Followers

16 February 2011

Sayang Semuanya Sudah Terlambat



Selamat pagi... Hello... How are u? Are u ok? Are u fine? Are u crazy? Mula arr nak merepek di pagi nan indah ini, semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat oleh yang Maha Kaya. Awat lak aku letak tittle post yang berbunyi begitu? Bukan pe, pagi tadi aku bukak radio terdengar lak lagu dari Shidee, tajuk die same arr macam tu. Dalam tengah tengah sarapan terkenang lak zaman dulo dulo (macam dah tua sangat aku ni lak. Saje nak bgtahu umor aku sekarang <25 tahun ok!). Ada satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai la sekarang. Kisah nya ada la kaitan ngan lagu ni kot. Temanya sekarang, sorry tu say la, aku bukan nak jiwang ke nak feeling lebih2 ke pagi pagi ni, bukannya tahu sangat bab cintan cintun ni. Ini semua sebab jatuh cinta pandang pertama.

Sekitar tahun 2006, dalam hujung – hujung bulan. Aku sem 2 masa tu. Maknanya aku dah ada junior la sem 1. Masa tu aku ni macam suka main main lagi arr, fikiran tak matured lagi (sekarang ni pun rasa tak matured lagi). Memang malu giler bila kawan ngan budak perempuan, nanti orang cakap couple lak (manusia ni suka sangat gosipkan manusia lain arr lepas tu diri sendiri perasaan lebih lebih) Jadi ada satu hari tu aku buat praktikal kat Kawasan  A, tak sangka budak ni, aku bagi nama Maya Karin (bukan nama sebenar) ngan group die baru nak masuk praktikal gak kat kawasan A. Bila aku perhati die lama lama dari jauh, tiba tiba tercuit lak perasaan nak berkenalan dan seterusnya ehem ehem. Tapi aku ni pemalu sangat sangat tahap cipzn, ngan budak budak laki aku ok, tapi bila ngan budak budak perempuan aku jadi malu lakz. Bila orang tanya sepatah aku jawab sepatah. Bila orang tanya dua patah pun aku jawab sepatah. Dalam malu malu tu teringin jugak nak kawan ngan Maya Karin tu...

Malangnya aku kena pindah ke Kawasan B lak untuk praktikal. Tak sempat aku nak berkenalan ngan Maya Karin. Tapi aku tak putus asa, sebab kepala otak aku ni asyik teringat kat dia je. Jadi aku cari jalan arr macam mana nak mulakan perkenalan kita orang. Tengah jalan jalan kat shopping mall, aku nampak ada satu kedai rantai ngan gelang (bukan kedai emas) Yang special nya kita boleh reka sendiri gelang tu ngan manic manic berhuruf warna warni. Terdetik lak kat otak aku beli dan bagi kat Maya Karin sebagai tanda perkenalan. Tak mahal, rasanya kurang RM5 tapi menarik arr jugak. Jadi aku cari arrr huruf huruf bergabung menjadi nama dia –M-A-Y-A-K-A-R-I-N-
Bila start balik praktikal, gigih aku datang ke Kawasan A cari dia. Nasib dia ada, tengah ambik report. Aku ni lak nak cepat. Entah apa aku fikir masa tu, dengan sikap terburu buru aku dating selumber kat dia lepas tu ajak keluar jap nak jumpa. Ok lak, dia ikut je. Aku cakap la dengan muka serius nak kawan ngan die (die lak tersengih sengih, rasanya die pelik ngan aku yang tidak dikenalinya tiba tiba nak kawan lak) Lepas tu aku bagi arr gelang tu. Nasib di ambik. Dia kata cantik. Siap senyum lagi kat aku.

Sejak hari tu aku kawan la ngan dia bukan couple lagi. Tapi masalahnya sekarang jadual kitaorang berbeza. Susah nak jumpa. Aku lak satu lagi jarang sangat sms atau call die sebab sibuk ngan assignment. Sekali sekali je kita orang jumpa itupun kat kolej (sebulan sekali). Walaupun dia tahu yang aku suka kat dia, siap bagi gelang (biase je gelang tu) lagi. Lama lama aku dah nak habis study. Hubungan kita orang suam suam suku macam tu je arr. Masa Majlis Fairwell group aku, dia je yang bagi aku hadiah ngan kad kat aku. Kita berborak jap masa tu. Tapi aku masih malu nak meluahkan segalanya kat dia masa tu (rugi rugi). Lepas keluar langsung aku tak sms ngan call die. Die pun tak call ngan sms aku gak (perasan). Tapi nasib ada Facebook. Kita orang berhubung kat situ lak sehingga di awal 2010 aku dapat tahu yang dia dah bertunang. Kwang kwang kwang kwang. Ingat nak sambung balik apa yang samar samar dulu tu, tapi takde jodoh gak.

Sayang semuanya sudah terlambat, nak menyesal pun tak guna. Itu arr, dah ada dekat tak nak hargai. Buat bodxh selumber, control hensem bajet nak orang terhegeh hegeh kat ko dulu arr. Tengok sekarang, saper yang solo lagi, aku... gak. Ini semua salah aku jugak yang tak berani, malu malu kucing dan ego. Sebab tu aku rasa aku ni macam main main. Rasanya Maya Karin pun fade up ngan aku. Kalau betul betul aku nak kenapa tak terus terang saja. Biar ia jadi pengajaran kat aku, lepas ni segala apa yang aku inginkan aku kena berusaha sungguh sungguh tak kira malu ke tak malu asal aku dapat mencapainya. Takpe arr nanti ada la jodoh aku tu. So korang yang tengah berpacaran, jangan tunggu lama lama, ikat terus kalau boleh (tunang arr maksudnya) Hargai pasangan anda, jauhi dadah (loss idea arr tu) ... Kat radio sekarang macam tahu tahu lak aku wat entri ni... jom layan “Kalau Berpacaran”.

11 comments:

rosmina samin said...

aku ada member lelaki betul2 mcm hang, malu tak bertempat, mcm hang juga dia pun tak dpt pompuan tu hehehe

yatie said...

tak de jodoh... kalu ada jodoh lama dah terikat. mungkin ngan org lain kot...dengarlah lagu bila berpacaran..semoga menjadi iktibar.

Rozuan Ismail said...

sedihnya cerita..sabar je la eyk..layan gak lagu tuh..sayang semuanya sudah terlambat..huhu

A.s.t.i.n.a said...

alangkah terlambatnyaa.. isk isk

A.s.t.i.n.a said...

awak.. entry dah semakin menarik... Saya ade permintaan. Disebabkan maxis sgt laju la kan.. boleh tak disablekan word verification kat comment setting dan gunakan pop up utk komen? yang awak ni saya selalu tak dapat get thru.. tq tq

Awie Omar said...

To rosmina samin : mungkin dah tertulis dalam suratan, aku tak bersamanya

Awie Omar said...

To yatie : TQ along sebab sudi komen

Awie Omar said...

To Rozuan Ismail : aku ok jer.. jangan sedih2

Awie Omar said...

To A.s.t.i.n.a : Too little to late

Awie Omar said...

To A.s.t.i.n.a : for you miss, aku dah tukar setting. Try arr... ape2 hal bagitahu

ismanor_iena said...

syahduu.. xde jodoh, nk wat cmne..