Followers

23 February 2012

Next Top Blogger 1 - Episod 7



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Pertama sekali, ingin aku ucapakan jutaan TERIMA KASIH kepada anda yang sudi membuka blog ini. Untuk pengetahuan anda yang baru pertama kali melihat blog AWIE OMAR, sekarang anda di dalam zon NEXT TOP BLOGGER musim 1 episod 7.


Segmen ini merupakan pertandingan realiti antara 16 blogger dimana pada setiap hari Khamis, satu entri terbaik dari setiap blog peserta akan dipilih dan akan disenaraikan dalam carta. Peserta yang berada di posisi paling corot serta merta akan dilepaskan pada minggu itu. Ini bermakna, dengan adanya entri yang terbaik pasti dapat mengekalkan seseorang peserta sehingga ke episod terakhir dan menjadi juara.


Selain itu, peserta juga diberi peluang untuk menerima IMUNITI jika dapat siapkan assignment yang diberi paling baik. Peserta yang mendapat IMUNITI secara automatic tidak akan disingkirkan pada minggu tersebut walaupun berada di tangga paling bawah sekali.


Tugasan Minggu Ketujuh (15/2/12 – 21/2/12)
Minggu depan peserta kena pilih sendiri satu entri yang nak ditandingkan. Dalam entri tersebut kena bagitahu “Khas Untuk Next Top Blogger 1 – Episod 7”. Letak la ayat tersebut kat perenggan mana mana. Asalkan ada. Pilih SATU entri sahaja untuk dimasukkan dalam carta minggu depan. Melalui entri tersebut, aku akan semak selalu berapa jumlah komen yang diterima. Peserta yang entri paling banyak terima komen akan dapat “Imuniti” minggu depan (Komen dari aku dan tuan punya blog sendiri tidak di kira). Maka dengan ini diumumkan IMUNITI untuk episod 7 akan diberi kepada saudara Khairiz dengan entri di bawah ini dengan sebanyak 12 komen diterima.



Bukan semua yang sempat membuat assignment ini. Dari 11 peserta hanya 7 peserta yang buat termasuk Khairiz. Disebabkan kesungguhan 7 peserta ini mengikut arahan, maka aku tak nak menghampakan mereka untuk mendapat sedikit kelebihan. Maka dengan itu aku memutuskan bahawa 7 peserta ini berada dalam senarai 7 teratas dalam carta pada minggu ini.



No.
Peserta
Entri
1
Nikisa Izas

(3 Komen)
            
2
Khairiz

(12 Komen)

3
riena tomato

(2 Komen)

4
mas saari

(8 Komen)

5
Wan Zulqhairi

(9 Komen)

6
Hafeesz Amran

(7 Komen)

7
noorniey Azman


(9 Komen)



Kepada 4 peserta lagi jangan berkecil hati. Aku faham mungkin korang tak sempat atau terlupa nak letak. Tak mengapa, assignment itu bukan wajib pun cuma bonus bagi siapa yang buat. Harap korang semua mengerti. Jadi siapa 4 peserta itu? Siapa yang akan berada di tangga ke 8, 9, 10 dan ke 11?



No.
Peserta
Entri
8
Muhammad Yunus



Kepada Muhammad Yunus, kamu seorang yang rajin update blog. Setiap entri kamu amat ringkas dan padat dengan mesej. Contohnya entri minggu ni yang ini : http://mohdyunus89.blogspot.com/2012/02/aku-suka-kutuk-awie-omar.html hahaha memang marveles. Dalam entri tu, kamu ada kata pada minggu depan akan sibuk dan rasa tak sempat dak update blog. Tapi kamu masih lagi kekal dalam game ini. Aku yakin, kamu boleh membahagikan masa nanti dengan sebaiknya. Walaupun entri tu maveles tapi aku lebih suka dengan entri yang berada di tangga ke 8 ini.



No.
Peserta
Entri
9
aracahayacinta



Kepada aracahayacinta, ya, memang kamu ada buat assignment yang diminta, tapi maaf la sebab entri tu dipost selepas tarikh assignment itu ditutup. Jangan risau entri tu memang terbaik. Mungkin terpilih untuk minggu depan.



No.
Peserta
Entri
10
Farah Azurah



Kepada Farah Azurah, rasanya Farah adalah peserta paling muda NTB musim 1 ni. Tapi tak sangka dah masuk minggu ke 7 masih bertahan. Aku dah cari slogan tu dalam setiap entri Farah tapi tak jumpa. Jadi, aku terpaksa pilih entri ni yang aku rasa paling terbaik untuk minggu ini. Harap minggu depan buat yang lagi best. Tapi persoalannya sekarang, Farah masih bertanding ke minggu depan?



No.
Peserta
Entri
11
Affendi Shofie

Tiada entri yang dipostkan

Kepada Affendi Shofie, minggu ni kamu terpaksa dilepaskan dari saingan. Jika kita ulang balik episod episod yang lepas, kamu memang seorang yang BERTUAH. Sebabnya cuba lihat :
·         Episod 3 – Berada di no.14 dari no.15 (Irwan miswan tiada entri)
·         Episod 4 – Berada di no.14 dari no.14 (Iz menarik diri)
·         Episod 6 – Berada di no.11 dari no.12 (Sheypull tiada entri)
Nampak tak tuahnya kat mana hehe. Tapi minggu ni mungkin tuahnya berada di alam yang lebih realistik. Betul tak Fendi? Semoga terus berkongsi idea dan rasa dalam blog ok. Ini sekadar game dan bukannya pengakhiran. Terima kasih sudi bersama Awie Omar kat sini.


Berbalik pasal adik kita seorang ini Farah Azurah, ingatkan minggu ni aku nak keluarkan 2 peserta sekaligus. Emm bagus gak idea tu, cepat sikit segmen ni habis hehehe. Tapi aku keberatan lak nak lakukannya. Sebab ianya secara tiba tiba. Sebelum ni tak pernah aku cakap nak singkirkan 2 peserta. Taknak nanti korang terperanjat lak tiba tiba je macam tu. Jadinya, minggu ni aku tangguhkan dulu niat tu. Saja je ni nak kasi suspen sikit kat Farah. Farah tak keluar lagi minggu ni okay. So, sekarang korang dah tahu dan kena siap sedia sebab bila bila masa saja 2 penyingkiran ini akan dilakukan.

Panjang betul aku menaip hari ni? Terlalu asyikmaiburogu lak hehehe. Tahniah Saudari Nikisa Izas. Akhirnya berada di tangga pertama dengan entri yang ringkas dan bermanfaat itu. Okay sekarang masanya untuk assignment minggu depan.
Tugasan Minggu Kelapan (22/2/12 – 28/2/12)
AWIE OMAR sinonim dengan segmen CARTA 10. Disebabkan dah tinggal 10 peserta sahaja, maka itu pada minggu depan peserta kena buat satu entri CARTA 10 tentang apa sahaja topik. Macam minggu ni, peserta yang buat tugasan akan berada kedudukan atas dalam carta. Manakala “IMUNITI” pula akan diberi kepada peserta yang entri CARTA 10 nya yang dipilih mempunyai paling banyak komen dari kawan kawan. Sekian.

15 comments:

riena tomato said...

=) tahniah pada sang juara~

Hafeesz Amran said...

tahniah khairiz dan nikisa

Cik Tetra said...

teruja tgk segmen ni..wlpun tak masuk segmen ni pon..still suke tgk..heeee

#keep it up..and gud;uck to all contestant.. :)

Khairiz said...

to awie : terima kasih diatas penghargaan...

to hafeesz amran : thanks...tahniah juga untuk kamu k...

tahniah pada yang berada di carta teratas ye...good luck to all :)

"aja2 fighting" said...

tahniah khai dapat imuniti!!!tahniah yang lain yang masih kekal..gudluck awie omar sebab buat program macam ni...=) fighting2!

Farah Azurah said...

haaa ni si suspen dah datang..sorry laa sebb tak sempat nak buat entry yang pasl tugasan tue..maaf sangat-sangat .. :( ..pape pon,terima kasih sebb masih kekalkan fara dlm game ni..terharu :(

noorniey Azman said...

ntok yg latest ni..kena link kan kat sini jugak ke ?

noorniey Azman said...

http://noorniey.blogspot.com/2012/02/10-randoms-thing-about-girls-xd.html

XD happy reading then :)

Khairiz said...

aja : thanks...

Rizwan Ewan said...

wink..wink.. :D alaa..untunglaahh..dpt join..tk gtau pum..klau tk..bleh join..huhuhu

Rizwan Ewan said...

wink..wink.. :D alaa..untunglaahh..dpt join..tk gtau pum..klau tk..bleh join..huhuhu

Khairiz said...

jemput ke sini ya :

http://khairiz85.blogspot.com/2012/02/10-perkara-yang-aku-suka.html

ZWAN SABRI said...

Tahniah kepada semua yg berada dlm carta.. :)

mas saari said...

bila nak jadi juara ni...heheheeee
terima kasih masih kekalkan Mas dalam game ni!!

irwan miswan said...

tahniah pade korang yang maseh bertahan :-)