Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah. Dengan rahmatNya, dapat lagi saya meneruskan game BLOGGER ini untuk musim yang ke 3. Terima kasih atas sokongan anda semua terutama sekali kepada 16 peserta yang sudi menyertai game ini. Ini adalah episod 1, BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE. Sudahkah anda bersedia? Dengan rasminya, permainan akan dimulakan sekarang!
Salam sejahtera. Saya Awie Omar dari awieomar.blogspot. Dengan ikhlas hati nak menjemput anda untuk sertai game top "BLOGGER" musim 3. Segala yang berkaitan pasal game untuk musim 1 & 2 boleh tinjau kat blog. Senang je caranya nak sertai game ni. Tak perlu buat apa apa entri. Hanya follow blog "Awie Omar" dan komen di mana mana entri dengan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE". Harap sudi la menyertainya. Ganjaran pasti ada untuk pemenang :)
Pernah tak korang dapat mesej ini di dalam kotak komen blog korang? Sejak 2 minggu sebelum puasa lagi aku dah mula hantar mesej ini kepada para blogger yang follow blog ini. Akhirnya, pada minggu lepas, 16 peserta dapat aku kumpulkan. Susah juga nak mencari peserta ni. Aku sebagai blogger picisan terpaksa buat kaedah ini bagi mendapatkan peserta. Kalau hanya disebarkan dalam blog aku, pastinya tidak akan dapat sambutan.
Macam mana dengan intro game kat atas? Berjam jam gak nak buat video camtu. Dah tahukan 16 peserta yang akan beraksi kali ini. Mesti korang kenal diaorang punya. Aku tak sangka blogger blogger yang mantap macam diaorang sudi turut serta. Tabik hormat untuk mereka. Mereka antara yang terawal telah komen dalam blog aku dan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE". Dengan itu secara automatik aku memilih mereka sebagai peserta untuk musim ini. Sebagai permulaan acara, mari aku kenalkan sekali lagi 16 peserta BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE.
BIL | NICKNAME | DISPLAY NAME (BLOGGER) | LINK | HOMEPAGE URL |
1 | ADINDANIL | aDiNDaNiL | Penaku : NiL syaffieyna a.k.a noveLis | |
2 | CHEIDA | Cheida_Mymee | ~Princess Bonda~ | |
3 | EDDY | Eddy Syrol | aKu&hIduP | |
4 | EMMA | Emma | A day in the life of “eMma EeMa” | |
5 | ERNA EER | erna eer | Erna eer | |
6 | FAIZUL OSMAN | Faizulosman | Faizul Osman | |
7 | HAZ | Haz | Girlnextdoor | |
8 | ISA | e_sir91 | Isamuddin Isa | |
9 | KHAIRUL AKMAL | khairul akmal bin azman | Poyoness | |
10 | KORN | korn | Korn | |
11 | LOKMAN | Mohd Lokman Bin Ramli | INFINITY | |
12 | NADIA FARHANA | nadia farhana | nadia farhana | |
13 | NICK NASHRAM | Nick Nashram | !! Nick Nahram !! | |
14 | PAPA BLOGGER | amengs88 | PaPa Blogger | |
15 | SARAH SAFUDDIN | ManusiaLidi | ManusiaLidi | |
16 | SYAIDATUL AISYA | syaidatul aisya | Syaidatul Aisya |
CHEIDA |
EDDY |
EMMA |
ERNA EER |
FAIZUL OSMAN |
HAZ |
ISA |
KHAIRUL AKMAL |
KORN |
LOKMAN |
NADIA FARHANA |
NICK NASHRAM |
PAPA BLOGGER |
SARAH SAFUDDIN |
SYAIDATUL AISYA |
Terima kasih sebab sudi sertai game B3:BR. Game ni kena ada 16 peserta. Anda adalah peserta ke 16 (terakhir) yang menyertainya. Aku akan selalu mengunjungi blog ini untuk umumkan perkara selanjutnya.
INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
“Faizul Osman” – Nickname anda untuk game ini.INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
Anda peserta ke 14 yang menyertai game ini, maka hanya tinggal 3 Senjata Khas disenaraikan untuk anda pilih 1 sahaja di antaranya. Senjata Khas menggunakan nama kod. Fungsinya akan diketahui bila anda mahu menggunakannya nanti. Umumkan keputusan anda di mana mana entri blog AWIE OMAR secepat yang mungkin (dalam masa 24jam, bermula pada masa mesej ini diberikan pada anda) kerana mesej ini akan disampaikan kepada peserta yang seterusnya pula :) 1. BIKKPL x2
2. HSKPL x2
3. MSKPL x2
INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
Nadia Farhana diberikan Senjata Khas “GIPL x2”“INFO TERKINI” adalah elemen utama game ni sejak musim pertama lagi. Tapi aku tak gunakan sangat. Namun pada musim kali ini aku akan kerap gunakannya. “INFO TERKINI” ibarat komunikasi aku dengan para peserta. Sebabnya musim kali ini, komunikasi adalah elemen penting dalam game ni. So, kepada para peserta kena la saling tegur menegur dan rancang strategi bersama bagi mengekalkan diri sampai ke final. Info info di atas telah aku beri kepada para peserta selepas menyatakan mahu masuk game ni. Mereka kena pilih 1 “SENJATA KHAS” untuk digunakan dalam game ni.
“SENJATA KHAS” adalah elemen terbaru khas untuk game BLOGGER musim ini. Berikut adalah senarai pemain dan “SENJATA KHAS” yang telah dipilih oleh mereka.
BIL | PESERTA | SENJATA KHAS |
1. | ADINDANIL | ABYTAUAK x2 |
2. | CHEIDA | TSKPL x2 |
3. | EDDY | BDTI x2 |
4. | EMMA | DTN1DC x2 |
5. | ERNA EER | KPT5DC x5 |
6. | FAIZUL OSMAN | |
7. | HAZ | |
8. | ISA | RSKPL x1 |
9. | KHAIRUL AKMAL | TPDCDPL x2 |
10. | KORN | MII x2 |
11. | LOKMAN | KVKPL x2 |
12. | NADIA FARHANA | GIPL x2 |
13. | NICK NASHRAM | |
14. | PAPA BLOGGER | TSKA2P x2 |
15. | SARAH SAFUDDIN | KVSPL x2 |
16. | SYAIDATUL AISYA | KDSSPL x2 |
“SENJATA KHAS”
· Semua senjata tidak sama fungsinya.
· Ada yang kurang dan ada yang lebih kuasanya.
· Ada yang berguna pada masa sekarang dan ada yang berguna pada
masa akan datang.
· Ada senjata yang tak perlu bergantung pada peserta lain dan ada
senjata yang perlu bergantung dengan peserta lain untuk nampak
lebih kesannya (komunikasi sangat penting).
· Ada yang x2, x5 dan x1 – itu adalah berapa kali kuasa tu boleh
digunakan.
· Peserta yang mahu mengunakan senjatanya boleh bagitahu kat kotak
komen dalam entri episod Blogger yang baru disiarkan hingga tarikh
tamat penggunaanya (akan diberitahu dalam setiap episod).
· Kena tunggu entri episod seterusnya keluar dulu baru boleh guna
senjata itu lagi (jika mahu).
· Peserta akan tahu apa fungsi kuasanya selepas menggunakannya buat
kali pertama. Untuk kali keduanya, peserta boleh nampak bila masa
yang sesuai untuk gunakan senjata tu nanti.
· Perancangan dengan peserta lain amat digalakkan.
· Untuk peserta yang hanya dapat gunakan sekali senjatanya, ada
keistimewaan untuk anda tapi anda kena bijak menggunakannya
nanti.
· Senjata yang tidak digunakan langsung oleh peserta yang tersingkir
akan diberi kepada peserta yang tinggal. Pemilihan dibuat
berdasarkan “Tugasan Imuniti”.
· “Senjata Khas” dari setiap peserta akan digugurkan secara rasminya
jika hanya tinggal 6 peserta sahaja nanti.
INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
Peserta Lelaki pertama yang menyertai – Kumpulan 1
Peserta Wanita pertama yang menyertai – Kumpulan 1
Peserta Lelaki kedua yang menyertai – Kumpulan 2
Peserta Lelaki ketiga yang menyertai – Kumpulan 1
Peserta Wanita kedua yang menyertai – Kumpulan 2
Peserta Wanita ketiga yang menyertai – Kumpulan 1
Dan seterusnya secara bersilang seli.
Anda adalah peserta wanita ketiga yang menyertai, maka anda dimasukkan ke Kumpulan 1.
BIL | SENARAI PESERTA MENGIKUT GILIRAN PENYERTAAN | KUMPULAN |
1. | PAPA BLOGGER | 1 |
2. | ERNA EER | 1 |
3. | NADIA FARHANA | 2 |
4. | EMMA | 1 |
5. | SARAH SAFUDDIN | 2 |
6. | KORN | 2 |
7. | ADINDANIL | 1 |
8. | KHAIRUL AKMAL | 1 |
9. | ISA | 2 |
10. | SYAIDATUL AISYA | 2 |
11. | LOKMAN | 1 |
12. | CHEIDA | 1 |
13. | EDDY | 2 |
14. | NICK NASHRAM | 1 |
15. | HAZ | 2 |
16. | FAIZUL OSMAN | 2 |
KUMPULAN 2 | KUMPULAN 2 | |
PAPA BLOGGER | NADIA FARHANA | |
EMMA | SARAH SAFUDDIN | |
ERNA ERR | KORN | |
ADINDANIL | ISA | |
KHAIRUL AKMAL | SYAIDATUL AISYA | |
LOKMAN | EDDY | |
CHEIDA | HAZ | |
NICK NASHRAM | FAIZUL OSMAN |
TUGASAN IMUNITI (EPISOD 1)
Sekarang, para peserta dah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Berkenal kenalanlah sesama korang. Kerjasama sangat penting antara ahli pasukan. Terpulang pada para peserta untuk berhubung macam mana. Pilihan terbaik adalah melalui kotak komen blog masing masing. Untuk “TUGASAN IMUNITI” yang pertama, setiap group kena pilih seorang dalam group masing masing sebagai ketua kumpulan. Sebagai ketua kumpulan anda dipertanggungjawabkan untuk menyediakan satu entri dalam blog anda mengenai game ini dan perkenalkan sekali kumpulan dan ahli kumpulan anda. Dalam entri tersebut (jika mampu) kena nyatakan :
· Nama kumpulan.
· Senarai ahli kumpulan.
· Logo kumpulan.
· Motto kumpulan.
· Pandangan anda mengenai game ini.
Sediakan entri tersebut sebelum AHAD 16 SEPTEMBER 2012. Sila beri perhatian. Ini adalah “TUGASAN IMUNIT” pertama korang. Kumpulan yang gagal menyiapkan tugasan ini atau paling lewat menyiapkannya akan dikenakan “PENALTI”.
“PENALTI” – Adalah hukuman kepada kumpulan yang kurang bernasib baik. Salah seorang peserta dari kumpulan tersebut akan disingkirkan dari game ini. Cara penyingkirannya adalah melalui “SISTEM UNDIAN”. Bermula pada musim kedua, sistem ini diguna pakai. Bermula pada hari AHAD 16 SEPTEMBER 2012 dan ISNIN 17 SEPTEMBER 2012, sistem ini akan beroperasi. Di mana aku akan post mesej berikut dalam setiap blog peserta dari kumpulan yang tewas.
PENALTI : SISTEM UNDIAN – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
Anda dikehendaki memilih salah seorang dari peserta tersebut untuk disingkirkan dari game ini.
1. Blogger 1
2. Blogger 2
Mereka adalah blogger paling kurang aktif pada minggu ini. Sila umumkan keputusan anda dalam kotak komen entri ini : http://awieomar.blogspot.com/2012/09/ae-2012-pencalonan-april-2012.html (ini kerana keputusan anda perlu dirahsiakan buat masa ini), Sekian terima kasih.
Harap korang dapat mesej ini, kerana peserta yang tidak dapat mesej ini sudah tentu disenaraikan untuk disingkirkan. So, kenalah aktif berbloging. Kenalah baik2 dengan ahli ahli group anda. Harap diaorang tidak akan undi anda keluar. Untuk elakkan ahli kumpulan anda disingkirkan sorang demi sorang, anda kenalah buat dengan jayanya “TUGASAN IMUNITI” yang diberikan. Langkah alternative lain nak elak dari tersingkir adalah “SENJATA RAHSIA”. Tapi diingatkan, senjata ini kadang kala sesuai digunakan sekarang dan kadang kala tidak langsung sesuai. Game planning tu penting. Untuk lebih selamat, updatelah selalu blog anda sebab itulah konsep sebenarnya game ini dibuat.
Aku rasa setakat ini dahulu apa yang nak aku bagitahu. Segala pertanyaan bagitahu kat bawah. InsyaAllah aku akan beri jawapan di blog anda. Harap para peserta sudah tahu konsep game ini, rujuk semula corak permainan game ini, musim 1 dan 2. Tekan butang segmen “BLOGGER” kat atas tu. Yang nak gunakan “SENJATA KHAS” boleh bagitahu kat kotak komen bawah sebelum AHAD 16 SEPTEMBER 2012. Apapun nantikan saja “INFO TERKINI” aku akan bagitahu pada bila bila masa saja. Jumpa lagi next entri episod 2, SELASA 18 September 2012. Sekian.
34 comments:
thanks for info ^____________^
abg awie .. adindanil yang novelisdinda,blogspot.com nil tukar kepada evangelistanil.blogspot.com terima kasih abg
wow..mencabarnya...
@_@ poning sudah
awie, nak tny.. video kat atas tu ang guna software ape eh.. srius smarttt..!
Hebat2 peserta NTB 3 nie...
Wat masa ni sokong blog eddy,.. :)
Video tu guna After Effect ek?
wah abg awie dtg skoden eyh .. syg r abg awie ni hehehehe
^_^ . eiqa da skodeng blog ni.. best!
opsss soryyy baru bukak blog :)
so, apa kegunaan senjata2 kiteorg tu? apa fungsi ketua? dan bagaimana proses seterusnya..agak kompius ye
To eddy syrol :
apa kegunaan senjata2 kiteorg tu? apa fungsi ketua? dan bagaimana proses seterusnya
jawapannya....
senjata adalah untuk perlindungan diri masing2 untuk elak dari tersingkir. setiap senjata lain lain fungsinya. nak tahu kena la guna.
sesebuah kumpulan kena ada ketua. senang sikit aku nak berurusan. lebih2 lagi semasa proses undi peserta untuk disingkirkan. ketua dah tentu ada kelebbihannya. lain2 hal ketua akan diberitahu dalam episod 2 nanti.
proses seterusnya.... hehehe siapkan tugasan imuniti dulu dan tunggu entri episod 2.
mencabar jugak ni.... huhu... pening jugak nak buat ni... mcm assignment kat u...
To Faizul Osman : hehehe macam assgmt kat U? tak kan kot.... senang je ni
To nadia farhana : sama sama. semua info2 tu penting untuk para peserta.
To evangelistaNil : Laporan diterima!
To eddy syrol : sekali sekala kita join segmen lain daripada yang lain sikit.
To Cheida_Mymee : Jangan pening pening. Enjoy je.
To Korn : aku buka laman video maker online. try cari kat google. banyak yg amat.
To Hafeesz Amran : BLOGGER musim 1 pun hebat hebat gak pesertanya, mas saari, khairiz, wan, muhammad..
To Hafeesz Amran : hmmmm kali ni 100% undian keluar di tangan peserta.
To Hafeesz Amran : Takdelah, aku google cari video maker online.
To evangelistaNil : penganjur kena la rajin blog walking blog peserta.
To eiqa afieyqa : Terima kasih. nanti saya datang ke blog kamu pula dan follow sekali.
To Emma : Tak mengapa.. apa tunggu lagi, updatekan blog segera.
Saudara AWIE OMAR mintak aku komen :
- Game ni lebih mencabar skrg ni compare ngan season aku dlu.. Undian 100% di tgn peserta? Wow, ala2 survivor betol nie... I think its better ade jugak undian juri... Fair... Overall ok cuma season ni nampak complicated sikit, susah sikit nak paham... :)
suka tengok video yang abg awie buat smart sangat :)
All the best untuk semua :D
http://azmengs.blogspot.com/2012/09/segmen-battle-royale-by-awie-omar.html
Tugasan imuniti kumpulan 1.. Selesai tugasan pertama dari kami
gila punya video... Memang menarik dan superb gile video ni... Memang cun la... Smart betul.. Thumbs up
salam... mulanya sy minta maaf... sebabnya, saya terpaksa ambil keputusan untuk tarik diri dari game ini... sebabnya, sy tak boleh nak beri komitmen yang penuh terhadap game ni memandangkan sy baru sahaja start kelas dan akan bermulanya fasa assignment serta kerja2 di makmal... sy harap penarikan diri saya dr game ini dpt diterima...
sekian...
alhamdulillah.. sungguh salute kt awie.. da macam2 segmen n anugerah dibuatnyer. sungguh kreatif :-)
pergghhh cam game betul plak
Post a Comment