Followers

01 March 2012

Next Top Blogger 1 - Episod 8



Assalamualaikum. Selamat Sejahtera. Rasa sekejap sangat masa berlalu. Pejam celik dah seminggu. Dan sekarang Next Top Blogger 1 dah masuk episod 8. Kita mulakan episod kali ini dengan carta minggu ini. Tahniah HAFEESZ AMRAN! Sekali lagi terpilih sebagai juara carta.


No.
Peserta
Entri
1
Hafeesz Amran

(3 Komen)
            
2
aracahayacinta

(6 Komen)

3
Wan Zulqhairi

(8 Komen)

4
mas saari

(9 Komen)

5
Farah Azurah

(0 Komen)

6
noorniey Azman

(8 Komen)

7
Muhammad Yunus

(0 Komen)

8
Khairiz

(10 Komen)





Tugasan Minggu Kelapan (22/2/12 – 28/2/12)
Para peserta kena buat satu entri CARTA 10 tentang apa sahaja topik. Peserta yang buat tugasan akan berada kedudukan atas dalam carta. Manakala “IMUNITI” pula akan diberi kepada peserta yang entri CARTA 10 nya yang dipilih mempunyai paling banyak komen dari kawan kawan. Tahniah KHAIRIZ! Sekali lagi kamu memiliki “IMUNITI” pada minggu ini.



Pada minggu ini aku terlalu sibuk. Setiap hari ada saja kerja dan program yang kena lakukan. Minta maaf jika aku tidak sempat mengunjungi blog blog peserta Next Top Blogger semua. Entri kali ini pun aku buat seringkasnya. Aku faham situasi peserta peserta yang tidak sempat postkan entri dalam minggu ini. Mereka juga pasti terlalu sibuk menguruskan kehidupan masing masing. Pada minggu ini Nikisa Izas dan riena tomato tidak dapat post satu pun entri. Jadi aku terpaksa melakukan pemilihan siapa yang layak kekal seperti episod 5.



Cara Pemilihan
·         Aku akan nilai entri yang terakhir sekali di postkan oleh peserta peserta tersebut.
·         Entri yang dipilih BUKAN entri yang pernah aku pilih dan tersenarai dalam carta.
·         Post yang terakhir itu mungkin yang minggu lepas punya atau pun post minggu baru.
·         Sebagai contoh :
Post minggu lepas : Entri sebelum 22/2/2012 – 28/2/2012
Post minggu baru : Entri selepas 22/2/2012 – 28/2/2012
Maka itu, berdasarkan penilaian melalui entri entri mereka berdua ini, dengan itu aku simpulkan ia melalui carta ini.




No.
Peserta
Entri
9
riena tomato

10
Nikisa Izas





Sungguh berat nak lepaskan peserta seorang ni. Namun, aku kena laksanakanlah juga berdasarkan apa yang aku pilih. Maaf Nikisa Izas, perjuangan anda dalam NTB1 sudah berakhir. Teruskan minat berbloging anda. Semoga masih sudi kunjung ke blog aku ni. Terima kasih di atas sokongan anda untuk Next Top Blogger.



Tugasan Minggu Kesembilan (29/2/12 – 6/3/12)
Peserta perlu menyediakan satu entri berkenaan sejarah dan perjalanan blog masing masing. Maklumat yang perlu ada dalam blog tersebut adalah seperti berikut.
> Bila diwujudkan?
> Siapa yang memberi dorongan?
> Mengapa nama blog begitu?
> Apa kenangan manis sepanjang berbloging?
> Apa kenangan pahit sepanjang berbloging?
TERPULANG kepada peserta nak isi maklumat seperti kat atas atau sebahagian je. Kalau nak TAMBAH maklumat dan cerita lagilah amat DIGALAKKAN. Lagi BAGUS!!! Ada hikmahnya hehehe sebab “Imuniti” akan diberi kepada peserta yang mempunyai entri berkaitan perkara tersebut yang paling TERBAIK! Untuk peringatan : Entri ini tidak akan dipilih dan disenaraikan dalam carta. Aku akan pilih entri yang lain. Ini hanyalah untuk tugasan “IMUNITI”.



Sebagai penutup, aku ada sesuatu ganjaran nak diberi kepada peserta yang akan dapat “IMUNITI”. Bermula pada minggu ini, “KHAIRIZ”, anda bukan sahaja tidak akan disingkirkan pada minggu ini malah pada minggu depan (episod 9) anda juga TIDAK akan disingkirkan walaupun anda tidak post satu entri pun pada minggu depan. Perkara ini akan terjadi kepada peserta yang memperoleh “Imuniti” pada minggu minggu yang akan datang! Baru nampak sikit kuasa “Imuniti” tu. Sekian.

18 comments:

Hafeesz Amran said...

thanks awie

Unknown said...

haha~deng.nasib baik still dalam carta~~wiiiii

ZWAN SABRI said...

Untungla Khairiz.. HAHA

aja2 fighting said...

wah3..untungla khai..ahaha...tahniah semua!=)

mas saari said...

alhamdulillah, masih kekal dalam carta! dan tahniah pada yang dapat imuniti..

Unknown said...

http://noorniey.blogspot.com/2012/03/hikayat-belog-noni.html

ok~tugasan dah selesai :)

Farah Azurah said...

haaa,selamat :) hehe

Anonymous said...

apa ni? haha aku baru tau.

Anonymous said...

apa ni? haha aku baru tau.

Anonymous said...

sorry aku terklik sebagai anon pula hahaa

LidiaSuraya said...

Wah dh tgl 8 org.. Goodluck all

Unknown said...

terima kasih, aku x sangka lak minggu yang ni pun aku juga yang terpilih, dan terima kasih kerana masih lagi ada dalam carta, ayo 8 minggu lagi la....lama tuh, dapat bertahan or x nih hehe..

dan thanks pada yang wish me luck...thanks so much...

dan ni tugasan tuk minggu ni

http://khairiz85.blogspot.com/2012/03/sejarah-penubuhan-blog-my-life-story.html

Hafeesz Amran said...

ni link task immunity:

http://afeeszamran.blogspot.com/2012/03/beginning.html

Awie Omar said...

To Hafeesz : Sama sama

Awie Omar said...

To noorniey : Kalau rajin mesti kekal punya dalam carta

Awie Omar said...

To ZWAN SABRI : Kasi up sikit power "IMUNITI" tu. Harap peserta semua teruja hehehe

Asyik Izas said...

XPE2..TQ FOR THIS EXPERIENCE..MSG2 SIBUK DAN SAYA XTERKECUALI..:)

Adam Yazid said...

favorite saya ialah blog Khairiz, aracahayacinta dan Hafeesz Amran. Nak lihat mereka di final