Followers

02 February 2012

Next Top Blogger 1 - Episod 4



Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Next Top Blogger 1 dah masuk minggu yang ke 4, episod ke 4. Dua orang peserta dah tersingkir. Jadi tinggal 14 orang lagi peserta yang masih berjuang di sini. Macam minggu minggu lepas, aku akan senaraikan kesemua link entri entri yang dipostkan oleh kesemua peserta dari 25 Januari 2012 hingga 31 Januari 2012. Tapi, bermula pada minggu ini perkara tersebut tidak akan berlaku lagi. Aku akan senaraikan terus satu entri terbaik dari setiap peserta yang masih kekal dalam game ini.


Sebelum tu meh kita borak borak dulu. Lama dah tak borak borak tanya khabar para peserta kita ni. Korang semua apa khabar? Sihat? Macam mana perkembangan sekarang? Busy sangat ke ngan kerja? Kesian. Aku pun sejak kebelakangan ni busy memanjang. Nak update blog pun rasa dah tak sempat nak buat. Apapun harapan aku, agar korang yang terlibat dalam menjayakan segmen ni masih lagi setia dan teruja macam dulu nak ikutinya.


Tugasan Minggu keempat (25/1/12 – 31/1/12)
“Imuniti” akan diberi kepada peserta yang postkan entri paling RINGKAS (tidak panjang), hak cipta sendiri, takde kaitan dengan Wordless Wednesday, ada motif dan menyoronokkan. Daripada 14 peserta yang ada, aku telah memilih seorang daripada mereka untuk menerima “Imuniti” pada minggu ini berdasarkan assignment yang diberikan dengan cemerlang. Cik aracahayacinta, ”Imuniti” akan diserahkan kepada anda. Anda tidak akan dikeluarkan minggu ni. Ini entri Cik Ara yang saya pilih tu : http://deliarayushe.blogspot.com/2012/01/edisi-7-loghat-sarawak.html


Tugasan Minggu Kelima (1/2/12 – 7/2/12)
“Imuniti” akan diberi kepada peserta yang mempunyai HEADER BLOG yang paling cantik menarik tertarik “kau memang d’bomb”. Header tersebut mesti ada nama blog. Aku akan membuat pemilihan terakhir pada 8/2/12. Para peserta hanya diberi masa sampai 7/2/2012 sahaja untuk menukar header blog masing masing. Kalau tak nak tukar dan rasa header blog korang dah mantap terpulanglah. Sebab aku tengok kebanyakkan header blog korang sekarang ni dah cun melecun dah.


Sekarang kita teruskan dengan carta. Sebarang keputusan adalah muktamad.


No.
Peserta
Entri
1
Wan Zulqhairi


2
Farah Azurah


3
mas saari


4
Hafeesz Amran


5
aracahayacinta


6
AZIE


7
noorniey Azman



8
Iz


9
Khairiz


10
Nikisa Izas


11
Sheypull


12
Muhammad Yunus


13
riena tomato


14
Affendi Shofie



  

Harap semuanya setuju dengan keputusan dibuat. NANTI DULU!!! Minggu ni ada satu kejutan. Peserta yang berada di posisi paling bawah sekali iaitu Affendi Shofie TIDAK AKAN DIKELUARKAN pada minggu ini. Namun, minggu ni tetap akan ada penyingkiran. Siapa yang akan menggantikan tempat Affendi Shofie. Sebelum tu baca ini dulu.



iz said...
tq.. harap2 baca ler.. eh,btw..
ak rasa nak tarik diri ler awie dr games ni..
atas sbb2 tertentu...
tq bro bagi ak peluang join game yang gila super menarik nih..
kat geng blogger yang lain, teruihkan ler usaha korg wei..
assalamualaikum..
Monday, January 30, 2012 1:03:00 PM
Ini adalah komen Iz dalam entri Next Top Blogger 1 – Episod 3 .



Awie Omar said...
Iz, nape tiba2 nak tarik diri?
sebab apa boleh tahu? dah fikir masak2 nak tarik diri ni? harap balas mesej ini. apapun keputusan iz saya hormati dan menerimanya.
January 30, 2012 6:23 PM


iz said...
ang ada facebook awie?
kita pm kat sana..
ada sebab yang x manis pulak kalau kongsi kat sini, yer dak?
hehe..
btw, gudluck ngan contest ni..
memang nampak la usaha ko dlam dunia blog.. =)
respek laaa...
January 30, 2012 8:44 PM

Awie Omar said...
Tidak mengapa Iz. Aku menerima dgn hati terbuka keputusan kamu. Aku akan umumkan pada entri minggu ni. Apapun terima kasih banyak banyak sebab sudi join segmen ni :)
January 30, 2012 10:06 PM


iz said...
tq awie..memahami..
btw, blog ko ak tetap singgah gak..
don't worry..haha
January 31, 2012 9:05 AM
Ini pula komen kami berdua dalam blog Iz entri “boringlah pergi ke masjid”.


Iz telah menarik diri dari game ni disebabkan hal yang tak dapat nak dielakkan. Harap semuanya faham dengan keadaan ini. Kepada Iz : Terima kasih kerana sudi bersama kami di sini. Semoga sukses dalam apa jua bidang yang Iz lakukan. Sebelum berpisah, tahniah Wan Zulqhairi. Entri anda yang terbaik untuk minggu ini. Teruskan usaha semua. Assalamualaikum.

23 comments:

Nadia said...

nice...keep it up awie..mungkin iz ada sebab tertentu..:(

mas saari said...

akan terus ada dalam game ni selagi termampu! alhamdulillah, minggu ni dah naik ke tempat ketiga..

deliaRa Yushe said...

tq tuan pengarah,,
peace yaww.. love this game..

Inspector Saahab said...

menarik. very :)

Unknown said...

haha~tengs btw...duk main turun naik macam tu dah haaa~

allyarifff said...

chaiyok2 to all blogger yg terlibat :)

sekamar rindu said...

salam..


hebat..:)

riena tomato said...

cam next will b me je....=)

Unknown said...

Alhamdulillah sihat walfiat....apa pun, hanya boleh ucapkan ribuan terima kasih la ya :)

Asyik Izas said...

Tahniah kepada Wan Zulqhairi..:)

Awie Omar said...

To Miss Nadya : TQ Nad sebab bagi sokongan. Ya, mungkin dia ada ada yang tak dapat nak di elakkan.
Akan ke blog anda nanti untuk membalas kunjungan dan memberi komen sekali.

Awie Omar said...

To mas saari : Teruskan usaha mas. blog peserta NTB1 akan sentiasa aku lawati dan komen setiap minggu.

Awie Omar said...

To aracahayacinta : sama sama. blog peserta NTB1 akan sentiasa aku lawati dan komen setiap minggu.

Awie Omar said...

To Inspector Saahab : TQ. Ini sahaj yang mampu aku lakukan. Akan ke blog anda nanti untuk membalas kunjungan dan memberi komen sekali.

Awie Omar said...

To noorniey Azman : biasalah ini kan survivor game.

Awie Omar said...

To Allya Riff : TQ teruskan memberi sokongan.

Awie Omar said...

To Hafeesz Amran : Kasi yg lebih power minggu depan ok.

Awie Omar said...

To sekamar rindu : Terima kasih kak. Nanti awie datang blog akak lak.

Awie Omar said...

To riena tomato : mana tahu minggu depan no.1. buat entri best best lagi ek.

Awie Omar said...

To -gedek! : UNCLE!!!!!! :D

Awie Omar said...

To Khairiz : Tahniah! Anda masih kekal bertanding.

Awie Omar said...

To Nikita Izas : Tahniah untuk anda juga :)

Farah Azurah said...

ini terkejut sebb first time dlm ranking atas..nk berusha lagi ni.. :D