Followers

17 March 2012

Sudah Takdir Begitu



Tajuk utama entri kali ni dah nampak sangat yang aku terima, pasrah  dan redha dengan apa yang telah terjadi kat aku. Situasi yang langsung tak terjangkau dek akal, walau disebut banyak kali oleh kawan kawan dan jiran jiran, akhirnya dialami oleh aku sendiri. Memori hitam 2011 yang sangat memberi kesan pada aku sampai la sekarang! Nak tahu sebabnya kena la baca sampai habis.



Seawal 2010 aku telah duduk menyewa kat rumah teres 2 tingkat area Sentul. Aku tinggal seorang diri sampai la sekarang ni. Aku tak ingat bulan berapa dalam 2011. Yang aku ingat ianya hari Jumaat. Aku kerja malam time tu dari hari Khamis jam 9 malam sampai keesokkan paginya jam 7 pagi Jumaat.



Lebih kurang pukul 7 lebih aku sampai rumah. Macam selalu, aku buka mangga grill pintu rumah. Kemudian aku buka kunci tombol pintu rumah. Tombol pintu dipulas dengan baik tapi pintu tak boleh buka macam kena selak kunci dari dalam. Aku pelik dan syak sesuatu. Takkan ada orang dalam rumah? Mana ada aku bagi kunci rumah kat sesiapa. Macam nak runtuh pintu aku gegoh (goncang) nak kasi bukak punya pasal.



Mula mula dapat control kemachoan lagi, tapi bila mata dah terjeling tingkap rumah bercermin Nako dah terbuka luas otomatik otak aku fikir dah kena pecah dah ni. Hanya dengan 2 keping cermin tingkap dicabutnya. Boleh muat pulak malaun tu menyelit. Aku panik terus lepas tu. Sekali lagi disentak – sentak pintu tu siap buat flying kick nak kasi pecah pintu. Boleh pulak kaki aku kejang time tu, nervous tak tentu pasal. Terguling guling aku kat lantai tahan sakit. Nasib jiran sebelah dengar bunyi bising dan datang menolong.




Lawak lak rase bila jiran tengok aku pelik semacam, terduduk sambil mengeliat – liat badan tahan sakit sebab kejang kaki. Dah macam drama apa entah aku buat time tu. Nasib la kejang tu tak lama.



Aku dah agak, benda tu jugak yang diaorang curi. LAPTOP aku!!!! Benda lain takdenya diusik. Al-Haram betul la! Aku pun satu, yang buat aku redha sangat ni sebab aku leh buat laptop tu sebagai hiasan ruang tamu lak. Bajet million man. Masa tu aku tengah teruja buat Next Top Blogger yang hanya sempat sampai ke episod 4 rasanya. Terus terhenti segmen tu. Senyap macam tu je. Sebab laptop takde. Blog aku pun terbiar macam tu je la.



Sekarang, semua ceruk tingkap rumah aku dah bergrill. Kalau dapat masuk jugak tak tahu la. Laptop lak setiap kali aku kerja atau gi mana2 aku akan bawa. Takde dah tinggal2 macam dulu. Disebalik cerita ni, perkara yang paling cemerlang, gemilang dan terbilang nya adalah laptop tu aku tak habis bayar lagi!!!! Sebab tu di awal kata tadi aku ada kata yang peristiwa ni bagi kesan mendalam sangat kat aku sampai sekarang ni.



Memang sesuai la bagi pengajaran kat orang lain, kalau terdesak sangat nak ada laptop jangan beli la secara ansuran kat mana mana. Sebab korang akan bayar 3 kali ganda dari harga laptop tu yang sebenar. Lebih baik beli secara cash & carry. Akhir kata, sayangi la laptop masing masing. Jagalah ia sebaiknya. Bye.

10 comments:

SAYA BUKAN SAMDOL said...

chilla, semua org tak lari dr buat benada yg kau sendiri tak kan jangka

takpe, pengajaran yg berguna

Terbang Bersamaku said...

sabar ye..
hurm..laptop lama sy pulak dah rosak teruk...
kena hati-hati bila simpan barang2 yg berarga nie..

Ayie Abas said...

laptup pun antara gajet paling suka org curi.

Khairiz said...

pernah juga kehilangan laptop, walauapapun belajar dari kesilapan itu lebih bagus, sekali kita kena, kita ingt sampai bila...

FaizalSulaiman said...

kena hati2 lepas ni awie!

FaizalSulaiman said...

kena lebih berhati2 lepas ni, awie!

logorithm said...

Memang geram la kalau rumah kita dipecah masuk. I tak pernah kena, dan mintak dijauhkan. Tapi pernah jugak beberapa kali bermimpi rumah I kena pecah masuk.

Naper duduk sorang dalam rumah teres 2 tingkat? Tak ker terlalu besar untuk seorang? Rumah sendiri ker?

logorithm said...

Sorry termiss membaca 'menyewa'. Baca kali kedua baru perasan. ;-p

Cheida_Mymee said...
This comment has been removed by the author.
nadia farhana said...

saya memilih Korn sebagai juara