Followers

09 March 2012

10 X Men Yang Lambat Datang Sekolah


Perhatian : Kisah ini adalah rekaan semata - mata. Tiada kaitan dengan mereka yang hidup atau yang meningal dunia. Bimbingan ibubapa diperlukan kepada pembaca yang berusia kuran 13 tahun  kerana jalan ceritanya berunsurkan tahyul dan mistik yang keterlaluan. Semua adegan hanyalah sekadar fantasi si pengarang dan bukannya satu realiti.


KKKKKKKRRRRRRRRRRRRIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIINNNNNNNGGGGGGGGGGGGG!!!
Tepat jam 7.30 pagi. 3 orang pengawas sekolah yang paling kerek dalam sekolah tu mula menutup pintu pagar utama. Selepas itu mereka berkumpul kat tepi pintu pagar dalam kawasan sekolah sambil berbual bual. Mereka ditugaskan untuk menahan pelajar pelajar yang lambat sekolah, menulis nama pelajar pelajar itu dalam buku dan beri pada guru displin untuk diambil tindakan kepada mereka yang lambat lambat ni.



1. Professor X
Dari jauh 3 pengawas ni nampak seorang budak sekolah OKU naik wheelchair yang semakin menghampiri mereka. Pelajar OKU tu dah sampai betul betul depan pintu pagar sekolah. 3 Pengawas itu memandang pelajar OKU tu dengan pandangan yang bongkak tanpa senyuman. Mereka langsung tidak mahu membuka pintu pagar untuk pelajar itu. Tanpa berkata apa apa, pelajar OKU tu hanya merenung tajam ketiga tiga pengawas itu. Pintu pagar terbuka sendiri. Pelajar OKU itu memusingkan roda wheelchairnya masuk ke dalam kawasan sekolah dan berlalu meninggalkan pengawas pengawas tu. 3 pengawas tadi hanya berdiri tegak memandang ke depan. Sedikit pun mata mereka tidak berkelip. Seakan akan kena pukau. Pintu pagar terbuka luas. Tiba tiba guru displin datang ke  arah mereka dengan muka bengisnya.



2. Colossus
“Woi korang! Nape tak tutup pintu pagar lagi?! Ni dah pukul berapa ni?!,”. Ketiga tiga pengawas tadi tersentak seakan terjaga dari mimpi. Pengawas A berkata pada kawannya, “Eh, apa yang terjadi tadi?”. Pengawas B dan Pengawas C hanya menggeleng kepala. 3 Pengawas tu dengan segera menutup pintu pagar bila sedar yang guru displin di hadapan mereka. Masa nak menutup masa, tiba tiba muncul seorang pelajar lelaki berbadan sasa dan tinggi dari guru displin tu. “Tunggu dulu!,” kata guru displin. “Hari ni aku taknak dengar apa apa alasan, dah lambat kau kena hukum sebat kat punggung terus,”. Pelajar lelaki yang sasa tu lambat datang. Dia sedar akan kesalahannya dan redha menerima hukuman. Guru displin memusing badannya 360 darjah sambil menghayunkan rotan untuk melibas punggung pelajar terbabit. Bukan bunyi ZASSS!!!! Yang keluar tapi KREKK!!! Rotan guru displin tu patah seribu. 3 pengawas tu tercengang. Guru displin tadi pun sama. Tergamam. Selumber pelajar lelaki berbadan sasa tadi berlalu tinggalkan diaorang ke kelasnya.



3. Storm
“Cikgu tak apa apa,” Tanya pengawas B. Guru displin tadi masih tersentak. “Rasa macam rotan besi, cikgu lak yang rasa kena rejatan,” luah isi hati guru displin tu. “Dah la, kamu teruskan bertugas. Jangan ponteng lak. Cikgu nak gi jumpa pengetua nak minta EL hari ni, rasa tak sihat lak,”sambung guru diplin tu sambil berlalu pergi. Tiba tiba dengar bunyi guruh. Hujan dari renyai renyai mula lebat. 3 pengawas tadi berlari lari anak ke pondok pak guard. Tapi hujan terlalu lebat. Mereka semakin lenjun kena tempias hujan. Jadi mereka berganjak ke kantin sekolah. Pak guard dalam officenya dekat pintu pagar nampak ada kete nak masuk. Pintu pagar dibuka Pak Guard. Semasa kereta tu masuk ke dalam, hujan yang lebat tadi tiba tiba berhenti. Seorang pelajar perempuan berkulit hitam manis keluar dari dalam kereta tu sambil tersenyum memandang langit yang makin cerah sedia kala.



4. Magneto
Seorang pelajar lelaki, salah seorang gangster sekolah tu berada di pintu pagar belakang luar kawasan sekolah. Dari jauh dia nampak 3 pengawas paling kerek kat sekolah tu ada kat kantin. Nasib dia kurang baik pada mulanya sebab hari hujan dan 3 pengawas tu ada kat kantin. Pasti kantoi tidakannya menceroboh masuk ikut pagar belakang sekolah kerana 3 pengawas tu nanti akan nampak. Pelajar gangster ni pelik, hujan yang lebat tadi tiba tiba berhenti. 3 pengawas yang baru nak duduk kat kerusi kantin terus tak jadi duduk. Mereka juga rasa kepelikan yang berlaku. Dalam keadaan pelik, mereka bergegas semula ke pagar utama sekolah. Pelajar gangster tu nampak 3 pengawas tu berlalu pergi. Ini peluangnya dia menceroboh masuk ke dalam sekolah. Tak perlu panjat. Hanya dengan kuasa imiginasi, dia dapat membengkokkan pagar besi tu sampai melengkung ke tanah.



5. Shadowcat
Pintu pagar ditutup semula oleh pak guard. Pak guard kemudian gi buat rondaan. 3 pengawas poyo tu datang balik kat pintu utama sekolah. Jam menunjukkan pukul 7.45pagi. Seorang pelajar perempuan kecik kecik je badannya terlambat datang. Dari jauh dia nampak 3 pengawas tu. Tiba tiba langkahnya terhenti. Tiba tiba dia rasa takut sebab akan berhadapan dengan 3 pengawas dan guru displin yang langsung tidak boleh bertolak ansur. Rasanya inilah pertama kali dia datang lambat. Sebuah van milik pakcik kantin sekolah berhenti di hadapan pintu pagar sekolah. Semasa 3 pengawas tu membuka pintu pagar bagi membenarkan van pakcik kantin masuk, dengan segera pelajar perempuan yang lambat datang tu menyelinap masuk ke dalam van. Tanpa membuka pintu van, badannya boleh menebus masuk ke dalam van melalui pintu belakang van. Nasib cermin belakang van tu berwarna gelap.  3 pengawas tu langsung tak perasan pelajar perempuan yang kecik molek tu.



6. Iceman
Pengawas C pun menutup segera pintu pagar selepas van pakcik kantin masuk. Belum sempat pintu pagar ditutup rapat, tangan pengawas C dipegang oleh seorang pelajar lelaki yang paling digemari ramai pelajar perempuan sekolah itu. Pengawas C terkejut lalu terperasan yang dihadapannya seorang pelajar lelaki yang paling tampan kat sekolah tu lambat ke sekolah. Dia pun sama admire kat budak lelaki tu. Tiba tiba tubuh pengawas C menjadi kaku. Tangan dan bibir pengawas C berais keras dan kaku. Pengawas A dan Pengawas B nampak situasi itu lalu menghampiri pengawas C. Pelajar lelaki yang tampan tapi lambat datang tu segera menyentuh jalan tar. Dan dengan sedikit sentuhan, kawasan pintu pagar yang berjalan tar tu tiba tiba menjadi ais. Langkah pengawas B dan pengawas C terkucar kacir sebab licin nya jalan berais tu. Lalu mereka terjatuh. Semasa jatuh, senyap senyap pelajar lelaki yang tampan tu menyelinap masuk meninggalkan 3 pengawas tu yang masing masing kesakitan.



7. Jean Grey
“Aduh, sakitnya pinggang aku,” kata pengawas B. “Macam mana boleh berais lak jalan tar ni.. ingat ko sorang je sakit, aku pun sakit ni,” kata pengawas A. “Mungkin lepas hujan kot, sejuk sangat terus berais... aduh,” balas pengawas B. “Amboi, takkan macam tu sekali. Woi! Yang ko tercegat kat pintu pagar tu apasal?,” jerit pengawas A kat pengawas C. Ais kat jalan mula cair. Pengawas A dan pengawas B bangun menghampiri pengawas C. “Woi! Mana budak tu ha?!” tanya pengawas A kat pengawas C. Ais kat bibir pengawas C mula cair, terketar – ketar mulut pengawas C nak bercakap sesuatu, “Ku... a... sa... cin... ta... ma... cam... ni... lah... ja... di... nya...,”. Tiba tiba muncul seorang pelajar perempuan yang paling ayu pulak kat luar pintu pagar sekolah. “Boleh saya tolong?” Tanya pelajar perempuan yang Ayu tu. Pengawas A dan pengawas C yang mata keranjang ni tak berkelip mata tengok budak perempuan tu. “Boleh, boleh, boleh,” jawab pengawas A. “Boleh tak tolong bawa dia ke bilik sakit?, Rasanya dia sakit ni,” kata pengawas B. Selepas melangkah masuk ke kawasan sekolah, pelajar yang ayu itu membawa pengawas C ke bilik sakit dalam sekolah tu.



8. Cyclops
Jam menunjukkan pukul 7.55am. Kini yang ada kat depan pintu pagar sekolah adalah pengawas A dan B. Seorang pelajar lelaki bercermin mata gelap tergopoh gopoh datang di depan pintu pagar sekolah. “Nak masuk boleh, maaf la terlewat,”. “Bagi nama dulu kalau nak masuk!” tengking pengawas A. “Kan saya pakai nametag ni, tak reti baca ke,” balas pelajar lelaki yang terlewat datang sekolah tu. Sementara pengawas A mencatat nama, pengawas C membuka pintu pagar sedikit bagi laluan kat pelajar lelaki bercermin mata gelap tu masuk. “Nanti dulu,” kata pengawas A. “Kenapa pakai cermin mata hitam. Kat sekolah mana boleh pakai,” sambung pengawas A. “Ko ni OKU ke?” sampuk pengawas B. “Mungkin,” jawab pelajar lelaki terbabit. “OKU ke tak OKU ke, tak boleh pakai!” sambil berkata pengawas A merampas cermin mata hitam budak lelaki itu. Budak lelaki itu hanya menutup mata. Langsung tidak bukanya.



9. Mystique
“Ni kenapa pulak ni,” pengetua sekolah tiba tiba muncul di luar kawasan sekolah depan pintu pagar. Pengetua sekolah tu seorang wanita. Pengawas A dan pengawas B cuak. Diaorang segera beri salam serentak, “Assalamualaikum cikgu,”. “Waalaikumusalam. Apa masalahnya ni?”. “Bukan apa cikgu, budak ni dah la lambat  datang, lepas tu nak pakai spek hitam lak kat sekolah,” terang pengawas A. Pengetua hanya tersenyum, sambil mengambil semula spek mata hitam kat tangan pengawas A lalu memakaikan semula pada pelajar yang datang lewat tu. “Saya kenal dia ni. Dia adalah pelajar istimewa. Dia dah dibenarkan untuk memakai cermin mata hitam disebabkan hal hal tertentu,” bagitahu pengetua kepada pengawas pengawas tu. “Oooo... tapi dia datang lambat cikgu, saya dah tulis nama dia dalam buku,” kata pengawas A. “Bak sini buku tu. Bagi pada saya. Pasal tu biar saya beri hukuman padanya nanti,” jawab pengetua. Pengawas A beri buku 555 yang ada nama pelajar pelajar yang buat salah kepada pengetua.



10. Wolverine
Pengetua membawa pelajar lelaki yang datang lambat tu ke dalam bagunan utama sekolah. Selepas kelibat 2 pengawas tadi hilang dari penglihatan mereka. Pengetua tadi tu bertukar menjadi seorang pelajar perempuan. Kedua pelajar itu datang lewat. Tergelak gelak hingga ke kelas mengingatkan peristiwa tadi. Sementara itu, pengawas A dan pengawas B mula nak beransur ke kelas sebab waktu belajar dah nak bermula. Belum sempat selangkah meninggalkan pintu pagar sekolah, tiba tiba terdengar bunyi orang berdehem di belakang mereka. Seorang pelajar lelaki lagi yang lambat ke sekolah. “Korang nak bukak kan ke atau aku bukak sendiri?” ugut pelajar lelaki yang datang lambat tu sambil mengangkat lenganya seraya mengeluarkan senjata tajam seakan cakar dicelah celah jari tangannya. Dengan muka yang agak cuak dan pucat lesi, dengan segera pengawas A dan pengawas B terkocoh kocoh membuka pintu pagar lalu lari lintang pukang meninggalkan pelajar lelaki yang agak otai tu!


Kesimpulannya : Kalau kita berpangkat, jangan gunakan kuasa yang ada dengan menindas orang lain semata mata mahu berada di atas. Gunakan kuasa yang dipertanggungjawabkan seadil adilnya, amalkan toleransi dan berfikiran positif. Dunia ini berputar, ingat, kadang kala kita di atas dan ada masa kita di bawah. Jadilah seorang ketua yang dihormati dan bukannya ditakuti. Kerana yang ditakuti itu selalu di belakangnya dicaci.

8 comments:

blog-tips-kurus said...

pangkat adalah seiring dengan beban t/jawab..

MUHAMMAD.ZAHIRUDDIN BIN ABDULLAH/MAULA RAHAIRUDIN said...

salam,bro..tq follow gua apa yg mntap nya?? aq da follow ko jgak beb t bg no.hp kau kt aq blh?

hyz said...

suka storm.

Adli Shinichi said...

Balas kunjungan anda...

Nyamuk Terbang said...

wolverine <3

Unknown said...

Awie di tag...

http://mohdyunus89.blogspot.com/2012/03/jom-jadi-geng-kami-blogger-malaysia.html

cira nd said...

membalas kunjungan... dah follow pun ;).. okayy sumpah entry yang ni best.. hihi

ewanthology said...

x men pun kena g skolah ke..huhu