Followers

30 September 2012

Blogger 3 : Battle Royale - Episod 4



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Walaupun penat baru balik kerja aku kena gigihkan diri untuk menyiapkan entri Blogger 3 : Battle Royale episod 4. Dan inilah ianya! Seperti yang dijanjikan banyak yang aku nak khabarkan pada kali ni. Harap korang tak pening la dengan explanation aku di bawah ni ye. Kita mulakan dulu episod kali ini maklumbalas dari cadangan/pandangan yang telah dikirimkan oleh para peserta.


evangelistaNiL (Adindanil) said...

cana eyh ... otak bdk kecik ni ckp .. mmmm .. suh pilih design blog plg tomel hahha . lagi 1 ,, entri paling best dan yang plg diminati oleh ahli battle royal bukan dibaca oleh org lain tp dr peserta sndr .. plh blog mana .. itu je ..

Wednesday, September 26, 2012 6:20:00 PM

Adindanil telah post komen ni sebelum 27/9/12. Kedua dua cadangan Adindanil amat baik dan mungkin akan diguna pakai satu masa nanti :)


Mohd Lokman Bin Ramli (Lokman) said...

Tak tahu lah nak cadangkan apa.. Hmmm.. Sekarang ni semua orang sibuk jadi, tugasan yang diberikan tidak perlu la yang susah-susah.. KIta bertanding berdasarkan entri, jadi saya cadangkan buat je pertandingan entri bertajuk sama yang terbaik dan popular antara kita semua. Kedua, buat entri berkenaan battle royale sama ada cabaran, rintangan, kelebihan atau kekurangannya.

Wednesday, September 26, 2012 8:37:00 PM

Lokman telah beri komen sebelum 27/9/2012. Memang betul Lokman, semua orang sibuk dengan tanggungjawab masing masing. Asalkan kita pandai merancang dan membahagikan masa. Aku rasa tidaklah sesusah mana tugasan yang pernah diberi setakat ini. Apapun 2 cadangan anda itu memang bagus dan dah ada dalam list senarai tugasan akan datang :)


Haz said...

game battle royale ni dibuat untuk berkenalan dengan para blogger dan just for fun kan. so better stick with that. tak perlu la buat tugasan yang boleh membuatkan para peserta rasa terbeban dan stress. terutamanya bagi kami yang masih student dan sediakala ada banyak assignment n fyp yg perlu disiap. buat yang simple-simple je kan best.. no offense kay ^^ cadangan :

1) pilih entry yang terbaik antara semua peserta yang mempunyai pengisian dan cara penyampaian yang bagus di sepanjang tempoh yang diberikan

2) pilih blogger yang paling disukai ramai, mesra dan memberi responds kepada pengunjung blog mereka.

sekian =)

Wednesday, September 26, 2012 9:42:00 PM

Haz telah kirim komen ini sebelum 27/9/12. Ya, memang betul Haz, game ini just for fun dan mengeratkan perkenalan antara blogger. Tak sangka pula tugasan sebelum ini membebankan kebanyakan peserta. TUGASAN IMUNITI memang kena ada Haz. Sejak dari musim 1 lagi. Mana mana game sekalipun peserta pmesti kena buat sesuatu tugasan. Kedua dua cadangan Haz bagus, tapi kalau setakat saya sebagai penganjur hanya meneliti blog blog peserta dan memilih entri sahaja tanpa maklumbalas dan tugasan dari peserta ibarat saya main game ini seorang diri. No offend jugak la kay Haz :)


PaPa Blogger said...

Cadangan sya ialah...

1. Tentukan markah kumpulan mengikut carta mingguan. Pemarkahan dikira mengikut jumlah peserta yang tinggal. Sbg contoh, carta mingguan minggu ni, Nick nashram dpat tempat pertama, dan jumlah peserta 14 org, so nick nashram memperolehi 14 markah... Markah akan menurun mengikut turutan carta mingguan pada minggu itu... Sarah safudin mendpat tempat yang terakhir dlm carta mingguan.. Jadi dia dapat 1 markah sahaja.. Kemudian kumpulkan setiap markah mengikut kumpulan.. Markah kumpulan yang paling tinggi, akan tinggi.. Sistem ni adil.. Tak semestinya yang mendapat entry terbaik pada minggu tersebut akan membawa kemenangan kepada kumpulan beliau jika tempat kedua dan seterusnya dibolot oleh pihak lawan.. So, solutionnya, setiap peserta mesti buat entry yang betul betul bagus dan terbaik..

2. Kemenangan dikira melalui top refferal kepada blog penganjur... Perserta yg mempunyai top refferal yg tertinggi, secara otomatiknya akan memberi kemenangan kepada kumpulan beliau... Peserta bebas melakukan ape saje untuk menarik minat blogger lain singgah ke blog penganjur melalui blog peserta tersebut...

Thursday, September 27, 2012 12:10:00 AM

Tarikh tutup untuk TUGASAN IMUNITI Episod 3 adalah pada 27/9/12 Jam 12.00AM. Maaf Papa Blogger, cadangan anda tidak dikira untuk tugasan ini walaupun lewat 10minit. Kumpulan anda tetap menang kan. Apa pun saya menghargainya dan akan memberi maklumbalas. Untuk cadangan 1 saya rasa amat bagus tapi ianya berpotensi melahirkan peserta yang pasif, pentingkan diri sendiri dan tiada kerjasama antara ahli kumpulan. Takkan nak bagi peserta macam tu menang yang hanya updatekan blognya dengan entri yang hebat hebat tanpa menghiraukan perjalanan episod game ini. Memang tidak adil. Sebab tu mesti ada TUGASAN IMUNITI. Bagi cadangan kedua, ianya kelihatan seperti game individu. Lagipun ianya agak sukar nak nilaikan blog mana paling tinggi top refferalnya. Pasti akan berlaku ketidak adilan, ada blog aktif dan ada blog pasif. Ada yang ada senarai top referral dan ada yang takde langsung. Dan mungkin akan berlaku penipuan. Terlalu complicated nak buat macam ni :)


nadia farhana said...

emm maaf nadia lambat. . .nadia bagi cadangan sahaja :

1-peserta dharuskn mbuat entry mgenai game B3:BR yg mereka faham melalui cerita

2-peserta dr kumpulan bertentangan harus pilih entry trbaik dr kumpulan lain dan nyatakn sbb

goodmorning ^^

Thursday, September 27, 2012 7:02:00 AM

Tidak mengapa Nadia. Harap lepas ni tak terlewat lagi. Apapun terima kasih untuk 2 cadangan di atas. Memang dah ada dalam senarai tugasan untuk game ni. Kita tunggu sahaja nanti :)


Emma said...

Okay Emma rasa :-

1) Yang paling penting ialah, setiap peserta kurang berkomunikasi antara satu sama lain. So Emma cadangkan kita buat satu link yang boleh comunicate antara each other.

2) And apa kata if pemenang dipilih berdasarkan entry yang setiap ahli kumpulan post. But kena pilih entry yang menarik la... :)

Thursday, September 27, 2012 9:09:00 AM

Emma dah terlewat hantar cadangan. Jadinya tidak dikira la untuk TUGASAN IMUNITI episod 3 tu. Namun ianya tetap saya baca dan bagi respon. Untuk cadangan pertama, Emma boleh berbincang dengan ahli kumpulan Emma sendiri. Saya cadangkan korang berinteraksi kat Facebook lebih mudah. Sebenarnya saya tak berapa faham dengan cadangan yang kedua tu, mungkin Emma sebut pasal pemilihan entri untuk Carta Mingguan. Pasal pemilihan entri tu saya akan bagitahu dibawah. Ada peserta yang tanya soalan macam ni juga. :)


Cheida_Mymee said...

1. perserta buat tugasan berkenaan dengan tajuk pertandingan (barulah perserta sendiri dapat faham konsep n tujuan pertandingan dibuat.) contoh : kali ni B3 tajuk dia Battle royale, diambil sempena dari komik jepun dan telah di adaptasi ke movie berkenaan sebuah game yang dianjurkan oleh kerajaan ke atas sebuah sekolah.Konsep pertama: Para peserta dikehendaki menyingkirkan antara satu sama lain dan dibekalkan senjata yang berlainan, disebabkan itu kesemua perserta tidak mempercayai antara satu sama lain dan x dapat bekerjasama untuk mencari penyelesaian masalah tersebut..

2.proses penyingkiran dipilih oleh ahli kumpulan sendiri ini kerana cheida dapati sesetgah perserta aktif dlm blog sentiasa update entry namun tidak dapt memberi komitmen dan kerjsama kpda ahli kmplan untuk menyiapkan tugasan...

(walaupu telah diberi maklumat tentang tugasan tersebut.)

Thursday, September 27, 2012 10:21:00 AM

Terima kasih Cheida untuk cadangan di atas. Apapun tak dapat dikira untuk tugasan ye. Harap Cheida faham. Cadangan pertama tu Insyallah akan ada dan untuk cadangan kedua tu memang betul. Ahli pasukan sendiri yang akan undi keluar ahli kumpulannya. Biarkan saja peserta yang tidak hiraukan game ini Cheida. Mungkin diaorang dah lupa ayat keramat yang diaorang pernah bagi ni "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE". Undi keluar saja peserta yang tidak aktif :)


KorN said...

My suggestion

1. untuk entry terbaik, korn tak sure mcm mane awie omar pilih... mugkin boleh di terangkan serba sedikit kriteria untuk di jadikan panduan.. Sebabnya, setip blog yang bertanding mmpunyai genre yang berbeza.. jadi mcm mane abg awie pilih.. (btul kan penggunaan ganti diri abg awie? hehe.. x sure sape lg tua)

2. tugasan yang di berikan mungkin boleh menggunakan satu topik yang berkenaan battle royale di mana peserta perlu menhuraikan dengan cara tersendiri... di sini dapat lihat lah bgaimana peserta menggunakan kekreatifan tersendiri...

itu jer kot.. terima kaseh

Thursday, September 27, 2012 1:11:00 PM

Terima kasih untuk cadangan/pandangan ini Korn. Untuk soalan yang pertama saya akan terangkan di bawah. Pasal umur tu nanti nanti la aku citer. Panggil Awie pun okay je. Yang nombor 2 pulak memang dah ada dalam list TUGASAN IMUNITI untuk game kali ini :)


eddy syrol said...

komen dan cadangan saya:

1. harap penganjur noted. undian yg terpapar bagi pihak saya tidak betul dan harap dibetulkan (~_~)

2. tidak adil bagi kumpulan deux jika penyingkiran utk seterusnya dikira kepada komen ahli paling ramai. sebab jika diikutkan dr segi matematik, kumpulan deux sudah kurang ahli.walaupun kami semua drop komen di sini, kami masih tidak memperolehi imuniti. harap noted yg ini.

3. cadangan tugasan minggu akan datang ialah setiap peserta perlu menemubual blogger (seorang saja) yang sangat menginspirasikan mereka. peserta perlu nyatakan kenapa blogger tersebut memberi inspirasi kpd mereka (content wajib) dan content lain bebas,peserta boleh letak apa sahaja hasil dari temuramah maya (melalui fb,twitter,ym,skype)dlm entry tersebut. Ini boleh dijadikan tugasan wajib untuk kelayakan imuniti. TAPI, mcm yg dinyatakan dlm (2) di atas, imuniti utk next kena dikaji semula.sebab jumlah peserta tidak setara, so tidak lojik utk beri imuniti berdasarkan jumlah peserta. thx (~_~)

Thursday, September 27, 2012 3:35:00 PM

Maafkan saya Eddy atas kecuaian tersebut. Saya dah betulkannya. Bagi no. 2 tu pun memang betul. Sekali lagi terlepas pandang. InsyaAllah selepas ini tiada lagi tugasan group mana paling banyak bagi entri/komen. Apapun tugasan episod 3 dah diberi. Arahan dah diumumkan. Keputusannya pun telah dibuat lagipun tidak semua peserta memberi cadangan sebelum masa yang ditetapkan. Kalau semua beri, mungkin tugasan itu dibatalkan. Kalau DEUX ada 2 peserta lagi bagi cadangan sebelum 27/9/12 mesti boleh menang. Terima kasih Eddy kerana begitu alert dengan game ni. Jangan risau tugasan berkumpulan macam ni tak akan ada lagi. Bagi no.3 pula cadangan anda sangat bernas dan akan dipertimbangkan.


eddy syrol said...

bro, ini yg anda pos d komen entry saya sebentar td.

INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE

SISTEM UNDIAN untuk episod 4 telah dimulakan sejak jam 12 tengah malam 27/9/12. Ini kerana TUGASAN IMUNITI episod 3 tamat pada jam 12 tengah malam 27/9/12. Hanya 3 cadangan diterima sebelum masa yang ditetapkan. Cadangan cadangan dari peserta selepas jam 12 tengah malam 27/9/12 tidak akan diterima. Harap Maklum.

Keputusan TUGASAN IMUNITI episod 3

DEUX : 1 cadangan (Haz)

Senshi BurogÄ : 2 cadangan (Lokman, Adindanil)

Kumpulan Senshi BurogÄ menang IMUNITI. Manakala kumpulan DEUX dikenakan PENALTI.

first: skrg masih 27/09/2012

second: belum pukul 12 tgh malam..

(~_~) boleh terangkan knp keputusan imuniti sudah ada? Thursday, September 27, 2012 3:35:00 PM

Saya pulak yang pening Eddy. Mungkin saya dan Eddy dah terkeliru dengan masa. Pada saya (12 tengah malam = 00:00am = 12.00am) Kiranya dah masuk HARI BARU. Kalau tak bagitahu masa pun, tugasan tu perlu disiapkan sebelum 27/9/12. Cadangan Eddy pula diterima pada 27/9/12 jam 3 petang. Kan dah masuk 27/9/12 tu. Cuba tengok masa Papa Blogger bagi cadangan (27/9/12 @ 12.10am = 27/9/12 @ 12.10 tengah malam) tetapi tetap tidak diterima walaupun lewat 10 minit. Lepas dah tahu kumpulan siapa menang selepas pukul 12.00am(27/9/12) tu mesti la kena cepat cepat adakan SISTEM UNDIAN sebabnya kita kan di dalam ZON PECUTAN (Setiap hari Jumaat dan Selasa akan dikeluar episod baru B3:BR) nak kejar hari Jumaat tu kenalah buat undian cepat cepat. Harap Eddy faham apa yang saya terangkan :)


FORMULA PEMILIHAN ENTRI PESERTA (Terbaik hingga kurang baik)

Original + Cerita + Moral + Fakta + Gambar
Original + Cerita + Moral + Fakta
Original + Cerita + Moral
Original + Cerita
Copy Paste + Cerita + Moral + Fakta + Gambar
Copy Paste + Cerita + Moral + Fakta
Copy Paste + Cerita + Moral
Copy Paste + Cerita

Aku akan memilih hasil karya entri korang mengikut formula ini. Ini memudahkan aku untuk menentukan kedudukan entri korang dalam carta. (Harus diingat : Anggap aku ini hanya follower korang yang nak kan entri best dari korang ok :D aku bukannya juri professional sebab aku hanyalah blogger amatur.


FORMULA POSISI DALAM CARTA (Teratas hingga tercorot)

ADA Tugasan Imuniti dibuat + ADA Entri untuk tempoh yang ditetapkan
ADA Tugasan Imuniti dibuat + TIADA Entri untuk tempoh yang ditetapkan
TIADA Tugasan Imuniti dibuat + ADA Entri untuk tempoh yang ditetapkan
TIADA Tugasan Imuniti dibuat +  TIADA Entri untuk tempoh yang ditetapkan


Harap Korn, Emma dan rakan peserta yang lain faham dengan carta di atas. Baiklah, kita teruskan game kita dengan segmen TUGASAN IMUNITI.


TUGASAN IMUNITI EPISOD 3
Disebabkan B3:BR akan melalui ZON PECUTAN untuk episod akan datang, maka itu tugasan yang diberikan pun mudah dan ringkas. TIDAK perlu buat entri. Hanya beri CADANGAN dalam kotak KOMEN di bawah.
Apa yang perlu anda cadangkan?
Tugasan yang macam mana yang anda rasakan sesuai untuk TUGASAN IMUNITI untuk episod episod akan datang? Cuba berikan 2 contoh. Yang pasti tugasan tersebut berkait rapat dengan BATTLE ROYALE.
Setiap peserta perlu beri cadangan masing masing dalam kotak komen di bawah sebelum KHAMIS 27 SEPTEMBER 2012.
IMUNITI akan diberikan kepada kumpulan yang paling ramai ahlinya yang beri komen/cadangan seperti yang diarahkan. PENALTI pula akan dikenakan pada kumpulan yang kalah menyebabkan seorang anggota kumpulannya terpaksa disingkirkan dari permainan ini.
KEPUTUSAN
Senshi BurogÄ
DEUX
2 Peserta telah memberi cadangan untuk tugasan ini.
1 Peserta telah memberi cadangan untuk tugasan ini
Tahniah Kumpulan Senshi BurogÄ. Kumpulan anda diberikan “IMUNITI” dan terselamat daripada proses penyingkiran.




TUGASAN IMUNITI EPISOD 4
Diingatkan bahawa masa untuk menyiapkan TUGASAN IMUNITI dalam ZON PECUTAN amat singkat berbanding pada minggu minggu biasa. Bagi mengurangkan tekanan kepada para peserta, untuk episod 4 ini TIADA tugasan akan diberikan. Kesian pula kat korang. Jangan la sampai stress main game ni. Tapi kali ni sahaja aku bagi peluang untuk korang rehatkan minda dari fikirkan tugasan game ni. Maka itu pada episod 5 nanti (Selasa 2/10/12) tidak akan ada penyingkiran yang berlaku. Tapi bersiap sedia la dengan tugasan yang lebih mencabar nanti :)



PENALTI – SISTEM UNDIAN
Kumpulan DEUX telah tewas dalam TUGASAN IMUNITI episod 3. Oleh yang demikian, 2 peserta dari kumpulan DEUX yang tercorot dalam CARTA MINGGUAN akan diundi keluar oleh 4 ahli kumpulan DEUX yang lain. 4 peserta yang terselamat diberikan mesej seperti di bawah ini :
PENALTI : SISTEM UNDIAN – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
Anda dikehendaki memilih salah seorang dari peserta tersebut untuk disingkirkan dari game ini.
1. Syaidatul Aisya
2. Nadia Farhana
Mereka adalah blogger paling kurang aktif pada minggu ini.
Sila umumkan keputusan anda dalam kotak komen entri ini :
Link entri terpaksa dirahsiakan.
(ini kerana keputusan anda perlu dirahsiakan buat masa ini)
Sekian terima kasih.
Eddy
Korn
Haz
Isa
SYAIDATUL AISYA
SYAIDATUL AISYA
SYAIDATUL AISYA
Tiada undian dibuat
* Hak peserta untuk membuat undian akan terbatal selepas entri ini dikeluarkan. HARAP MAKLUM.
Melalui undian majoriti, dengan rasminya SYAIDATUL AISYA adalah peserta keempat yang tersingkir dari game BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE.


TERIMA KASIH

SYAIDATUL AISYA



kerana sudi turut serta Blogger 3 : Battle Royale J



Entri terbaik yang dipilih adalah entri yang dipostkan pada Ahad 23/9/12 – Selasa 25/9/12

CARTA MINGGUAN
NO.
PESERTA
ENTRI TERBAIK
TUGASAN
1
HAZ
Ada cadangan / padangan yang diberi
2
LOKMAN
Ada cadangan / padangan yang diberi
3
ADINDANIL
Ada cadangan / padangan yang diberi
4
NICK NASHRAM
Tiada cadangan / padangan yang diberi
5
CHEIDA
Ada cadangan / padangan yang diberi TETAPI lewat
6
EDDY
Ada cadangan / padangan yang diberi TETAPI lewat
7
PAPA BLOGGER
Ada cadangan / padangan yang diberi TETAPI lewat
8
EMMA
Ada cadangan / padangan yang diberi TETAPI lewat
9
KORN
last entri 22/9/12
Ada cadangan / padangan yang diberi TETAPI lewat
10
ISA
last entri 21/9/12
Tiada cadangan / padangan yang diberi
11
SYAIDATUL AISYA
last entri 21/9/12
Tiada cadangan / padangan yang diberi
12
NADIA FARHANA
last entri 19/9/12
Ada cadangan / padangan yang diberi TETAPI lewat
13
KHAIRUL AKMAL
TIADA ENTRI YANG DIPOSTKAN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN
Entri terakhir adalah pada 4 minggu yang lalu
Tiada cadangan / padangan yang diberi



P/S : Harap maaf semua kerana lewat menyiarkan entri B3:BR episod 4 yang sepatutnya dipostkan pada Jumaat 28/9/12 disebabkan oleh masalah teknikal.

6 comments:

KorN said...

untuk entry terbaik tu, awie check balik nama korn n eddie... nama eddy ade missing di situ...

Cheida_Mymee said...

terlepas la tugasan 4 hihihi selamat.. okehh... take as a lesson for next battle..

Emma said...

tugasan 4 ??? ntah.. rasa macam sempat hari tu.. hahahaha rupanya x sempat..

nadia farhana said...

nice2 huhu

nadia farhana said...

nice2 huhu

Cheida_Mymee said...

hurmm any updates?? hihihi sunyi je hahahaha