingat sebab apa aku kena denda ni. Yang aku ingat aku pernah kena denda macam ni. Masa tu aku darjah 4 ke 5 ke 6 entah dah tak ingat. Kat depan kelas aku tu ada pondok pasir bomba. Tergangung 4 biji baldi dalam tu yang berisi pasir untuk kecemasan cegah kebakaran (ada lagi ke benda tu kat sekolah?) Dah tak idea nak denda apa disuruhnya aku gi duduk mencangkung bawah pondok tu. Malu giler sebab murid murid kelas sebelah pun nampak aku tengah picknik sorang sorang kat situ. Ada jugak aku bakar kelas tu kang! Sabar Awie sabar....
7. Cubit cubitan senggol senggolan
Cubit kat perut ni biasanya budak budak sekolah menengah je kena. Tak tahu la sekarang budak sekolah rendah pun kena cubit tang perut gak. Aku betul betul benci arr bila kena denda cubit secubit cubitnya ni. Sampai berpusing badan aku kena cubit tang perut menahan sakit. Cikgu lak buat muka syok arr tak de perasan selumberrrrr je... nasib bapak aku bukan guru besar, kalau tak dah lama aku wat report pasal engkau. (Eh, anak anak cikgu kena gak ke denda denda macam ni?)
8. Lari keliling padang
Denda ni lak bila aku sekolah menengah time ikut gi perkhemahan Kadet Remaja Sekolah. Aku ni bukannya lembab. Tapi disebabkan kesian kat kawan, ditunggu jugak si kawan yang lembab ni sampai siap. Masa tu cikgu nak panggil lama dah suruh kumpul nak kawad. Last last dating lambat kena la denda lari pusing padang 10 pusingan. Rasenya lagi aku suka berlari dari kawad tengah tengah panas tu. Kalau penat jalan la kaki. Biar arr sejam aku tawaf padang sekolah tu.
9. Rotankan tangan aku
Bila time sport check lepas perhimpunan aku jarang tak lepas. Aku baik k mase sekolah! Kadang kadang je keadaan tak mengizinkan, malang tak berbau, aku dating lambat ke apae ke alamatnya kene la aku. Sebagai denda macam biasa, sediakan tangan untuk menerima satu libasan sulung.
10. Lompat bintang berlecak
Time aku duk asrama, setiap malam ada kelas prep. Tak tahu lak satu malam tu ingatkan takde cikgu jaga, rupanya senyap senyap die monitoring kite orang yang semakin rancak berdiskosi (hal hal ilmu la tak kan hal hal semasa! Ye arr tu...) Last last lepas prep kiteorang kena kumpul kat tengah tengah jalan tar. Lepas tu kena pumping 100 kali dalam lecak (jalan tar yang berlecak? Bayangkan saja) Rasanya la, denda tu untuk budak budak yang paling buat bising dalam kelas prep tu. Tapi untuk aku yang tiba tiba takde mood time tu, takdela buat bising sangat, bercakap cakap tu ader arr (Aku study k!) dapatlah hukuman yang ringan sikit iaitu lompat bintang 10 kali agaknya dalam lecak.
Apapun yang berlaku, aku redha. Aku terima ia sebagai pengajaran. Aku tak berdendam ngan sesiapa cikgu pun. Aku tak report pun kat mak bapak aku. Kalau tahu pun mak bapak aku buat tak kisah je (padan muka ko!). Tak macam zaman sekarang, usik bahu sikit dah bagitahu kat mak ayah. Mak ayah pulak sound pulak kat cikgu tu siap nak bawak kat mahkamah. Sabar ye adik adik ku yang masih bersekolah, semua tu ada pengajarannya. Akhirnya korang jugak yang cerdik pandai. Semuanya atas ilmu didikan cikgu bagi. BANGUN SEMUA!!! TERIMA KASIH CIKGU!!!
27 comments:
nakal sangat awie ni..tu yg kena pukul..hehe..
paling x tahan kena sebat dekat punggoq.hehe
p/s jom ke blog wan..borak pasal aiskrim..hehe
rodong2 tu apa eyk?
To Rozuan : rodong2 tu kawan kawan la
lari keliling padang..xpenah kena tapi lagi sanggup lari kat bgunan sek..xpanas sgt...hehehhe..
rotan kat tgn,time sek rendah,,time uh UPSR,memg ingat seh,,,tapi alhamdulilah,kerana rota uh lah subjek sains dapat A...hehehhehe
bagi aku,7. Cubit cubitan senggol senggolan yg paling aku hengat skali...haha ckgu ku yg ganas walau cute
To Rozuan Ismail : haha sebenarnya banyak lagi denda yang aku kena, tapi disebabkan ni carta 10, bagi 10 je arr
To Farah Azurah : tu arr motifnya disebalik hukuman tu, nak kite jadi 'ORANG'
To hanz : Cikgu perempuan lagi ganaz cubit hihihi
masih ingat crite kena denda di pondok pasir bomba tu...huhu
To Dzull : Sebab apa ek?
nie mesti kes nakal nie mase kecik2 dulu kan...hehehhe..
sy pun pnah jgak kena denda lari keliling padang tue..huhuhu..
dulu mase duduk asrama, penah kena denda sbb xsembahyang kat surau. :P
jalan itik pusing satu asrama. menggeletar lutut ku.
To Terbang Bersamaku : Tak... saya tak nakal.... saya baik... hehehehe
To Karbon Kopie : nape x gi surau... kan dah kena jalan itik.. rasanya macam penah kena gak kat luar kelas siap turun tangga naik tangga. bukan takat menggeletar... rasa nak tercabut lak kepala lutut
hehehe
OIT OIT...TAK ACI, PENAT AQ BACA SAMPAI HABIS....XDE PUN DENDA JALAN MACAM ITIK DARI ASRMA LAKI SAMPAI KANTIN SEKOLAH...ARGHHH TENSEN AQ BILA ITU XDE
10 DENDA AQ PERNAH TERIMA...10 DR BERATUS :
- kutip batu kat rumah guru dalam pembinaan sebab men perang bedak ngn losyen dengan dorm sebelah
- kena baling batu dengan ustaz sebab pergi pondok telefon pakai baju kurung sekolah ng kain dalam je
- kena cubit kat pinggang sebab apatantah tak ingat tpi dengan ustazah
- kena duduk atas singki kat makmal sebab tak boleh kjawab soklan fizik
- tak leh g tandas sebab tak tau nak mintak izin kluar g tandas dalam bahasa arab
- kena kurung dalam bilik tv sebab tengok tv lebih waktu dibenarkan di asrama...oh yang ni heaven...terus tgk tv 24jam
- kena warning dibunag sekolah sebab bersubahat dengan budak nakal revenge kat cikgu disiplin n bawa 6 org pengawas sekali ng aq letak jawatan beramai2
- kena berlari dari kantin ke hujung padang sekolah, then cium tiang gol cakap i luv u sebab lambar baris kawad
damn...klu aq citer semua penuh blog ko nih nati
Awie, hehe xkan seploh je kot... tapi yelaa, ko dulu xde laa nakal sangat mcm kitorg yg lain ni kan... dr skolah rendah bawak ke skolah menengah same skolah, jd story nye boleh kate same dan aku ingat semuanye hehe... yang no 10 tu, lompat bintang dlm becak hujan... haha bukan setakat becak, aku kena merangkak mcm askar dlm becak tu... powerr sgt denda cekgu ashrafudin time tu... tapi yg paling power jalan itik dr aspura bawak ke kantin... 2 hari lutut longgar mcm hilang skru... nanti ko buat la pulak cerita aspura diserang hantu raya sama jin keh keh keh... kalo ko ingat lagi laa kannn
BTW, seingat aku mase kena rotan sebab tengok wrestling dlm bilik tivi, hanya ada 3 orang je yg selamat mase tu, awie joe dan nazri.. jantan2 lain semua makan rotan sampai berbirat wooo... lepas aku pindah skolah teknik lagi kaw, bleh kate tiap2 hari makan rotan warden... haha dr skolah rendah bawak ke abis skolah rotan dgn aku mmg xbleh lari... tp sbb rotan tu laa aku jd orang skang, bukan jd siamang hehe...
To Si Jingga : Jgn arr sampai tensen2. Yg pasal jalan macam itik tu ntah macam mana aku boleh lupa... yg 10 ni je arr yang otak aku cpt ingat. nak citer sampai 100 pun xpe... kita kongsi2 cerita. TQ sudi komen.
To Awish : TQ Awis sudi jengok blog ni. Siap komen lagi tu... hahaha ada banyak lagi tapi yg 10 ni yg paling aku ingat. Pasal hantu raya ngan jin tu aku rasa aku xde masa tu. Aku mc sakit time tu... balik kampg.
To Awish : aku kurang sikit tgok tv.. tu yg kena time tu. sebab kurang tgok maka aku ngan ko rasa nya jadi ajk bilik TV. Ya, cikgu rotan dulu tu sebabnya nak kita jd orang skrg ni.
terkenang lak zaman sekolah dlu2..haha...ak nye hukuman agak dahsat la..ak kena tahan lokap je..ngeee
mase sekolah dulu slalu kene dende bediri ataz kusi coz xhafaz sifir... tp last2 spm ley bawak calculator lak..hihihi
To A.B.U : Sampai masuk lokap! hehehe dasyat tul cikgu ko hehehe TQ komen der...
To reina tomato : Tu la pasal, last2 exam spm guna kalkulator. apapun hafal sifir ni tak rugi... ada banyak kelebihannya. Tul tak? TQ komen.
sungguh dah~
To riena tomato : Terima kasih ye riena sebab sudi komen :)
haz undi Adindanil...
Post a Comment