Followers

25 September 2012

Blogger 3 : Battle Royale - Episod 3


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Blogger 3 : Battle Royale bertemu lagi untuk episod yang ketiga. Tanpa membuang masa kita mulakan segmen ini dengan info penting di bawah ini.


ZON PECUTAN

Setiap musim game Blogger pasti ada ZON PECUTAN. ZON PECUTAN – Dalam satu minggu ada 2 episod yang akan disiarkan. Maknanya ada 2 peserta la yang akan disingkirkan dalam satu minggu itu. Ini bermakna tempoh penyediaan entri oleh peserta pun berkurangan la iaitu dari 7 hari menjadi 3 hari sahaja. Sebagai rujukan aku sediakan sekali JADUAL PENGELUARAN ENTRI B3:BR. Yang berwarna Kuning adalah entri episod di dalam ZON PECUTAN. Ini bermakna ZON PECUTAN bermula dari episod 4!



JADUAL PENGELUARAN ENTRI B3:BR

EPISOD
TARIKH
Episod 1
Selasa 11/09/12
Episod 2
Selasa 18/09/12
Episod 3
Selasa 25/09/12
Episod 4
Jumaat 28/09/12
Episod 5
Selasa 02/10/12
Episod 6
Jumaat 05/10/12
Episod 7
Selasa 09/10/12
Episod 8
Selasa 16/10/12
Episod 9
Selasa 23/10/12
Episod 10
Jumaat 26/10/12
Episod 11
Selasa 30/10/12
Episod 12
Jumaat 02/11/12
Episod 13
Selasa 06/11/12
Episod 14
Jumaat 09/11/12
Episod 15
Selasa 13/11/12
Episod 16
Selasa 20/11/12


TUGASAN IMUNITI

TUGASAN IMUNITI EPISOD 2
Setiap peserta kena buat satu entri dengan tajuk :
“FAIL PERIBADI AHLI B3:BR”
Didalam entri tersebut, anda hanya perlu masukkan biodata anda mengikut perkara perkara yang dinyatakan sahaja iaitu :
·                   Nama Kumpulan :
·                   Profesion/Bidang diceburi :
·                   Hobi :
·                   Blog pilihan (1 sahaja) :
·                   Tujuan berbloging :
·                   Sebutkan 3 sifat semulajadi/pelik anda:
·                   Masa yang selalunya anda layari internet :
·                   Pilih 1 peserta bersama anda ke final nanti :
·                   Mengapa pilih peserta tersebut :
·                   Pandangan anda tentang B3:BR :
Sediakan entri tugasan ini sebelum AHAD 23 SEPTEMBER 2012. Link entri tugasan ini hendaklah  diberitahu dalam KOTAK KOMEN blog ini (untuk mengingatkan saya).
KEPUTUSAN
Senshi BurogÄ
DEUX
6 Peserta telah menyediakan entri tugasan ini.
4 Peserta telah menyediakan entri tugasan ini.
Tahniah Kumpulan Senshi BurogÄ. Kumpulan anda diberikan “IMUNITI” dan terselamat daripada proses penyingkiran.


TUGASAN IMUNITI EPISOD 3 (TUGASAN TERBARU)
Disebabkan B3:BR akan melalui ZON PECUTAN untuk episod akan datang, maka itu tugasan yang diberikan pun mudah dan ringkas. TIDAK perlu buat entri. Hanya beri CADANGAN dalam kotak KOMEN di bawah.
Apa yang perlu anda cadangkan?
Tugasan yang macam mana yang anda rasakan sesuai untuk TUGASAN IMUNITI untuk episod episod akan datang? Cuba berikan 2 contoh. Yang pasti tugasan tersebut berkait rapat dengan BATTLE ROYALE.
Setiap peserta perlu beri cadangan masing masing dalam kotak komen di bawah sebelum KHAMIS 27 SEPTEMBER 2012.
IMUNITI akan diberikan kepada kumpulan yang paling ramai ahlinya yang beri komen/cadangan seperti yang diarahkan. PENALTI pula akan dikenakan pada kumpulan yang kalah menyebabkan seorang anggota kumpulannya terpaksa disingkirkan dari permainan ini.


CARTA MINGGUAN

Entri terbaik yang dipilih adalah entri yang dipostkan pada Ahad 16/9/12 – Sabtu 22/9/12.


NO.
PESERTA
ENTRI TERBAIK
ENTRI TUGASAN
1
NICK NASHRAM
4 Sebab Ramai Berhenti Jadi Blogger
2
EDDY
Mari Menjaga Solat
3
NADIA FARHANA
Sebab-Sebab Blogger Tak Singgah Blog Kita
4
KORN
Kalutnya Pengalaman Pertama Temuduga SPA J29
5
HAZ
Facebook vs Al-Quran
6
PAPA BLOGGER
Mesej Dari Pusara
7
CHEIDA
Cinta = Ilmu, Masa, Toleransi Pengorbanan, Restu..
8
LOKMAN
Blogwalking Penting Ke??
9
EMMA
Syiling..Oh Syiling...
10
ADINDANIL
Like Fanpage Di Header Bersebelahan Title / Ikon Cute
11
ISA
Aku Kalah... Apa Seterusnya...
TIADA ENTRI TUGASAN IMUNITI YANG DIBUAT
12
SYAIDATUL AISYA
You, Happy Birthday.
TIADA ENTRI TUGASAN IMUNITI YANG DIBUAT
13
KHAIRUL AKMAL
TIADA ENTRI YANG DIPOSTKAN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN
TIADA ENTRI TUGASAN IMUNITI YANG DIBUAT
14
SARAH SAFUDDIN
TIADA ENTRI YANG DIPOSTKAN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN
TIADA ENTRI TUGASAN IMUNITI YANG DIBUAT


Untuk Episod 4, Entri terbaik yang dipilih adalah entri yang dipostkan pada Ahad 23/9/12 – Selasa 25/9/12. Ada tak entri yang dipostkan anda pada tarikh yang ditetapkan itu? Ingat! Strategi utama permainan ini adalah sentiasa update kan blog. Satu lagi peringatan penting, peserta yang membuatkan Tugasan Imuniti akan diberi keutamaan berada di kedudukan atas dalam carta berbanding dengan peserta yang tidak buat.


PENALTI – SISTEM UNDIAN
Kumpulan DEUX telah tewas dalam TUGASAN IMUNITI episod 2. Oleh yang demikian, 2 peserta dari kumpulan DEUX yang tercorot dalam CARTA MINGGUAN akan diundi keluar oleh 5 ahli kumpulan DEUX yang lain. 5 peserta yang terselamat diberikan mesej seperti di bawah ini :
PENALTI : SISTEM UNDIAN – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
Anda dikehendaki memilih salah seorang dari peserta tersebut untuk disingkirkan dari game ini.
1. Syaidatul Aisya
2. Sarah Safuddin
Mereka adalah blogger paling kurang aktif pada minggu ini.
Sila umumkan keputusan anda dalam kotak komen entri ini :

Link entri terpaksa dirahsiakan.
(ini kerana keputusan anda perlu dirahsiakan buat masa ini)
Sekian terima kasih
.
Eddy
Nadia Farhana
Korn
Haz
Isa
SARAH SAFUDDIN
SYAIDATUL AISYA
SARAH SAFUDDIN
SARAH SAFUDDIN
Tiada undian dibuat
* Hak peserta untuk membuat undian akan terbatal selepas entri ini dikeluarkan. HARAP MAKLUM.
Melalui undian majoriti, dengan rasminya SARAH SAFUDDIN adalah peserta ketiga yang tersingkir dari game BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE.


TERIMA KASIH

SARAH SAFUDDIN



kerana sudi turut serta Blogger 3 : Battle Royale J


Aku dapat komen dari Sarah Safuddin a.k.a ManusiaLidi dalam entri : Anugerah Blockbuster 2012.

http://awieomar.blogspot.com/2012/09/anugerah-blockbuster-2012.html

Monday, September 24, 2012 2:57:00 PM 

ManusiaLidi said...

assalamualaikum.. nk minta maaf trpaksa tarik diri dari bttle royale. sbb terlalu bz skrg.maaf ye..


Seorang lagi peserta nak tarik diri. Tapi kali ni aku tak terima penarikan dirinya dari game ni sebab Sistem Undian ke atasnya telah pun dikeluarkan sebelum mesej ini diterima. Apapun Sarah terkeluar juga melalui undian yang diterima. Lebih baik tersingkir dari game ni melalui undian daripada menarik diri sebelum berjuang. Harap lepas ni tiada lagi peserta yang nak menarik diri. Peace :)


p/s : kepada peserta yang tidak sempat dan tidak ada entri yang dipostkan pada Ahad 23/9/12 – Selasa 25/9/12, mungkin inilah masanya untuk gunakan SENJATA KHAS anda. Kalau nak guna bagitahu sebelum KHAMIS 27/9/12. Peserta yang pertama sekali gunakan SENJATA KHAS akan menerima sesuatu jeng jeng jeng

18 comments:

Cheida_Mymee said...

Apa yang perlu anda cadangkan?
Tugasan yang macam mana yang anda rasakan sesuai untuk TUGASAN IMUNITI untuk episod episod akan datang? Cuba berikan 2 contoh. Yang pasti tugasan tersebut berkait rapat dengan BATTLE ROYALE.
Setiap peserta perlu beri cadangan masing masing dalam kotak komen di bawah sebelum KHAMIS 27 SEPTEMBER 2012.



hihihiihi pening memikir.. saja copy pasted untuk wat noted!! :)
nnt cheida rlx ckit cheida bg cdgn key.. :)

evangelistaNiL said...

cana eyh ... otak bdk kecik ni ckp .. mmmm .. suh pilih design blog plg tomel hahha . lagi 1 ,, entri paling best dan yang plg diminati oleh ahli battle royal bukan dibaca oleh org lain tp dr peserta sndr .. plh blog mana .. itu je ..

Mohd Lokman Bin Ramli said...

Tak tahu lah nak cadangkan apa.. Hmmm.. Sekarang ni semua orang sibuk jadi, tugasan yang diberikan tidak perlu la yang susah-susah.. KIta bertanding berdasarkan entri, jadi saya cadangkan buat je pertandingan entri bertajuk sama yang terbaik dan popular antara kita semua. Kedua, buat entri berkenaan battle royale sama ada cabaran, rintangan, kelebihan atau kekurangannya.

haz said...


game battle royale ni dibuat untuk berkenalan dengan para blogger dan just for fun kan. so better stick with that. tak perlu la buat tugasan yang boleh membuatkan para peserta rasa terbeban dan stress. terutamanya bagi kami yang masih student dan sediakala ada banyak assignment n fyp yg perlu disiap. buat yang simple-simple je kan best.. no offense kay ^^

cadangan :

1) pilih entry yang terbaik antara semua peserta yang mempunyai pengisian dan cara penyampaian yang bagus di sepanjang tempoh yang diberikan

2) pilih blogger yang paling disukai ramai, mesra dan memberi responds kepada pengunjung blog mereka.

sekian =)

PaPa Blogger said...

Cadangan sya ialah...

1. Tentukan markah kumpulan mengikut carta mingguan. Pemarkahan dikira mengikut jumlah peserta yang tinggal. Sbg contoh, carta mingguan minggu ni, Nick nashram dpat tempat pertama, dan jumlah peserta 14 org, so nick nashram memperolehi 14 markah... Markah akan menurun mengikut turutan carta mingguan pada minggu itu... Sarah safudin mendpat tempat yang terakhir dlm carta mingguan.. Jadi dia dapat 1 markah sahaja.. Kemudian kumpulkan setiap markah mengikut kumpulan.. Markah kumpulan yang paling tinggi, akan tinggi.. Sistem ni adil.. Tak semestinya yang mendapat entry terbaik pada minggu tersebut akan membawa kemenangan kepada kumpulan beliau jika tempat kedua dan seterusnya dibolot oleh pihak lawan.. So, solutionnya, setiap peserta mesti buat entry yang betul betul bagus dan terbaik..

2. Kemenangan dikira melalui top refferal kepada blog penganjur... Perserta yg mempunyai top refferal yg tertinggi, secara otomatiknya akan memberi kemenangan kepada kumpulan beliau... Peserta bebas melakukan ape saje untuk menarik minat blogger lain singgah ke blog penganjur melalui blog peserta tersebut...

nadia farhana said...

emm maaf nadia lambat. . .nadia bagi cadangan sahaja :
1-peserta dharuskn mbuat entry mgenai game B3:BR yg mereka faham melalui cerita
2-peserta dr kumpulan bertentangan harus pilih entry trbaik dr kumpulan lain dan nyatakn sbb
goodmorning ^^

Emma said...

Okay Emma rasa :-
1) Yang paling penting ialah, setiap peserta kurang berkomunikasi antara satu sama lain. So Emma cadangkan kita buat satu link yang boleh comunicate antara each other.

2) And apa kata if pemenang dipilih berdasarkan entry yang setiap ahli kumpulan post. But kena pilih entry yang menarik la...

:)

Cheida_Mymee said...

1. perserta buat tugasan berkenaan dengan tajuk pertandingan (barulah perserta sendiri dapat faham konsep n tujuan pertandingan dibuat.) contoh : kali ni B3 tajuk dia Battle royale, diambil sempena dari komik jepun dan telah di adaptasi ke movie berkenaan sebuah game yang dianjurkan oleh kerajaan ke atas sebuah sekolah.Konsep pertama: Para peserta dikehendaki menyingkirkan antara satu sama lain dan dibekalkan senjata yang berlainan, disebabkan itu kesemua perserta tidak mempercayai antara satu sama lain dan x dapat bekerjasama untuk mencari penyelesaian masalah tersebut..


2.proses penyingkiran dipilih oleh ahli kumpulan sendiri ini kerana cheida dapati sesetgah perserta aktif dlm blog sentiasa update entry namun tidak dapt memberi komitmen dan kerjsama kpda ahli kmplan untuk menyiapkan tugasan...
(walaupu telah diberi maklumat tentang tugasan tersebut.)

KorN said...

My suggestion

1. untuk entry terbaik, korn tak sure mcm mane awie omar pilih... mugkin boleh di terangkan serba sedikit kriteria untuk di jadikan panduan.. Sebabnya, setip blog yang bertanding mmpunyai genre yang berbeza.. jadi mcm mane abg awie pilih.. (btul kan penggunaan ganti diri abg awie? hehe.. x sure sape lg tua)

2. tugasan yang di berikan mungkin boleh menggunakan satu topik yang berkenaan battle royale di mana peserta perlu menhuraikan dengan cara tersendiri... di sini dapat lihat lah bgaimana peserta menggunakan kekreatifan tersendiri...

itu jer kot.. terima kaseh

eddy syrol said...


komen dan cadangan saya:

1. harap penganjur noted. undian yg terpapar bagi pihak saya tidak betul dan harap dibetulkan (~_~)

2. tidak adil bagi kumpulan deux jika penyingkiran utk seterusnya dikira kepada komen ahli paling ramai. sebab jika diikutkan dr segi matematik, kumpulan deux sudah kurang ahli.walaupun kami semua drop komen di sini, kami masih tidak memperolehi imuniti. harap noted yg ini.

3. cadangan tugasan minggu akan datang ialah setiap peserta perlu menemubual blogger (seorang saja) yang sangat menginspirasikan mereka. peserta perlu nyatakan kenapa blogger tersebut memberi inspirasi kpd mereka (content wajib) dan content lain bebas,peserta boleh letak apa sahaja hasil dari temuramah maya (melalui fb,twitter,ym,skype)dlm entry tersebut. Ini boleh dijadikan tugasan wajib untuk kelayakan imuniti. TAPI, mcm yg dinyatakan dlm (2) di atas, imuniti utk next kena dikaji semula.sebab jumlah peserta tidak setara, so tidak lojik utk beri imuniti berdasarkan jumlah peserta. thx (~_~)

PaPa Blogger said...

saya setuju undian tu diberitahu.. Macam survivol gak.. Heheh

.::: Princess MOMOY :::. said...

meanriknya
pertama kali jumpa game untuk blogger yang semacam ini =)
macam mana nak terpilih untuk next season

eddy syrol said...

bro, ini yg anda pos d komen entry saya sebentar td.

INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
SISTEM UNDIAN untuk episod 4 telah dimulakan sejak jam 12 tengah malam 27/9/12. Ini kerana TUGASAN IMUNITI episod 3 tamat pada jam 12 tengah malam 27/9/12. Hanya 3 cadangan diterima sebelum masa yang ditetapkan. Cadangan cadangan dari peserta selepas jam 12 tengah malam 27/9/12 tidak akan diterima. Harap Maklum.
Keputusan TUGASAN IMUNITI episod 3
DEUX : 1 cadangan (Haz)
Senshi BurogÄ : 2 cadangan (Lokman, Adindanil)
Kumpulan Senshi BurogÄ menang IMUNITI. Manakala kumpulan DEUX dikenakan PENALTI.

first: skrg masih 27/09/2012
second: belum pukul 12 tgh malam..

(~_~) boleh terangkan knp keputusan imuniti sudah ada?

.::: Princess MOMOY :::. said...

mestilah nak jika tiada halangan. thx sudi follow. momoy baca2 entri dalam ni. tapi nak komen tak berani. terasa menyampuk dan mengganggu perjalanan game jer. huhu

eddy syrol said...

mohon next boleh bg info yg tepat dan tak kompius...hehe...

KorN said...

okei, baru nak komen pesal tu, tp eddy dah tnya.. =)

Cheida_Mymee said...

Yes betul2 edy info buat kami terkeliru or maybe this is the one trick of the battle.. Think n learn by ur self huhu

NUR FAHIMA ABDUL RAHMAN said...

wahh. ada lagi game pecutan! bestnya!