Followers

20 May 2012

Next Top Blogger 2 - Episod 4



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Anda sekarang di ruang segmen NEXT TOP BLOGGER 2 episod 4. Dengan bertemakan “Jungle-Blog-Tracking”, 14 peserta yang tinggal akan mengharungi hutan imaginasi yang penuh dengan rintangan dan kejutan. Stop jap kat situ... 3 Episod dah berlalu. Bila aku baca balik entri2 NTB2 yang lalu rasa nak tergelak pun ada. Serius bukan main, dah macam game menang 1 juta lak *loya dan muntah tetiba*



Episod kali ni aku nak guna ayat santai je. Mungkin senang sikit korang faham dan takde la rasa tertekan sangatkan menyertainya. Secara asas nya game ni, setiap minggu 1 entri peserta akan dipilih juri dan disenaraikan dalam carta. Entri di tempat tercorot dalam carta adalah entri yang paling kurang best sekaligus peserta untuk entri tersebut disingkirkan dari segmen ini.



Nickname Peserta NTB2

Aku nak tukar nama beberapa peserta musim ni kepada nama yang aku rasa molek sikit. Keputusan ini adalah muktamad hehehe (tetiba system kuku besi diperkenalkan) Aku harap peserta peserta tersebut redha dan pasrah ye :)

Allya Syahirah Riff Allya Syahirah

PCL PCL

Rozuan Ismail Rozuan Ismail

SAYA BUKAN SAMDOL Eddie Nabila

Arjunakirana Arjunakirana

Nor Zilla Nor Zilla

IEYNA NASIR Ieyna Nasir

anak cik talip Incik Hasmi

NUR FAHIMA ABDUL RAHMAN Nur Fahima

hairy Hairy

Hareez Haiqal Hareez Haiqal

NisaAdnan Nisa Adnan

Cik Puan Muda Umi Cik Puan Muda Umi

Zamani Zamani





Tugasan Imuniti

Tugasan Imuniti Episod 3
TIADA TUGASAN IMUNITI akan diberikan pada episod kali ini. Tetapi para peserta dikehendaki letak 1 link entri dari blog masing masing yang dipostkan dari 15/5/2012 hingga 17/5/2012 sahaja di kotak komen entri NTB2-Episod3. Tak kisah entri apa apa asal paling menarik korang rasakan. Entri tersebut akan disenaraikan dalam carta Episod 4 nanti. Peserta dengan entri yang mendapat tempat pertama dalam carta itu nanti akan dapat IMUNITI. Yang dapat IMUNITI nanti sudah tentu tidak akan disingkirkan dalam game ini untuk EPISOD 4 dan EPISOD 5 walaupun peserta itu tidak langsung buat tugasan imuniti seterusnya atau tidak langsung update kan blognya.



TERIMA KASIH kepada peserta – peserta yang rajin buat tugasan di atas. Semua entri yang dibuat sangat baik. Susah jugak nak pilih mana satu yang bertuah dapat IMUNITI. Baiklah, tanpa melengahkan masa, peserta dengan TUGASAN IMUNITI paling baik sekaligus mendapat IMUNITI pada minggu ini adalah PCL. TAHNIAH. PCL tidak akan disingkirkan pada minggu ini dan juga pada episod akan datang. Berikut adalah TUGASAN IMUNITI yang seterusnya perlu dilaksanakan.



Tugasan Imuniti Episod 4
TIADA entri khas yang perlu dibuat untuk Tugasan Imuniti kali ini. Tetapi “Imuniti” tetap akan diberikan kepada peserta yang mempunyai HEADER BLOG yang paling menarik & cun! So, korang kena la tukar header blog masing masing kalau rasa header blog korang tak menarik sangat. Kalau rasa header blog korang dah gempak habis dah, tak payah tukar pun takpe. Tempoh masa tugasan ini adalah dari 20/5/12 – 23/5/12. Aku akan pilih header blog korang pada 24/5/12. Tugasan kali ni tak perlu buat apa2 entri dan juga tidak perlu postkan apa2 link kat kotak komen. Jadinya, untuk Carta Mingguan Episod 5 nanti, 100% keputusan bergantung pada entri korang yang dipostkan dari 18/5/12 – 21/5/12. Buat atau tak buat tugasan, semuanya berpotensi berada di kedudukan teratas dan berpotensi juga berada di kedudukan terbawah dalam carta. Jadinya kena keluarkan entri yang lagi best lepas ni. Dan sudah tentu, peserta yang dapat “Imuniti” sudah tentu tidak akan disingkirkan dalam game ini untuk dua episod berturut turut walaupun peserta itu tidak langsung buat tugasan imuniti seterusnya atau tidak langsung update kan blognya.





Zon Pecutan

Sebagai peringatan, kita masih lagi dalam ZON PECUTAN. Dalam ZON PECUTAN, tempoh penyediaan entri semakin pendek (dari seminggu menjadi 3 hari sahaja.

Episod 4 (20/5/12) : Entri yang dipilih dikeluarkan dari 15/5/12 – 17/5/12

Episod 5 (24/5/12) : Entri yang dipilih dikeluarkan dari 18/5/12 – 21/5/12



Carta Mingguan

Peserta yang mengikut arahan (Tugasan Imuniti) dengan memilih sendiri  1 entri (15/5/12-17/5/12) untuk disenaraikan dalam carta
No
Peserta
Entri
Tugasan Imuniti
1
PCL
&(IMUNITI)
&(IMUNITI)


Tiada entri khas yang perlu disediakan oleh peserta untuk Tugasan Imuniti kali ini.
2
Incik Hasmi


3
Allya Syahirah

4
Cik Puan Muda Umi

5
Rozuan Ismail

6
Zamani


7
Nor Zilla

Back-Up peserta telah mengikut arahan dengan baik TETAPI peserta TIDAK memilih sendiri  1 entri (15/5/12-17/5/12) untuk disenaraikan dalam carta. Namun masih ada entri disiarkan peserta dalam tempoh (15/5/12-17/5/12)
8
NisaAdnan

Tiada entri khas yang perlu disediakan oleh peserta untuk Tugasan Imuniti kali ini.

Peserta dan Back-Up masing masing TIDAK memilih sendiri  1 entri (15/5/12-17/5/12) untuk disenaraikan dalam carta. Namun masih ada entri disiarkan peserta dalam tempoh (15/5/12-17/5/12)
9
Arjunakirana
&(IMUNITI)


Tiada entri khas yang perlu disediakan oleh peserta untuk Tugasan Imuniti kali ini.

10
Eddie Nabila

11
Hairy

12
Hareez Haiqal

Back-Up peserta telah mengikut arahan dengan baik TETAPI peserta TIDAK memilih sendiri  1 entri (15/5/12-17/5/12) untuk disenaraikan dalam carta. Peserta juga tidak ada sebarang entri disiarkan dalam tempoh (15/5/12-17/5/12).
13
Ieyna Nasir
Entri 9/5/2012

Tiada entri khas yang perlu disediakan oleh peserta untuk Tugasan Imuniti kali ini.


14
Nur Fahima
Entri 14/5/2012




SISTEM UNDIAN
PCL
Incik Hasmi
Allya Syahirah
Cik Puan Muda Umi
Awie Omar
Nur Fahima
Ieyna Nasir
Nur Fahima
Nur Fahima
Nur Fahima




Peserta Yang Terkeluar

Nur Fahima

“Aku akui, kadang kadang aku pun tak sempat nak update blog sebab terlalu sibuk dengan urusan kerja dan peribadi. Mungkin ini juga dialami oleh Nur Fahima sendiri. Entri terakhir Nur Fahima “Next Top Blogger Episod 2 (Pecutan)” dan menampakkan keterujaan dan semangat Nur Fahima dalam menyertai segmen ini. Namun, masa dan keadaan tak mengizinkan Nur Fahima untuk update blog dengan segera. Terasa berat hati gak nak lepaskan peserta yang bersemangat seperti saudari ni. Tapi apa boleh buat. Peraturan tetap diutamakan. Maaf Nur Fahima. Anda terpaksa dikeluarkan dari game ini melalui undian yang telah dibuat. Terima kasih di atas kerjasama Nur Fahima untuk menyertai segmen ini. Maaf diminta jika ada ayat ayat aku yang mengguris perasaan Nur Fahima. Aku amat terharu sekali di atas kesudian Nur Fahima untuk follow blog yang biasa ini. Sebab itu segmen ini dibuat khas untuk anda. TERIMA KASIH sekali lagi,”. :)





                                                

Kaunter Pertanyaan

Dari Entri NEXT TOP BLOGGER 2 – EPISOD 3
kalo xde entri spnjg 2 mcmana? – kau dan aku

Kalau tak ada entri sepanjang tempoh yang ditetapkan tu alamatnya bersiap sediala berada di kedudukan tercorot dalam carta nanti. Jadi kena pandai cari masa dan susun strategi bila nak update blog. Kan dah bagi jadual awal awal lagi dalam EPISOD 2 NTB2 J

Nak tanya.. mmg setiap episod kena undi sorg yg terkeluar ehh?? :) – Allya Syahirah

YA! Memang setiap episod akan ada Sistem Undian untuk singkirkan seorang peserta dari game ni. Tidak sebelum ni, dalam NTB musim 1, 100% adalah keputusan aku, walaupun aku pilih seikhlas dan sejujur hati tapi masih ada yang merasakan bias berlaku pada masa tu. Sebab tu aku rasa nak mulakan Sistem Undian dalam NTB musim ke 2 ni J

Segala pertanyaan lepas ni boleh postkan kotak komen di bawah dan akan dibalas dalam Kaunter Pertanyaan entri NEXT TOP BLOGGER 2 – EPISOD 5  J


10 comments:

Rozuan Ismail said...

alamak. cam susah je nak menang imuniti by header. harap2 terpilih hik2.. so skang ni kena update dalam bape hari ni je la

Cik Puan Muda Umi said...

perghhh baru ja tukar header tadi malam,terus ada tugasan mcm ni..;)

tahniah PCL..:)

anak cik talip said...

awww...terasa kne libas ngan kuku besi sbb name kne tukar hahaha...

anak cik talip said...

awww...terasa kne libas ngan kuku besi sbb name kne tukar hahaha...

NisaAdnan said...

haha pasghah jelaa anak cik talip.
ehhh tugasan by header, choiii. headerku gambar kartun je. oke laa tuu hikhik :p

[PCL] said...

huh..syukur dpt imuniti x2..korang pn hebak2 gak...kita teruskan cm besa..gud luck!..mentain dgn header I tu..

Terima Kasih.

Allya Syahirah Riff said...

top 3 again. wee!! hebat backup aku nii. congratss :D

ohh, imuniti ni mcm ntb 1 dulu..hehehe :D

cikk faraa said...

hmm boleh join lagi ke bende nie ?? :)

NUR FAHIMA ABDUL RAHMAN said...

:). takpe. terima kasih mr awie omar selama eyma join semua ni :)

Hareez Haiqal ™ said...

http://elefunz.blogspot.com/2012/05/next-top-blogger-2-pabila-sikacak-dan.html