Followers

23 September 2012

Anugerah Blockbuster 2012



Ada anugerah lagi.. macam macam anugerah dah ada sekarang ni. Kalau Festival Filem Malaysia, pemenang dipilih berdasarkan keputusan dari para juri profesional. Tetapi tidak bagi Anugerah Blokbuster sebabnya keputusan pemenang 100% hasil undian para peminat filem tanahair. Undian dilakukan secara SMS dan secara ONLINE bermula pada 19 September 2012, jam 12 tengahari sehingga 6 Oktober 2012, jam 6 petang. Nak tahu lebih lanjut mengenai anugerah ini boleh klik kat sini :

Maaf kepada pembaca yang selalu menjengah blog ni. Disebabkan busy disamping kekeringan idea, aku lama tak dapat update blog. Nasib ada game B3:BR yang menaikkan semangat aku untuk bloging sekali seminggu sekurang kurangnya.

Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) & ASTRO yang bekerjasama nak buat award ni. Of cause la sebabanya nak menyemarakkan lagi industri filem Malaysia dan menghargai sokongan peminat. Kesungguhannya dapat dilihat dengan banyaknya promosi melalui media masa tentang anugerah ini yang dibikin oleh pihak penganjur. Namun hanya satu perkara yang membuatkan aku tak teruja mengenai anugerah ini adalah keputusan pemenangnya nanti.

Kebanyakan peminat seni termasuk la aku yang tak berapa seni ni, dapat agak siapa yang akan bawa balik trofi malam itu. Tengok sahaja di laman webnya, dalam laman undian sentiasa tertera keputusan undian terkini. Yang mana paling tinggi dan yang mana paling rendah. Di bawah aku senaraikan senarai anugerah dan pencalonan. Aku nyatakan sekali calon yang diramalkan menang (mengikut undian tertinggi & terkini) dan juga calon pilihan aku sendiri ramalkan yang boleh menang.


1.Anugerah Filem Terhebat
·          Ombak Rindu
·          KL Gangster
·          Hikayat Merong Mahawangsa
·          Hantu Bonceng
·          Sekali Lagi
·          Karak
·          Bini-Biniku Gangster
·          Cun
·          Nur Kasih The Movie
·          Papa I Love You
Ramalan (Undian Tertinggi) : Ombak Rindu
Pilihan Aku : Hikayat Merong Mahawangsa
p/s : Yang pasti Ombak Rindu juga yang menang nanti. Astro la katakan.



2.Anugerah Tuan Direktor Terhebat
·          Syamsul Yusof – KL Gangster
·          Yusry Abdul Halim – Hikayat Merong Mahawangsa
·          Fracis Foo, Kabir Bhatia & Mira Mustaffa – Nur Kasih The Movie
·          Yusry Abdul Halim - Karak
·          Ahmad Idham – Hantu Bonceng
·          Osman Ali – Ombak Rindu
·          Syamsul Yusof – Khurafat
·          Afdlin Shauki – Misteri Jalan Lama
·          Syamsul Yusof – Aku Bukan Tomboy
·          Hashim Rejab – Sekali lagi
Ramalan (Undian Tertinggi) : Yusry Abdul Halim – Hikayat Merong Mahawangsa
Pilihan Aku : Yusry Abdul Halim – Hikayat Merong Mahawangsa
p/s : Anugerah Orang Yang Layak Kata Action! & Cut! Terhebat. Ambik kau panjang gile.


3.Aungerah Direktor Baru Terhebat
·          Ernie Chen – Suatu Malam Kubur Berasap
·          Woo Ming Jin – Seru
·          M. Suurya – Sumpahan Puaka
·          Jeffrey Chiang – Di Larang Masuk
Ramalan (Undian Tertinggi) : M. Suurya – Sumpahan Puaka
Pilihan Aku : M. Suurya – Sumpahan Puaka
p/s : Direktor baru tak boleh jadi tuan director pulak.



4.Anugerah Filem Aksi Terhebat
·          Hikayat Merong Mahawangsa
·          KL Gangster
·          Kongsi
·          Karak
·          Senario Ops Pocot
·          Songlap
·          Klip 3GP
Ramalan (Undian Tertinggi) : KL Gangster
Pilihan Aku : Hikayat Merong Mahawangsa
p/s : Aksi sangat ke Senario Ops Pocot ???



5.Anugerah Filem Kelakar Terhebat
·          Bini-Biniku Gangster
·          Hantu Bonceng
·          Sekali Lagi
·          Aku Bukan Tomboy
·          Suatu Malam Kubur Berasap
·          Senario Ops Pocot
·          Alamak Toyol!
·          Kembar Siang
·          Karipap-Karipap Cinta
Ramalan (Undian Tertinggi) : Hantu Bonceng
Pilihan Aku : Hantu Bonceng
p/s : Suatu Malam Kubur Berasap tercalon untuk Filem Kelakar dan Filem Takut jugak. Nasib tak masuk kategori Filem Aksi sekali. Lebih molek diberi nama Anugerah Filem Komedi Terbaik.


6.Anugerah Filem Takut Terhebat
·          Khurafat
·          Flat 3A
·          Senjakala
·          Sini Ada Hantu
·          Suatu Malam Kubur Berasap
·          Penunggu Istana
·          Seru
·          Sumpahan Puaka
·          Rasuk
·          Di Larang Masuk
Ramalan (Undian Tertinggi) : Khurafat
Pilihan Aku : Hantu Bonceng : Khurafat
p/s : Siapa yang reka nama kategori anugerah ni? Tak boleh ke bagi nama Anugerah Filem Seram Terhebat. Kalau nak santai sangat bagi je terus nama Anugerah Filem Hantu Setan Terhebat.


7.Anugerah Drama Muzikal Terhebat
·          Sekali lagi
·          Nur Kasih The Movie
·          Papa I Love You
·          3,2,1 Cinta
·          Apa Tengok Tengok ?
Ramalan (Undian Tertinggi) : Sekali Lagi
Pilihan Aku : Nur Kasih The Movie
p/s : Ombak Rindu tak di undi pulak ??? Tiba tiba filem jadi drama la pulak.



8.Anugerah Hero Terhebat
·          Zizan Razak – Hantu Bonceng
·          Aaron Aziz – Ombak Rindu
·          Aaron Aziz – KL Gangster
·          Johan Rajalawak – Raya Tak Jadi
·          Shahir – Karak
·          Shaheizy Sam – Bini-Bini Ku Gangster
·          Remy Ishak – Nur Kasih The Movie
·          Shaheizy Sam – Sekali Lagi
·          Syamsul Yusof - Khurafat
·          Sharnaaz Ahmad – Seru
Ramalan (Undian Tertinggi) : Aaron Aziz – Ombak Rindu
Pilihan Aku : Hantu Bonceng : Aaron Aziz – Ombak Rindu
p/s : Johan  di antara hero yang banyak diundi. Nampak sangat peminat filem tanahair sekarang ni amat minat hero hero pak lawak.



9.Anugerah Heroin Terhebat
·          Yana Samsudin – Bini-Bini Ku Gangster
·          Lisa Surihani – Sekali Lagi
·          Scha Al Yahya – Aku Bukan Tomboy
·          Maya Karin – Ombak Rindu
·          Tiz Zaqyah – Nur Kasih The Movie
·          Juliana Evans – Hantu Bonceng
·          Maya Karin – Cun
·          Diana Amir – 3,2,1 Cinta
·          Intan Ladyana – Kembar Siang
Ramalan (Undian Tertinggi) : Lisa Surihani – Sekali Lagi
Pilihan Aku : Hantu Bonceng : Lisa Surihani – Sekali Lagi
p/s : Lakonan Maya Karin dalam Ombak Rindu tidak segempak filem Ombak Rindu tu sendiri. So.. Lisa la menang sebab dia popular. Kan dia ngan Zizan pengacara anugerah ni nanti. Takkan pulang dengan tangan kosong.



10.Anugerah Watak Penyangak Terhebat
·          Khir Rahman – Hikayat Merong Mahawangsa
·          Jehan Miskin – Cun
·          Afdlin Shauki – Misteri Jalan Lama
·          Ning Baizura – Cun
·          Hasnul Rahmat - Songlap
·          Rashidi Ishak – Tolong Awek Aku Pontianak
·          Dewa Sapri – Seru
·          Fikri Bakar – Klip 3GP
·          Namron – Misteri Jalan Lama
·          Esma Daniel – Di Larang Masuk
Ramalan (Undian Tertinggi) : Khir Rahman – Hikayat Merong Mahawangsa
Pilihan Aku : Hantu Bonceng : Khir Rahman – Hikayat Merong Mahawangsa
p/s : Anugerah Watak “Penyangak” Terhebat diberi kepada.. Teruk amat bunyinya. Anugerah Watak Jahat tak boleh ke? Anugerah ini sesuai disampaikan dan diterima oleh muka muka yang macam penyangak.


11.Anugerah Lagu Filem Terhebat
·          Ombak Rindu – Ombak Rindu
·          Sedetik Lebih – Hikayat Merong Mahawangsa
·          Ku Syok Kat Dia – Hantu Bonceng
·          Nur Kasih – Nur Kasih The Movie
·          Kerek – Karak
·          Cun Selalu – Cun
·          Menjelang Aidilfitri – Raya Tak Jadi!
·          Psiko – Klip 3GP
·          Hanya – Tolong! Awek Aku Pontianak
·          Jelita – Ratu The Movie
Ramalan (Undian Tertinggi) : Ombak Rindu – Ombak Rindu
Pilihan Aku : Hantu Bonceng : Sedetik Lebih – Hikayat Merong Mahawangsa
p/s : Siapa yang patut dapat anugerah ni? Pengarah? Pelakon? Pencipta lagu? Penyanyi? Orang Astro?


12.Anugerah Hero Baru Terhebat
·          Shahir – Karak
·          Syafie Naswip – Songlap
·          Angah Raja Lawak – Suatu Malam Kubur Berasap
·          Taiyuddin Bakar – Hantu Bonceng
·          Zalif Sidek – Papa I Love You
·          Tengku Iedil Putra – Raya Tak Jadi
·          Adey Syafrien – Flat 3A
·          Sabhi Saddi – Klip 3GP
·          Azlee Khairi – Ombak Rindu
·          Azlee Jaafar – Senario Ops Pocot
Ramalan (Undian Tertinggi) : Shahir - Karak
Pilihan Aku : Hantu Bonceng : Syafie Naswip – Songlap
p/s : Syafie Naswip??? Dah lama dia berlakon jadi hero filem “Mukhsin”. Azlee Jaafar??? First time berlakon filem ke? Dalam “Senario Lagi” kan pernah pegang watak utama.. kira hero la tu.



13.Anugerah Heroin Baru Terhebat
·          Mia Sara Nasuha – Papa I Love You
·          Nadiya Nisa – Cun
·          Tasha Shilla – Ratu The Movie
·          Shera Aiyob – Karak
·          Sara Ali – Nur Kasih The Movie
·          Kilafairy – Karak
·          Jazzy Rashid – Ratu The Movie
·          Adeline Tsen – Alamak Toyol!
·          Mimie One Nation Emcee – Klip 3GP
·          Sara Ali – Penunggu Istana
Ramalan (Undian Tertinggi) : Mia Sara Nasuha – Papa I Love You
Pilihan Aku : Hantu Bonceng : Mia Sara Nasuha – Papa I Love You
p/s : Kebanyakkan yang dicalonkan bukannya heroin dalam filem. Hanya pelakon pembantu. Macam mana diaorang senaraikan pencalonan ni???

Disebabkan rumah aku di KL tidak ada Astro maka dengan itu tak dapat la aku menonton anugerah ini yang akan disiarkan pada 6 Oktober 2012 jam 9 malam di saluran Astro Ria. Kalau aku kat kampong, kemungkinan dapat tengok dan kemungkinan tidak sebab tv kat kampong aku ada satu. Ikut suara majority nak tengok citer apa nanti. Apapun aku harap meriah la majlis tu dengan persembahan para artis yang gempak gempak. Zizan sudah tentu akan menceriakan lagi suasana majlis pada malam itu nanti.

p/s : Amacam komen aku. Mengalahkan “ohbulan” atau “beautifulnara” tak? Hehehe *lari pecut..*

7 comments:

eddy syrol said...

ni kire anugerah2 mengarut ke? hahaha...

Cheida_Mymee said...

dah mcam x de kualiti plak dalam pemilihan pemenang.. :)

Anonymous said...

tu lah....satu lg anugerah sampah....so,xyah bersedih sgt kpd yg x menang

ManusiaLidi said...

assalamualaikum.. nk minta maaf trpaksa tarik diri dari bttle royale. sbb terlalu bz skrg.maaf ye..

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Anugerah sbg pghargaan.

PaPa Blogger said...

Sy undi emma

PaPa Blogger said...

saya undi haz