Followers

18 February 2012

10 Cabaran Perlu Dilalui Oleh Blogger Baru


Kepada blogger blogger yang baru mula berjinak jinak dalam dunia blog blog ini, entri ini khas untuk anda sebagai pembakar semangat. Kepada blogger blogger yang dah lama berkecimpung dalam dunia blog blog pun boleh baca juga. Mungkin perkara perkara berikut masih dilalui oleh kalian seperti aku juga. Harap harap dapat memberi sedikit motivasi kepada blogger blogger walaupun entri ini adalah hasil pendapat pendapat aku yang hanya manusia biasa. Kenyataan kenyataan yang dimuatkan adalah dari pengalaman pengalaman aku sendiri.


1. Follower Tidak Ramai
Sebab : Tidak follow blog orang lain. Kurang promosi. Blog dan entri entah apa apa. Baru sebulan bukak memang la tak ramai.
Nasihat : Rajin rajin la blogwalking dan ikut segmen segmen yang dianjurkan oleh blogger lain. Join group blogger kat Facebook. Perbaiki kelemahan yang ada dalam blog.


2. Komen Kurang Diterima
Sebab : Tidak rajin komen di blog orang lain. Entri yang dipostkan tidak menarik.
Nasihat : Kasi la entri yang gempak sikit biar terbeliak mata orang lain nengoknya. Rajinkan diri mengomen entri yang dipostkan oleh blogger lain.


3. Hilang Idea untuk Entri
Sebab : Blogger lain telah post dahulu entri seperti idea yang dirancang. Tak tahu nak taip apa bila dah ada depan laptop.
Nasihat : Kalau idea tu dekat dekat sama, kita cuba olahkan dengan cara kita sendiri dengan lebih baik lagi. Banyakkan membaca dan melawat blog blog kawan yang hebat.


4. Kurang Pasti Tema Blog
Sebab : Masih baru dan tercari cari segmen apa yang hendak diperkenalkan sebagai identiti blog.
Nasihat : Jangan takut memperkenalkan segmen yang hendak dibuat. Try dulu tengok ada orang suka ke tak. InsyaAllah kalau ada kesungguhan pasti akan ramai yang mengikutinya.


5. Pageviews Sikit
Sebab : Kurang follower dan kurang promosi (orang lain tak tahu la jawabnya). Blog menjemukan dan kurang menarik.
Nasihat : Sabar. Blog tu kena promosi lebih sikit. Facebook kan ada. Banyak group blogger kat sana. Join saja. Ataupun join segmen segmen blogwalking. Nanti ramai la yang tahu kewujudan blog korang.


6. Design Tak Memuaskan
Sebab : Kurang mahir dalam setting blog dan tidak tahu banyak perkara mengenai gadget yang ada.
Nasihat : Jangan malu bertanya kat mana mana sumber yang dapat membantu. Kalau ada yang komen, terimanya dengan positif untuk perbaiki setiap kelemahan.


7. Kurang Sokongan
Sebab : Tidak bagitahu kat family atau kawan kawan (bajet nak “biarlah rahsia”). Kurang mengikut segmen segmen yang dianjurkan oleh blogger blogger lain.
Nasihat : Kena la bagitahu kat family, kawan kawan dan sudah tentu kat awek/bf. Jangan malu kasi diaorang baca. Mesti diaorang suka dan memberi support lagi. Takde la rasa sorang sorang melayan blog yang kian sunyi. Lagi la boleh stress dibuatnya.


8. Timbul Rasa Putus Asa
Sebab : Ada blog yang lebih baik. Entri sorang pun taknak komen. Follower tak pernah meningkat walaupun nak dekat seabad.
Nasihat : Apa pun cabaran yang dihadapi perlu Sebelum nak buka satu blog, kita kena tahu dulu nawaitu kita berbloging. Adakah sebagai hobi. Atau Semata mata nak dapat duit. Atau main main je. Atau sekadar nak try. Atau memang minat kita berkarang dan berkongsi sesuatu. Atau nak dijadikan sejarah berharga dari kita untuk masa hadapan nanti. Apa yang penting niat kita kerana Allah S.W.T untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang baik kepada orang lain.


9. Pesaing Yang Ramai
Sebab : Dunia blog terlalu luas dan bebas. Terlalu leka dan amalkan sikap bertangguh. Kurang kerajinan.
Nasihat : Jangan takut apabila melihatkan bilangan blogger kian bertambah. Sebaliknya kena gembira dan meningkatkan semangat berbloging dengan baik lagi. Lebih baik kita mengunakan internet dengan berbloging daripada melawat laman laman yang haram ditengok.


10. Keuntungan “RM” Kosong
Sebab : Blog baru biasalah tidak ramai yang tahu. Niat berbloging tak betul semata mata nak duit (lebih lebih lagi copy paste entri orang lain).
Nasihat : Selalunya dirasai pada blogger yang semata mata buka blog untuk mendapatkan duit. Pada aku, ia bukanlah masalah besar. Sebab aku berblogging bukan kerana nama nak popular dan bukan nak dapatkan duit. Anggap ini satu bonus kalau korang ada Nuffnag dan dapat upah dari situ. Baru lah korang akan dapat rasa kepuasan sebenarnya bila berbloging.

14 comments:

Unknown said...

kadang-kadang kita yg lama dlm blog pon hadapi masalah mcm tu jugak. biaselah ada naik turunkan

pjie said...

tq...tq..
entry yg bgus utk blogger2 baru cam sy..
actually lack of idea ngn blog kurang menarik..
perlu byk tunjuk ajar..

ariffin mutalib said...

nice info..tunjuk ajar ku sifu..anak murid minta pertolonga..nice!!

mas saari said...

wah, menariklah! good info untuk semua blogger termasuk mas jugak..

Unknown said...

nice :)
mmg agak mncabar bg newbie mcm noni ni..susah nak tarik follower..idea pon xberkembang lagi..

Asyik Izas said...

saya tlh mencuba kesemuanya dan hslnya alhamdulillah berjayala juga..hihi

Cik Tetra said...

nice info..sume yg awie ckp ni betul..and bile mule2 berblogging mmg la kurg follower and so on..but appeun..kite kena tgk balik nawaitu kite dlm berblogging ni.. :)

#nasihat yang berguna.. :)

Jokeonsalo said...

Aku suka sangat dengan semua kesepuluh tips dan nasihat dalam entri kamu ni.
Sangat berguna dan berharga buat bloggers2 yang junior.

riena tomato said...

stuju~

Mohd Rizwan said...

salam blogger dri wan ^^ wah! wan suka dngn entry ni..first time singgah sini and follow ^^

singgah and follow blog wan jga..

Encik Hairan said...

Seriusly Aku setuju Siot dengan fakta nie..kalu kail panjang sejengkal, beli la kain lapan meter lagi (eh betul ker?)..haha

Zulkifly Omar said...

hehehe ada juga maslah masalah tu blogger lama pun kena juga..

aku selalu hilang mood update* =_="

Ezwan Amrin said...

wah, mantap la blog Mr. Omar ni. :)
cool! as freshie blogger mcm sya ni, rasa bertuah dpat baca post ni, seriously...sy setuju dgn point2 kt sini... semoga terus maju! Amin...

Lokman said...

Maaf saya nak kata.. saya undi Erna Eer untuk keluar...