Followers

24 April 2011

10 Perkara Berkaitan Dengan KUNING

Adoi. Berdenyut denyut rasanyer kepala. Gara gara tak nak bior blog ni senyap sunyi, terpaksa arr ku tahankan jua. Sebelum tu, selamat datang kawan kawan baru dari Facebook. Inilah NOTA EKSTRAVAGANZA yang sibuk aku uar uarkan kat sana. Macam biasa nak sambung cerita pasal warna. Kali ni warna kuning. Ada sape sape minat warna kuning? Banyak benda yang bewarna kuning. Tapi kat sini aku senarai 10 benda yang bajet popular bewarna kuning.





















1. Pisang
Sudah semestinya buah pisang yang berwarna kuning kalau dah masak ranum. Kalau pisang muda warnanya hijau. Tinggi dengan pottasium dan baik untuk elakkan sembelit.

























2. Lampu Isyarat
Antara 3 warna lampu isyarat salah satunya adalah warna kuning. Kuning bermaksud kereta hendaklah bersedia untuk memberhentikan kenderaan dengan memperlahankan kelajuan. Bukannya menambahkan kelajuan, ada faham?

















3. Raja
Kuning dah serasi dengan warna diraja. Pakaian, singgasana, kerusi, karpet, langsir semuanya bewarna kuning.

























4. Sponge Bob
Setiap petang kul 4.30 rasanya kat TV9, masa study kat kolej dulu dulu sempat lagi lepak lepak tengok kartun ni. Versi alih suara ke bahasa Melayu rasanya lebih best dari versi yang asal.




















5. Pulut Kuning
Nama pun pulut kuning dah tentu warnanya pun kuning. Selalu disajikan masa hari perkahwinan, majlis kesyukuran mahupun dihantar ke surau sebagai nazar ataupun sedekah.



















6. Mee
Banyak gak makanan yang warna kuning. Mee adalah salah satunya. Mee kuning kalau buat Mee Kari Fuhh!! Mengancam siot! Tak kira, balik kampung nanti nak beli mee suruh abah masak gak Mee Kari he he he.






















7. Durian
Lepas makan mee kita makan desert lak. Bukan suruh makan padang pasir, makan pencuci mulut la. Disebabkan temanya kuning, maka buahnya mesti kuning la. Jom kita makan Durian! Buat pemanas badan. Nyam nyam. Bab durian, bagi aku dua ulas pun dah cukup. Makan banyak banyak nanti pening lak rasa.























8. Yellow Pages
Buku panduan telefon yang menyenaraikan nombor nombor yang boleh dihubungi untuk mendapatkan sesuatu perkhidamatan.

























9. The Simpsons
Cerita kartun mengenai sepasang suami isteri dan tiga orang anak mereka dalam menjalani liku liku kehidupan yang kekartunan. Lawaknya kadang kadang tak sesuai untuk budak budak. Maknanya ini cerita kartun untuk orang dewasa lah.























10. DIGI
"I will follow you," ingat lagi tak iklan si mambang kuning Digi? Trademark DIGI dengan kuningnya. Disebabkan aku bukan pengguna DIGI maka aku tak tahu nak taip apa mengenainya.


Satu lagi entri yang bertemakan "asalkan ada" untuk korang semua. Sekarang ni aku tengah cuba belajar buat entri pendek pendek. Sebelum ni kebanyakan entri aku panjang panjang. Kawan aku sendiri komplain kat aku entri aku panjang sangat tak larat nak baca sampai habis. Tu yang kebelakangan ni entri pendek pendek je. Apapun ini untuk korang jugak. Bye.

17 comments:

Rozuan Ismail said...

aahh pisang..sedap!!

lepas ni mesti merah kan

Awie Omar said...

To Rozuan : mana tahu ni? ? ? (mood pelik) hehehe

zati embong said...

pili bomba pun wajib kaler kuning O.o

cunndaa said...

sodapnye durian tu.....
nice entry...

dean said...

wane len plk

dean said...

wane len plk

Mahfuzah Husna Zulkifli said...

No.7 paling best

Farish Saurukent said...

sayep suka werne oren..kire kuning pun suke sket2 la... werne ijau pun satu family gak..hehe

Awie Omar said...

To zati : ya ya lupa lak

Awie Omar said...

To cunndaa : menyelerakan... jemput lah

Awie Omar said...

To dean : ko nak warna apa? semua ada

Awie Omar said...

To Mahfuzah : Tepat sekali 1000 markah untuk ko

Awie Omar said...

To Farish : oren ek.... nanti la aku cari apa kebendanya

Fyqa said...

nmpak digi je skng ni. haha

Ayie said...

ada satu lagi... otak kuning.. sinonim dgn mereka yang berotak kotor.. hahaha

Awie Omar said...

To Fyqa : mesti pengguna setia Digi ni

Awie Omar said...

To Ayie : hahaha itu simpulan kata je... nak cari benda yang warna kuning je