Followers

15 November 2012

Blogger 3 : Battle Royale - Episod 15


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah entri BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE episod 15.

 

PENALTI – SISTEM UNDIAN EPISOD 14
Para peserta dikehendaki memilih salah seorang dari peserta tersebut untuk disingkirkan dari game ini.
1. Haz
2. Lokman
Mereka adalah blogger paling kurang menyerlah pada minggu ini. Para peserta telah umumkan keputusan mereka dalam kotak komen entri entri yang perlu dirahsiakan sebelum 10/11/12 jam 8 malam. 
 
 
PAPA BLOGGER
KORN
Peserta yang diundi keluar
 
HAZ
 
LOKMAN
Oleh yang demikian, saya sebagai penganjur segmen ini membuat keputusan muktamad bahawa dengan rasminya LOKMAN & HAZ akan diberikan satu TUGASAN. Tugasan tersebut akan menentukan siapa di antara mereka berdua disingkirkan dalam episod 15 nanti.

 

TUGASAN KHAS UNTUK LOKMAN & HAZ
Sediakan 1 entri pada 11 November 2012.  Tajuk adalah bebas. Bagitahu link entri yang dibuat untuk tugasan ini dalam kotak komen di bawah sebelum Isnin 12/11/2012. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah komen yang diterima untuk entri tersebut. Kiraan undian komen berakhir pada Isnin 12/11/2012. Komen dari peserta sendiri, dari saya dan dari anonymous tidak akan dikira. Begitu juga dari pengomen yang lebih dari sekali. Jumlah komen tertinggi yang diterima dikira sebagai pemenang sekaligus berada dalam kedudukan TOP 3 game ini.
 
KEPUTUSAN
HAZ
LOKMAN
 
 
17 KOMEN DIKIRA
DARIPADA 38 KOMEN
 
6 KOMEN DIKIRA
DARIPADA 11 KOMEN
Pemenang untuk tugasan ini adalah HAZ

 

Oleh yang demikian, saya sebagai penganjur segmen ini membuat keputusan muktamad bahawa dengan rasminya LOKMAN adalah peserta ketiga belas yang tersingkir dari game BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE.

 

Ini yang dikatakan pertandingan, pasti ada yang menang dan sudah tentu ada yang kalah. Maaf Lokman, perjuangan anda untuk game ini hanya setakat ini sahaja. Namun saya percaya, minat anda berbloging tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Semoga perkenalan kita di alam cyber ni berpanjangan. Segala sokongan dan kerjasama yang Lokman berikan dalam menggerakkan game ini amat dihargai.

 

TERIMA KASIH

LOKMAN

 


                 kerana sudi turut serta Blogger 3 : Battle Royale J                

 

Bermula pada episod 11, peserta yang tersingkir, secara automatiknya akan menjadi JURI dalam final game ini. Maka itu Lokman adalah JURI keempat untuk FINAL BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE bersama Nadia Farhana, Emma dan Cheida.

 

 

Info Terkini ini telah disiarkan pada episod lepas : Untuk episod 15, 3 ENTRI dari setiap peserta akan dipilih untuk dimasukkan dalam carta mingguan. Pastikan setiap entri mendapat komen yang banyak dari pembaca. Paling penting, pastikan para peserta ada entri tidak kurang 3 entri dalam tempoh yang ditetapkan (7/11/12 – 10/11/12).

 

PAPA BLOGGER

Mempunyai lebih dari 10 entri disiarkan tetapi hanya 3 entri yang dipilih. Salah satu daripada entri tersebut mendapat komen paling banyak.



·         http://azmengs.blogspot.com/2012/11/kau-pergi-juga-akhirnya.html (13 komen dikira daripada 18 komen)

 

KORN

Mempunyai 2 entri sahaja ada dan automatik dipilih. Salah satu daripada entri tersebut mendapat komen paling banyak.


·         http://arjunapopkorn.blogspot.com/2012/11/keranamu-burger-malaysia.html (42 komen dikira daripada 42 komen)

 

HAZ

Mempunyai 2 entri sahaja ada dan automatik dipilih. Salah satu daripada entri tersebut mendapat komen paling banyak.


·         http://hazirahramli.blogspot.com/2012/11/felinna-inchloss-slimming-lotion.html (18 komen dikira daripada 38 komen)

 

Oleh itu, saya mengambil keputusan muktamad memilih PAPA BLOGGER sebagai salah seorang finalis BLOGGER musim ketiga ini. Sekaligus PAPA BLOGGER diberi mesej PENALTI – SISTEM UNDIAN seperti dibawah.

 

PENALTI – SISTEM UNDIAN
Anda dikehendaki memilih salah seorang dari peserta tersebut untuk disingkirkan dari game ini.
1. Haz
2. Korn
Mereka adalah blogger paling kurang menyerlah pada minggu ini. Sila umumkan keputusan anda dalam kotak komen entri ini : (perlu dirahsiakan) Sekian terima kasih. Umumkan keputusan anda sebelum 13/11/12.
 
 
PAPA BLOGGER
Peserta yang diundi keluar
HAZ
Oleh yang demikian, saya sebagai penganjur segmen ini membuat keputusan muktamad bahawa dengan rasminya HAZ adalah peserta keempat belas yang tersingkir dari game BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE.

 

 

Sayang seribu kali sayang, hanya tinggal satu episod sahaja lagi untuk Haz melangkah ke final game ini sekaligus ada harapan untuk menjadi blogger wanita pertama yang menang game BLOGGER ini. Haz sememangnya antara peserta yang bersungguh bermain game ini. Disebabkan permainan ini mengambil faktor ‘Tuah’ sebagai sebahagian kunci kejayaan untuk menang game ini, menyebabkan perjuangan Haz hanya setakat ini. Harap Haz faham dengan konsep game ini. Apapun saya yakin, Haz boleh pergi jauh lagi dalam dunia blogging ni. Tengok sahaja komen yang banyak diterima dalam setiap entri Haz postkan. Semoga perkenalan kita dalam dunia blog ini terus berkekalan.

 

TERIMA KASIH

HAZ

 


kerana sudi turut serta Blogger 3 : Battle Royale J

 

Bermula pada episod 11, peserta yang tersingkir, secara automatiknya akan menjadi JURI dalam final game ini. Maka itu Haz adalah JURI kelima (terakhir) untuk FINAL BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE bersama Nadia Farhana, Emma, Cheida & Lokman.

 

 

 

 

 

 

BIL
PESERTA (Entri 7/11/12 – 10/11/12)
1
PAPA BLOGGER
2
KORN
3
HAZ

 

InsyaAllah, entri BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE episod 16 (FINAL) akan disiarkan pada SELASA 20/11/2012. Tahniah saya ucapkan kepada PAPA BLOGGER & KORN kerana berjaya kekal bertahan mengharungi game ini hingga ke final. Ini semua atas kesungguhan korang berbloging, strategi permainan korang dan tidak lupa sokongan dari rakan peserta yang lain sehingga mampu membawa korang ke final. Apa yang penting sekarang kemenangan anda berdua bergantung kepada hasil undian juri juri khas yang dilantik seperti yang dinyatakan di atas. Kepada Nadia Farhana, Emma, Cheida, Lokman & Haz, kerjasama anda untuk undi siapa yang layak menang sangat diharapkan. Keputusan anda boleh diumumkan selepas saya bagitahu bila masanya dan di mana nak bagitahu. Akhir kata selamat menyambut tahun baru Awal Muharram 1434 Hijri. Semoga kedatangan tahun baru ini bakal merubah kehidupan anda menjadi lebih baik dan diredhai Allah S.W.T sentiasa.

6 comments:

Cheida_Mymee said...

arhh igtkan haz boley jd wakil gegurl top 2.. wahh x sangka papa yg boley ke top 2 hahahaha
anyway tahniah kepada korn n papa...
weha!! tamat sudah...

anak cik talip said...

woa...sengit la game kali ni..goodluck kt top 2 neh...ganbattebayooo

Lokman said...

oh.. dua2 pun terkeluar ea.. takpe2, tak ada rezeki.. Gudluck buat korn dan papa blogger.. Buat yang terbaik.. ^_^

haz said...

hahaha. haiyaaa terkeluar. xD

goodluck to both of u kayh ^^

Korn Ahmad said...

x sangka dpt kekal smpi final. aritu target smpai top7 je cam tu.. sape2 menang pon x kesah lah.. adat lah tu... yg best dpt knal dgn blogger. =)

MalizaMah said...

all da best semua. lama juga erk.