Biru ! Biru ! Biru ! Biru ! tiba tiba kena sampok. Kali ni nak cerita pasal warna biru lak. Kepada Rozuan Ismail, nah baca artikel ni. Kalau dah biru, font pun kena biru gak la. Harap jangan sampai berpinor biji mata lak bila baca ini entri okay.
1. Laut
Air laut warna biru ke? Cuba cedok sikit bawak balik rumah. Tengok biru ke tak? Aku pun dah lupa sebab dah lama tak pandang laut. Last aku tengok laut masih lagi luas membiru aku tengok dari jauh. Betul betul warna biru seindah saujana mata memandang.
2. Langit
Jangan arr tengok langit waktu malam. Birunya tak jelas sangat. Tapi cuba tengok langit bila cuaca cerah dan baik. Teramat menenangkan.
3. Celcom
Biru ngan Celcom ibarat aur dan tebing. Tak dapat nak dipisahkan. Tak tahu la satu masa nanti tiba tiba nak tukar warna hitam lak. Dari kad sim, ke topup termasuk maskot beruangnya pun warna biru.
4. Jersi Bola
Jersi Malaysia yang satu ni semakin popular selepas kejayaan pasukan bola sepak Malaysia menentang Indonesia dalam Piala Suzuki tahun lepas. Tidak kira lelaki ke perempuan ke budak budak ke warga emas ke semua pakat beli satu sorang dan pakai baju jersi ni. Teruskan memakainya ye. Jangan ikut musim je.
5. Polis
Polis Malaysia sudah serasi dengan nama jolokan Sang Saka Biru. Tengok saja uniform mereka yang berwarna biru gelap sudah memadai. Apatah lagi balai polis sendiri, sudah semestinya dicatnya sebahagian bagunan tersebut dengan warna biru di seluruh Malaysia. Ada ke balai polis warna merah? Mungkin anda tersalah tempat.
6. Nila
Kalau baju nak birukan sikit kasi nampak bersih sikit sudah tentu kita guna nila. Takkan nak guna kicap lak. Setitik nila dah cukup buat tangan kita jadi biru (dah macam ayat iklan sabun lak).
7. Doraemon
Kartun jepun yang teramat sangat la popular sejak zaman 80an lagi hingga la sekarang ni. Doraemon si robot kucing yang ada poket ajaib sebab di dalamnya terdapat macam macam benda benda pelik yang kadang kadang tak masuk dek akal. Tak masuk akal pun aku layan gak hihihi.
8. Barisan Nasional
Barisan Nasional ni adalah parti politik yang sinonim dengan warna biru. Tengok la logonya saja dah cukup. Teserlah kebiruannya.
9. Nasi Kerabu
Bila nak citer pasal makanan, mula arr rasa nak makan. Lebih lebih lagi nak citer tentang nasi warna biru ni yang dipanggil nasi kerabu. Kalau ada depan mata rasanya KFC pun aku tak layan. Macam mana nasi tu boleh biru. Sebab dia masak guna air rendaman sejenis bunga yang berwarna biru gak. Nama bunga tu korang cari sendiri la ye kalau nak tahu sangat.
10. Duit RM1
Kalau citer bab duit budak tadika pun tahu. Nak pulak duit seringgit, lagi la popular dikalangan diaorang. Dulu duit seringgit guna duit syiling berat gila kalau ada banyak. Tak muat simpan dalam dompet, boleh koyak. Kena beli uncang la pulak. Tapi sekarang, nah kau duit kertas, senang sikit. Bila nak bayar barang yang harga RM50, kadang kadang terbagi lak duit singgit. Ingatkan duit lima puluh ringgit, almaklumlah duit kertas la katakan. Warna pun nak dekat sama.
Okay. Dah siap. Best tak entri ni? (siap tanya tu) Lepas ni aku nak citer warna merah lak. Tunggu kemunculannya ha ha ha ha (padahal tengah taip dengan muka yang serius siot. Gatai tangan nak tambah)
16 comments:
WAH!!AWIE NI MEMANG RESEARCH TOL2 KAN..HAHA..NASI KERABU TU LAH YANG BIKIN LAPAR NI.WAA!!NAK BALIK KELANTAN!!
P/S NAK ORDER COLOR LAIN BOLEH,HAHA,JANGAN NAK NGADA ROZUAN WEYH,HUHU..KAT UKM NI PON SEMUA BIRU..HUHU
jgn gelak kalau fara cakap...
nasi kerabu memang warna biru eh ??
die letak apa jadi warna biru ??
beb,jgn gelak !! ^_^
suka biru!!!!
tp xsuke yg cam alt penimbang tu... hahaha... xmau ckp.. ckp alat penimbang jer...
To Rozuan : Research ni hampir2 dapat anugerah Nobel. jgn main main
nak order? ingat restoran ke hehehe
To Farah : tak gelak pun Farah cakap macam tu. Biru cair macam tu arr. Sebab nasi tu masak dengan air rendaman sejenis bunga.
To Gemini : suka biru gak
perghh...sumenya biru. haha
To Anyyss Shuhaimi : ye semua nya blue kaler...
ade yg biru, tapi tak biru
---> telaga biru =p
biru mata hitam ku...hehehee
semua berfikiran blue. HAHAHA. eh, doraemon! comel comel :D
cd "biru" pon boleh. keke..
rumah sukan noni dulu time skolah menengah kaler biru :)
hahahaha rajin betul buat research dia ni :D
HUHU... wahh .. wane hijau takde ke awie ?? btw, tuan punye belog nie dah follow tuan belog awie omar :D heee
smurf pun biru! hehe. =)
Post a Comment