Followers

20 February 2012

10 Perkara Berkaitan Dengan HITAM

Assalamualaikum. Sejak dua menjak ni asyik citer pasal warna je aku ni ek. Namun itu tak bermaksud yang aku kerja kilang pensel kaler LUNA ek. Bukannya dah takde idea tapi memang sengaja nak post entri yang ringan ringan tahap pra sekolah, mungkin tak bagi apa apa faedah langsung kepada anda tapi aku harap ianya dapat mengurangkan tekanan yang di alami anda semua hari ini.  













  




1. Malam
Malam bulan dipagar bintang. Gelapnya.  Hitam je nampak. Kalau dah malam memang dah tak nampak apa. Hitam je lebih. Takkan warna warni kot. Takut lak duk dalam gelap gelap ni. Kang terlanggar dinding tak pasal. Sebab tu kena bukak lampu.

 
















2. Kopi
Ini yang dikatakan sungguhpun hitam, ku pandang manis. Tak rasanya lagi. Kopi O satu kaw kaw. Bak kata oreng putih pulak, "mai secawan". Mampu menerangkan sikit mata ni yang hampir layu, otak pun mampun berfungsi lebih cerdas. Tapi jangan lebih lebih, boleh jadi magrain lak nanti (bagi aku la...) 

 

















3. Songkok
Songkok adalah pakaian tradisi orang Melayu sejak dahulu kala lagi. Songkok selalunya warna hitam. Dan kadang kadang ada yang bewarna sepadan ngan baju yang dipakai bersama. Biasa dipakai ngan baju Melayu.
 

  














4. Jalan Tar
Ini adalah jalan tar. Jalan tar kat Malaysia ni aku tengok semua warna hitam? Ada ke yang warna pink? Jalan tar amat sesuai untuk laluan kenderaan beroda ataupun berkuda.


  




















5. Tuxedo
Tuxedo adalah sejenis pakaian yang dipakai oleh golongan bangsawan barat. Tapi sekarang ni, sesiapa yang mampu memilikinya semua boleh pakai. Tapi kena ikut time la pakainya. Jangan nak gi pasar pakai Tuxedo. Orang kata "darat" kang marah pulok. Warnanya sama semua, hitam cuma pattern je lain.



  














6. Arang
Arang digunakan sebagai bahan bakar untuk menghasilkan api. Nak buat BBQ ke ikan bakar ke sememangnya gunakan arang kalau nak bakarnya. Moh yeop, kite bakor jer...


  


















7. Kicap
Cecair yang dinamakan kicap ni asalnya dari kacang soya. Rasanya manis atau masin yang mampu menambahkan lagi rasa dalam masakan. Jadi chef la pulok!




  




















8. Rambut
Kebanyakan rambut orang Asia ni bewarna hitam. Contohnya macam aku. Rambut aku hitam , sihat dan berkilauan (perasaan jap) Tapi sekarang orang Asia dah  ramai boring ngan rambut hitam, semua pakat kaler rambut warna karat.


















9. Gagak
Tak lain dan tak bukan, burung yang warna hitam sudah tentu gagak namanya. Burung ni pengotor arr  sebab dia makan sampah. Kalau ada banyak gagak kat suatu kawasan tu dah tentu banyak sampah arr kawasan tu.


  


















10. Harimau Kumbang
Ini bukan kucing yer mahupun anjing harem. Ini harimau kumbang namanya. Takde kaitan ngan serangga kumbang tu yer. Dalam BI disebut panther.  Haiwan ni banyak hidup kat hutan Amazon. Pandai memanjat dan kuat berlari. Bahaya binatang ni, mampu makan orang.


Seram sejuk lak aku nengok binatang kat atas ni. Jangan bawak ke mimpi udeh le yek. Lupa lak ada satu lagi benda dari tahun lepas hitam je. Blog aku le hehehe nak jugak!

10 comments:

fierul said...

dulu gila hitam sekarang dah kurang sikit . hehe .

Awie Omar said...

To Fierul : apa yang hitam tu hahaha Thank fierul sudi komen sini

fierul said...

anything yang kaler hitam . hehe

Awie Omar said...

To Fierul : biasanya rambut la... hehehe

Awan Nano said...

mostly baju sy semua clour hitam..
padahal x suke kaler hitam..
aishh..

noorniey Azman said...

hitam nampak menawan..kalau nak nampak kurus pakai baju kaler hitam.nak nampak kemas and elegan pon pakai baju kaler hitam jugak :)~
belajar bnda neh time kat skolah dulu sebab amek ekonomi rumah tangga :)

-gedek! said...

bontot hitam...?

haha

Farah Azurah said...

blog fara pon hitam..ngehhhh ^^

mas saari said...

tak suka hitam...

KorN said...

sarah safudin mcm x aktif je blog die. jdi korn pilih dia